Saturday, October 30, 2010
...Mari curang untuk perasan cantik...
Belek punya belek MukaBuku hari ni, terjumpalah satu artikel surat khabar ni. Punyalah lama benda ni. Saya baru jumpa. Punyalah lambat teknologi saya ni. Ibarat siput 'tututtt'.
Eh, betul ke 'wanita cantik selalu curang'? Ok.."wanita" ni wanita yang asli ye. Yang tak asli atau tak cukup asli tu cerita lain. heee~
Tapi betul ke? Saya sendiri tengah fikir sambil tu kaji mengkaji sikit. Imbas-imbas pada setiap muka kawan-kawan saya yang cantik. Hurm, saya rasa tak adalah pula dorang ni curang. Susah rasanya nak jumpa kawan-kawan saya yang cantik ni curang.
Selalunya yang 'kurang' cantik yang selalu tukar-tukar teman lelaki. Hari ni cerita pasal si A. Esok dah keluar dengan si B. Boleh tu pula kadang-kadang dengan bangga dia cakap " Ala, bukan aku yang nak dia. Dia yang nak aku!". Ops...! Ternganga dan melopong mulut saya mendengarnya.
Tapi bagi saya, kecantikan itu terlalu subjektif. Susah nak menilai. Saya sendiri tak tahu kat mana nak menilai 'cantik' seseorang. Kadang-kadang tengok sekali cantik. Tapi esok tengok...tak cantik pula. Kadang-kadang hari ni tengok tak cantik. Esok saya puji melambung-lambung. Kadang-kadang saya puji orang tu cantik. Tapi orang lain rasa dia biasa-biasa saja.
Susah bukan nak menilai maksud cantik tu. Bagi saya, biarlah kita jadi biasa-biasa saya. Sederhana dalam segala perkara. Dari bajet HOT, tapi apa pun tarak~ ;p
Tapi kalau betullah kata artikel ni, kiranya pakwe, awak beruntunglah dapat saya yang biasa-biasa ni. Sebab tak curang. Ehem..ehem... Belanja pizza lebih keju ya! hahaha..
Pissttt: Tetiba rasa macam nak curanglah, sebab nak perasan diri ni cantik. Boleh ke macam tu?
Friday, October 29, 2010
....Baik.Hormat.Bijak...
Perhatikan gambar di atas. Sangat comelkan kanak-kanak ni? Kanak-kanak? Silap. Awal remaja. Mereka sudah pun berusia 13 tahun. Bukan kanak-kanak lagi ya.
Tiba-tiba saya jadi sangat dan teramat rindukan mereka. Ni pelajar-pelajar saya masa saya praktikum dulu.
Saya ingat lagi, saya perlu mengajar pelajar tingkatan 1 dan 4. Dan saya ingat lagi, bila masuk kelas tingkatan 4...Darah saya akan naik meninggi. hahaha... Mana tidaknya, kita ajar tak mahu dengar. Kita bagi kerja tak mahu siap. Minta hantar buku, asyik orang yang sama je. Bila kasi nasihat cakap kita membebel. Jadinya saya ajar sapa yang nak belajar. Tanda buku mana yang nak hantar. Saya tegur mana yang nak dengar.
Dan saya ingat lagi, bila keluar kelas tingkatan 4 dan masuk kelas tingkatan 1... Hati saya akan senyum. Dari telinga ke telinga. Riang dan gembira masuk kelas mereka ni. Senang dididik. Senang ditegur. Mereka nakal juga. Kadang-kadang teruji juga kesabaran saya. Tapi yang bagusnya, kita tegur mereka tak melawan. Diam dan fahami. Lega bila tengok tindakan mereka.
"Eh, tudung cikgu senget tak?"
"Korang jangan berani nak ukur tinggi dengan cikgu."
"Azim, boleh diam sekejap?"
.
"Azmi, orang normad zaman moden".
Dua-dua kecil. Dua-dua tak reti duduk diam. Sama macam orang normad yang berpindah randah. Tapi dua-dua rajin tolong saya angkat buku.
Yang mangsa akan ditumbuk tu, peminat setia saya. Ketika saya tamat tempoh praktikum, beriya-iya dia menangis. Kelakar juga bila tengok. Kalau dia gelak tak ingat dunia. Tengok dia gelak, saya tak boleh berhenti gelak. Kalau dia tak datang...sunyi kelas.
