Hiiii...semenjak dua menjak ni, susah betul mata ni nak lelap. Tak tahulah kenapa. Mata mengantuk, badan penat. Tapi tak mahu lena. Pusing kiri, pusing kanan...Mata still lagi segar. Maybe sebab banyak sangat yang difikirkan.
Tengah-tengah fikir tukan. Saya tiba2 teringat kat seseorang. Ish...Incik Nunang memanglah terpaksa diingat harihari. =p
Saya teringatkan seorang kawan saya time sekolah dulu. Entahlah ek, dalam banyak2 'monyet bercinta' time sekolah dulu, dialah orang yang selalu saya ingat. Saya pun tak tahu kenapa. Bukanlah bermakna saya love2 lagi kat dia. I setia ok! hehehe....
Tapi perasaan nak cari dia. Dan nak tahu dia buat apa sekarang sangat membuak2. Jenuh dah saya cari 'Fairus' kat mukabuku. Tapi langsung tak jumpa. Orang lain adalah.
Mungkin sebab saya nak sangat minta maaf kat dia. Iyalah, time sekolah dulu... kami ada salah faham sikit. Semuanya berpunca dari seorang kawan saya ni. Dia yang bagi maklumat palsu. Saya pula time tu sangat2 percayakan dia. Tapi bila satu hari saya dapat note dari Fairus, saya terus terdiam. Hmm...Masa tulah saya mintak tolong Susu tanyakan sekali lagi hal sebenar kat Fairus. Susu, kau ingat lagi tak? =p
Bila dengar apa yang Susu cakap. Baru saya tahu, yang kawan saya sorang ni mati2 dia tipu saya. Dan dia bila dah tahu dia salah, sampai sekarang dia tak tegur saya. Saya? Buat tak tahu jelah. Orang macam tu mana boleh buat kawan. Apa niat dia tipu saya, hanya Allah sahaja yang tahu. Maybe dia ada satu perasaan 'tak boleh tengok orang lain lebih'. Maybe.
Dan akibatnya, sampai sekarang saya rasa bersalah kat Fairus ni. Bukan saya tak nak minta maaf dengan dia time sekolah dulu...tapi 'nota kecil' yang dia bagi kat saya masa tu, sangat2 buat hati saya rasa bersalah dan masa tu saya rasa sangat takut nak bersemuka dengan dia. Walaupun dia bila jumpa saya tetap tegur. 'Hai!'.
Betul. Saya memang nak sangat sangat dan sangat jumpa dia. At least dapat berborak dengan dia kat mukabuku pun jadilah. Yang penting saya dah ada keberanian nak berterus terang dan terangkan hal yang sebenarnya.
************************************
Fairus, kau kat mana? Ingat lagi tak time sekolah dulu kau puas ber'saya'2 dengan aku? Aku pula time tu pantang betul orang bahasakan diri saya-awak. Biasalah, time tu aku berjiwa rock. hahaha. Ingat lagi tak setiap kali kalau ada je budak kelas aku masuk kelas kau, kau mesti kirimkan 'nota pendek' untuk aku. Habis buku2 kau, kau koyakkan. Bila aku dapat nota dari kau tu, puas aku gelak, lepas tu tong sampah pula yang gelakkan. hehehe... Punyalah aku malas nak layan kau. Lepas tu aku saja buat kau bengang, konon2 aku baik dengan Kechik. Ceh, bila ingat geli pula aku. Kechik tu punyalah psiko budaknya. Walaupun psiko, aku tetap tahan weh. Semata-mata nak buat kau bengang. Semalam Kechik add aku kat mukabuku. Akhirnya kau tahu Fairus, berjaya juga dia dapat awek. Tapi tak tahulah kalau dia psiko juga macam time sekolah2 dulu. Lepas tu, kau ingat lagi tak. Dulu aku selalu buli kau. Kau kan takut bila aku menjeling. Kalau kau cakap lebih sikit je, aku mesti menjeling. Lepas tu kau mesti terus diam. Aku selalu suruh kau bertugas kat tempat aku. Kitakan sama2 pengawas dulu. Kau pun dengan baik hatinya, pergi jaga tempat aku bertugas. Aku pula? Duduk dalam kelas dengan senang hatinya. Last2 kantoi dengan Ustazah. Haru biru juga kita time tu. Bila ustazah tanya kenapa kau bertugas tempat aku? Kenapa tak bertugas tempat sendiri? Time tu aku memang dah pucat. Tapi kau pandai cover line. Kau cakap kau tersalah tengok jadual. Lepas tu kau cakap dengan ustazah aku tak sihat. Sebab tu aku tak boleh bertugas. Ceh, banyaklah kau. Dah dekat seminggu ustazah tu usya kau tau. hahaha...Lepas tu ustazah terus bengang-bengang je dengan aku. Tapi yang best, kita tak bagitahu sapa2 yang kita dah kantoi. Malulah time tukan. Lepas tu lagi kelakar, jadual tugas kita sama je semenjak tu. Kena jaga tangga blok baru. hahaha... Time tulah kau usya budak perempuan kelas 4D. Budak tu pula elok je layan kau. Aku? Time tu aku rileks je. Kira oklah. Tapi semenjak budak tu dapat jadi pengawas percubaan, makin rapat kau dengan dia. Aku dah tak dapat dah 'nota2 hampeh' kau tu. Time tu sedih juga aku. Tapi aku malas nak tunjuk dengan kau. Setiap kali kau tanya 'budak tu ok tak?'... Aku mesti jawab 'sesuai dengan kau'. Time tu aku tak payah dah nak lari dari kau time balik. Sebab kau tak tunggu aku dah. Kau tunggu budak tu pula. Aku rasa 'hilanglah' juga. Lepas tu makin hari aku makin susah nak jumpa kau. Time pagi tak ada. Time balik tak ada. Time rehat pun tak ada. Rupa2nya, budak perempuan tu tak bagi dah kau rapat dengan aku. Rugi juga aku time tu. Sebab tak dapat buli kau dah. Sampailah satu hari, 'kawan' aku ni pergi tanyakan kat kau satu soalan yang aku sendiri suruh dia tolong tanyakan. Dan dari situlah, aku langsung jauh dengan kau. Ada ke patut kau cakap kau tak nak kawan dengan aku dah. Kau cakap kau tak suka dah nak kawan dengan aku. Kau suruh aku pergi jauh2. Masa tu dalam hati aku cakap 'Sampai hati kau!'. Lepas beberapa hari, kau bagi note kat aku. Kau kirim kat Indra. Bila aku baca, aku dah pening2 lalat. Lepas tu barulah Susu jumpa kau. Dan time tu, baru aku tau hal sebenarnya. Semenjak tu, aku dah tak berani nak bersemuka dengan kau lagi. Rasa bersalah sangat. Bila jumpa kau, aku mesti sorok. Hinggalah kita habis sekolah. Lepas SPM, ada sekali kau call aku. Dan itulah call yang pertama dan terakhir dari kau. Hinggalah sekarang kau menghilang.
Mana kau Fairus? Aku nak kau tengok aku kahwin. Aku nak kau datang majlis aku. Aku rindu nak menjeling dengan kau. Rindu nak marah2 kau. Kalau kau ada, aku nak buli kau lagi... =p