Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Thursday, June 2, 2011

...Pelamin siap!...

Alhamdulillah... Pelamin dah selamat ditempah. Tapi yang tak berapa nak selamatnya. Bajet lari lagi. Dah macamana.. mata ni galak sangat pandang tang pelamin yang satu tu. Tetiba semua pelamin jadi tak cantik. Yang tu je cantik .

Bila tanya Nunang pula, dia tu ok memanjang. Bukan nak tolong control mata tunang dia ni. Makin menggalakkan adalah. Bila dia pun setuju, lelaju jugalah saya setuju. Dah kalau tak cukup duit, bodek dialah kan. Tak kan tak nak bagi, tak takut tak jadi kahwin???? hahaha

Maknanya kat sini, untuk doorgift dengan kad kahwin terpaksalah dikurangkan bajetnya juga. Tak adalah kad kahwin yang ada gambar2 semua. Lagipun tak mahulah muka saya masuk tong sampah. Doorgift pula saya rasa macam nak bagi sesuatu yang boleh dimakan je. Kalau bagi macam 'barang', tak semua orang nak hargai. Kalau bagi makanan, dia tak mahu makan...dia boleh bagi kat jiran-jiran terdekat. =p

Ok. Stop cerita pasal kahwin. Sebab bila buka je pasal ni, kepala saya dah mula naik pening. Jantung ni berdebar2. kih3

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...