"Okey, Pak Leh jawab soalan"
"Cikgu, Pak Leh tu nama ayah dialah"
"Haa...Dah kamu panggil dia macam tu. Mana cikgu tahu."
Nama dia Amirul. Tapi saya panggil dia Pak Leh. Baru sekarang saya tahu kenapa orang panggil dia 'Pak Leh'. Dulu saya main panggil je. Tengok kawan-kawan panggil dia. Saya join sekali. Tambah-tambah lagi, dalam kelas tu ramai sangat namanya Amirul.
Yang ini seorang lagi. Kerja jarang sikit siap. Tapi bila saya minta hantar buku. Dengan lajunya dia selesaikan kerja tu.
"Cikgu, hari ni nasi lemak lauk ayam."
Memang tiap pagi saya akan dapat nasi lemak dari Ikmal. Nenek dia meniaga nasi lemak. Memang pernah sekali saya tempah nasi lemak pada Ikmal. Sebab ramai yang kata sedap. Dan lepas hari tu, tiap-tiap hari saya dapat nasi lemak. Saya ambil takut dia kecil hati. Tapi tiap-tiap hari makan nasi lemak, tak elok jugakan. Jadi kadang-kadang saya beri je kepada kawan saya.
*****************
Mereka memang baik. Dan saya harap, mereka akan kekal baik walau umur akan meningkat. Saya risau kalau mereka terpengaruh. Hilang segala 'baik' seperti abang dan kakak mereka yang sudah tinggalkan 'baik' itu.
Cikgu doakan kamu semua baik-baik je. Cikgu sayang kamu semua. Penghibur hati. Ingat kamu semua cikgu senyum sorang-sorang!
...'Dia' buat lawak hebat!...
Panas betul bila saya baca sebuah beblog ni. Angin satu badan. Fuhh...sabar banyak-banyak.
Saya marah bukan sebab saya nak pertikaikan apa yang 'dia' cakap. Saya memang tak ada hak untuk marah. Sebab itu bebl0g dia. Hak dia untuk tulis apa sahaja. Tapi bila sudah tulis tahap tulisan yang melampau, masih hak dia ke?
Tulisan yang melampau bukan calang-calang. Habis dia carut-carutkan universiti yang banyak berbakti kepada saya. Dia maki-maki pensyarah yang telah mengajar saya. Yang paling saya tak boleh terima, dia hina fakulti saya. Dia caci ketua jabatan saya.
Isunya sangat simple. Dia rasa kami ni bodoh dan buat kerja sia-sia bila anjurkan bacaan sejuta puisi dan tersenarai dalam Malaysia Book of Records. Walaupun saya tidak terlibat, tapi saya tetap mahu gunakan "kami". Sebab itu adalah fakulti saya. Itu adalah sejarah saya.
Mungkin bagi korang juga itu adalah satu kerja sia-sia dan 'bodoh'. Itu terpulang. Tapi tolonglah jangan menghina dan carut-carutkan mereka yang terlibat. Itu hak mereka mahu buat apa sahaja. Asalkan tidak menyalahi undang-undang. Asalkan tidak menafikan hukum Tuhan. Asalkan tidak menjatuhkan martabat manusia lain.
Bacaan satu puisi itu amat bermakna pada kami. 'Puisi' yang telah lama dilupakan. Patutnya kita perlu bersyukur kerana masih ada lagi anak muda yang mahu mewarisinya. Kalau tidak sudah tentu ia hanya ditelan zaman. Jika anda tak mahu. Ada orang lain yang mahu. Jadi jangan mahu pertikaikan.
Jika sekali pun tidak berbangga. Cukuplah jangan mengata. Jika benar kata 'dia'. Kami mahu membodek kerajaan kerana menganjurkan bacaan puisi bertemakan 1 Malaysia, saya sangat berharap 'bodekkan' kami itu telah berjaya. Tidaklah pelajar-pelajar dari UPSI ni jadi penganggur terhormat lagi. Selesailah masalah lambat posting kami. Dapatlah kami jadi cikgu dengan secepat mungkin!
