Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Tuesday, July 19, 2011

...Maaf, jika entry ini agak emo...

Sebenarnya saya penat hari ni. Balik sekolah then terus pergi mengajar tusyen pula. Apa boleh buat, nak cari duit lebih. Lebih usaha, lebih yang kita dapat. Kan?

Ok. Stop buat Al-Kuliyyah. haha...Saya nak tidur sebenarnya. Tapi online kejap. Sebab nak tengok design handbag yang terbaru. Usya2 dulu. Cuci2 mata dulu. Then baru terjah. Zaaasss!

Tapi bila saya online MukaBuku. Saya terbaca status seorang kawan saya ni. Dia dah bertunang juga. Saya bukan nak jaga tepi kain orang. Apatah lagi nak buruk2 dia. Tapi, tindakan dia ni buat saya rasa...Boleh beri pengajaran pada saya dan B2b yang lain.

Kawan saya pernah cerita pasal dia. Yang belum apa2 lagi dah tak bagi tunang dia balik rumah mak sendiri. Then, bila kakak tunang dia tu bertunang pun...Dia larang lelaki ni pergi majlis kakak dia. Lepas tu, setiap kali tunang dia nak balik ke rumah mak sendiri..dia mesti ikut. Dengan erti lain, dia tak nak tunang dia duduk lama2 kat rumah mak sendiri.

Satu cerita yang lagi kelakar...Sampai saya ketawa terbahak2. Bila dia marah yang kakak tunang dia minta sponsor kek untuk hantaran. Kakak tunang dia ni mintalah kek Secret Recipe. Dia punya mengamuk. Sebab dia kata time dia bertunang dulu pun pakai kek biasa je. Korang rasa nak ketawa tak? Berapa Rm sangatlah kek Secret Recipe tu yang sampai dia nak bermusuh-musuhan? Oden tak faham!

Malam ni pula, dia berstatuskan kat MukaBuku 'Tak sabar nak tunggu episod ni abis...bla..bla..bla...' Dia mengeluh sebab cakap orang lain tak ambil kisah.

Dah dia yang mulakan. Dia yang control anak teruna orang. Dia yang buat family orang lain berpecah belah. Dia yang bermasam muka. Sekarang dia nak mengeluh macam tu? Kalau dia buat kat family saya macam tu pun saya akan naik angin. Belum apa2 lagi nak control sampai macam tu. Huh...

Bagi saya mudah. Nak nilai lelaki itu baik atau tidak. Nak tahu lelaki itu bertanggungjawab atau tidak. Lihat layanan dia terhadap kedua ibu bapanya dan keluarganya terlebih dahulu. Kalau awal2 lagi dah tergamak buang emak. Buang keluarga kerana seorang perempuan. Tak mustahil awak juga akan dicampak suatu hari nanti, kerana seorang perempuan juga.

Hidup ini macam roda. Masuk keluarga orang lain dengan baik. Agar kita diberi layanan yang baik juga. Kalau awal2 lagi dah tunjuk belang, macamana orang nak sayang?

Selamat Malam.

9 comments:

  1. kelakar pulak kisah kawan awak tu.itu namanya queen control tak bertempat!! hehe

    ReplyDelete
  2. good entry
    i feel the same too. nak nilai baik buruk lelaki tu kite tengok cara dia layan ibu nya..
    buat ape la nak kongkong2 ni. peliks.

    ReplyDelete
  3. eEeE..mintak dijauhkan i dari b`perangai mcm tu

    :)

    ReplyDelete
  4. dahsyat nye...! Ape pon cannottt.. nanti berperang laaa menantu ngan mertua kalo camni.

    ReplyDelete
  5. nasib baik k0rang sumer sokong...kalau tak, mst sy ni emo tak btempat. kih3...

    lgp0n sy mmg serius rs skt hati kat beliau. kalau la jd kat family sy mcm 2... sian kat mak kan kan akn.

    ReplyDelete
  6. peh !
    akak . pi bg al kuliyah kat dia . hahaha

    ReplyDelete
  7. betul. lelaki yang bertanggungjawab pasti tahu prioriti hidup dia. keluarga yang pertama, apatah lagi mak bapak. isk

    ReplyDelete
  8. ape teruk sangat kawan ko tu bib. ish. melampaunye sampai nak kontrol anak orang. Memalukan je.

    ReplyDelete
  9. huhuhu....kekadang saya pon nk termcm 2 sbb jeles si tunagan akn lebeykan family dia dr sya...tp pk2 blik saya baru tunang dia...bahkan klu mak dia ngn wife dia...dia mesti kene utamakan mak dia....hehe so skunk sya buang jauh2 perasaan 2...huhuhu entry nie peringatan buat kita semua.....

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...