Mungkin 'dia' berasa bangga kerana hasil tulisannya yang lawak tu dapat menghiburkan ramai pembaca. Ya, saya pun terhibur. Terhibur melihat orang yang berhibur kerana kata-kata kesat dan maki hamun. Siapa yang lebih bodoh sekarang ni?
Jika anda mahu berpolitik, politiklah dengan cara yang bersih. Jika anda mahu memikat hati pengundi, pikatlah dengan cara yang paling romantis. Jika anda mahu memancing pengundi, carilah umpan yang paling enak. Jangan kerana 'kehendak' anda... Anda memperkotak katikkan maruah dan harga bangsa anda sendiri.
Buang masa je layan orang yang macam 'dia'. Ada lagi ke... kesedaran pada diri?
Jika anda betul anak jantan, jangan baling batu kemudian sembunyikan tangan!
Thursday, October 28, 2010
...Pelik tapi benar...
Muka saya masih lagi bermemekkan muka kagum. Sangat kagum. Dari petang semalam terbawa-bawa sampai ke pagi ni. Mungkin bersambung sehingga ke petang.
KAGUM!
Ya... saya sangat kagum. Dari petang semalam saya tanya macam-macam dengan abang saya. Sambung pula ke pagi ni. Jumpa dia saya terus buka mulut tanya benda yang sama. Sampai saya rasa dia malas nak layan dah adik dia yang sorang ni. Tak faham bahasa.
Mana tak kagumnya, semalam petang.
AbangYan: Ni ambil batu ni bagi kat mak.
Saya: Batu apa ni?
AbangYan: Batu dari serai tu. Mak pesan mak nak hari tu.
Saya: Batu dari serai? ( sambil mulut ternganga)
AbangYan: Iyalah. Boleh buat cincin.
Saya: Sapa yang baik hati letak batu warna-warni ni kat pokok serai tu???
******
Pagi ni saya sambung tanya lagi.
Saya: Betul ke kat pokok serai tu ada harta karun?
AbangYan: Sapa cakap?
Saya: Kawan yang cerita. Dia kata ada harta karun. Kaya rayalah kita. Boleh beli lori banyak-banyak lagi.
AbangYan: Ish...mana ada. Kalau ada dah lama pokok serai tu kena curi.
Saya: Dah tu, pokok serai tu ada bunian yang jaga ke?
AbangYan: Bunian mana? Kalau ada abang yan dah lama ngorat.
******
Cerita harta karun dan penjaga bunian pakwe saya yang cakap. Saya hampir percaya. Sebab saya betul-betul kagum. Pelik. Ada batu warna-warni kat pokok serai??? Tak logik!
"Kuasa Allah. Semuanya boleh"
Kata pakwe. Buat saya tidur lena malam tadi. Berhenti fikir. Betul. Kuasa Allah. Semua boleh jadi logik.
Tapi pagi ni, otak saya kembali berpusing. Kat pokok serai ada batu yang cantik? Huh...betul-betul pening.
Yang ni gambar saya cari kat Google.
Nak ambil gambar betul-betul saya takut. Takut kalau Cik Bunian marah.
Wednesday, October 27, 2010
...Kalau sakit jantung jangan baca...
MAKLUMAN!! SEMAKAN PENEMPATAN GURU BOLEH MULA DISEMAK PADA 15 NOV 2010. SELEPAS 2 MINGGU DARIPADA TARIKH ANDA TAHU PENEMPATAN, ANDA AKAN TETAP POSTING KERANA ADA ORIENTASI YANG AKAN DILAKUKAN UNTUK GURU BARU. MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI BHGN SEK MEN DI TALIAN 03-88849350. Thankis Mohd Nazrin Abu Zarin atas info berguna.
Para rakan-rakan sepengangguran sekalian. Terkejut tak baca pengumuman kat atas ni? Terkejut tak terkejut tak??? Ok..saya tak terkejut pun. Sebab ini khabar angin mungkin. Saya copy paste dengan izin dari rakan seMukaBuku saya. Tapi dia pelajar pendidikan dari UPM. Mungkin sama dengan kita per'postingan'nye dengan kita pelajar UPSI sebab dia pergi interview sama dengan kita hari tu.
Jadi anda semua gigih la untuk terus bersabar. Tapi ingat... jangan sebarkan dulu eh benda ni kat MukaBuku. Saya takut bagi harapan palsu pada ramai-ramai orang. Pada anda tak apa...sebab yang rapat je yang tahu bl0g saya ni. Kawan-kawan rapat tak apalah kan bagi harapan palsu pun, sebab saya memang suka buat kawan-kawan rapat saya hangin. hahaha
...Sayang mak mertua...
Pagi-pagi lagi saya dah terjah ke alam MukaBuku. Punyalah boring pagi-pagi ni. Dengan cuaca yang mendung. Sayu sungguh rasa.
Pagi-pagi lagi ada seorang rakan ni dah bising-bising kat wall dia. Saya pun dengan sibuk-sibuknya bacalah satu persatu. Ada gaya penyiasat tak? Ke gaya Mak Senah? =p
Oh, dia gaduh dengan kakak ipar dia. Mengeluh panjang saya baca. Iyalah... Memang bukan senang nak tumpang rumah mak mertua ni. Saya tak adalah nak menangkan kakak ipar dia. Senang cerita, saya tak menangkan sapa-sapa.
Oklah. Ikut pemerhatian saya, kalau kita kat rumah mak mertua lagi baik kita jangan:
1. Sampai rumah lambat, terus pergi dapur dan makan.
2. Asyik duduk dalam bilik je.
3. Bangun pagi lambat.
4. Sampai-sampai tanya "mak masak apa?"
5. Duduk sama mengumpat adik-beradik ipar.
6. Selalu balik rumah mak mertua. Jemu ok mak mertua pandang.
7. Letak baju kotor dalam mesin basuh. Silalah bawa balik dan basuh sendiri.
8. Sepah-sepahkan rumah mak mertua.
9. Jangan bagi anak tu ligat sangat. Panjat sana-panjat sini.
10. Mak mertua masak kat dapur, kita duduk tengok tv.
Semua yang kat atas ni...pendapat saya je. Terpulanglah nak setuju ke tak. Tapi perkara-perkara macam ni memang mak saya sendiri pun tak suka. Kalau mak sendiri tak suka. Dah tentulah mak mertua pun akan tak suka.
Tapi saya pandai-pandai je ni. Saya sendiri pun tak kahwin lagi. Mak sapalah yang beruntung tukan dapat menantu macam saya ni nanti.<---sila jangan meluat. hahahaha
Tuesday, October 26, 2010
...Dah 'ketu' nanti baru tahu...
Kawan saya selalu mengeluh. Dia cakap tak ada orang yang nak kan dia. Setiap kali jumpa. Keluhan itulah yang saya dengar.
"Tak ada orang nak dengan aku!"
Sebagai seorang kawan... Saya kasihan juga dengan dia. Adik pun dah kahwin. Dia tak laku-laku lagi. Memang kecut perut. Dan saya pun berazam dengan gigihnya carikan calon-calon pakwe untuk dia. Ceh...ayat! hahaha
Betullah. Saya betul-betul ikhlas nak tolong dia. Makanya, ramailah calon-calon yang saya cari dan kenalkan pada dia. Tapi lama-kelamaan, saya sendiri yang naik penat.
-Dia rendahlah. Aku nak orang yang tinggi.-
- Dia gemuk. Aku nak yang kurus.-
- Dia kurus sangat. Aku nak yang sedap-sedap-
- Dia hitamlah. Aku nak yang putih.-
- Putih sangat. Aku ni dahlah gelap. Nanti nampak sangat macam tahi cicak.-
- Ala...dia tak belajar kat u!-
Tengok. Mahunya saya tak letih. Demand sangatkan. Memang saya mengeluh. Mahu yang perfect. Sudahnya...mana nak cari. Adoi!
Kalaulah kita ni ala-ala Fasha Sandha. Ala-ala Erra Fazira (masa belum kahwin. Dah kahwin tak cun sangat pula beliau ni). Ala-ala Nora Danish. Ala-ala Siti Nurhaliza. Atau paling koman pun, ala-ala Raja Azura. Tak apalah kan. Cun. Seksi. Putih gebu. Glemer pula tu. Nak demand lebih pun orang faham.
Ni kita biasa-biasa sahaja. Tapi nak yang meletup.
Memanglah tak salah. Tu pilihan kita. Kita yang biasa-biasa ni. Nak yang hensem-hensem teramat. Memang tak ada masalah. Tapi orang yang hensem-hensem teramat yang tak nak kat kita yang biasa-biasa ni. Itulah masalahnya.
Jadi saya pun nekad. Berhenti sampai di sini sahaja pencarian pakwe untuk dia. Pandai-pandailah dia nak cari sendiri. Esok-esok bila dah sampai tahap 'ketu' tapi still tak ada pakwe lagi, mesti dia terima je sapa-sapa. Masa tu kalau nak memilih yang ala-ala David Beckham juga, tak tahulah.
Kalau saya...dapat ala-ala Fahrin Ahmad pun jadilah!. kih3
...Dapat bunga raya, yeay!...
Sekarang ni kan musim peperiksaan. Anak-anak buah saya semua sibuk baca buku. Ceh, poyo je dorang tu. Baca bukunya sikit...Mainnya lagi banyak. Ada ke...
Dan pagi ni, seorang kakak saya dah bising-bising. Dia bercerita tentang markah anak dia. Bahasa Inggeris dapat 78%. Wah, patutnya dah kira hebatlah tu. Bahasa Inggeris bukan senang untuk anak-anak Melayu. Tapi iyelah, manusia jarang nak bersyukur. Kalau dah dapat 78%. Mengeluh nak 80% pula. Nanti kalau dah dapat 80%, makanya mengeluhlah nak 100% pula.
Saya ingat lagi waktu saya kecil-kecil dulu... Waktu sekolah. Masa peperiksaanlah waktu paling saya suka. Sebab tak payah belajar. Tak payah bawa buku ke sekolah. hahaha
Tapi bila waktu nak tunjuk kad laporan, kecut jugalah. Tapi bukan sayalah. Sebab saya selalunya result ok sikit dari kakak-kakak saya. Siapa yang markah paling teruk, dialah yang kena marah. Yang biasa-biasa macam saya ni, selalunya 'lepas'.
Abah saya bukanlah seorang yang garang. Jarang nampak dia marah-marah. Dia cool sahaja. Sepadanlah dengan mak saya, Mak Siti yang memang garang dan amat digeruni. Tapi walaupun abah saya tak garang, bila sekali dia marah. Boleh demam 3 hari!
Kalau pasal result-result ni, abah sayalah yang ambil berat. Setiap malam kena belajar. Dan setiap kali dapat kad laporan, abah sayalah yang akan tandatangan.
Kalau keputusan kami teruk, contohnya dapat nombor belasan dalam kelas. Abah saya suruh genapkan ke nombor genap (nombor puluh-puluh). Kalau dapat nombor puluhan dalam kelas, abah saya suruh cukupkan sampai habis ( nombor akhir dalam kelas). Dan kalau banyak dapat markah merah, abah saya akan suruh pula kumpulkan lagi banyak.
"Bunga rayakan cantik!"
Bunga raya tu lambang markah yang dapat merahlah. Merah sebab tak lulus. hahaha
Adik... akak faham perasaan adik sekarang ni!
Monday, October 25, 2010
...Kata orang tua-tua...
Pakwe: Mata nak tumbuh ketumbiklah.
Saya: Iya ke? Dah tumbuh dah?
Pakwe: Belum lagi. Tapi dah rasa pedih-pedih.
Saya: Oh... Ikat benang kat jari tengah. Benang hitam.
Pakwe: Haa??? Kenapa nak letak benang?
Saya: Iyelah, nanti ketumbik tu tak jadi nak tumbuh.
Pakwe: Betul ke? Mana tahu? Boleh jadi ke macam tu. Pernah cuba?
Saya: Pernahlah. Emak yang ajar.
Pakwe: Hmm..tengoklah.
******
Huh...memang susah nak cakap dengan pakwe. Ada ke dia boleh persoalkan petua orang tua-tua. Korang pernah dengar tak pasal petua ni?
-Kalau tak nak tumbuh ketumbik, ikat benang hitam pada jari tengah tangan yang kena tu. Kalau kiri, ikat pada jari tengah belah kiri dan sebaliknya-
Pernah dengar? Mak korang selalu tak nasihatkan macam tu? Emak saya, Mak Siti memang selalu cakap macam tu setiap kali saya nak tumbuh ketumbik pada mata. Cepat-cepat ikat benang hitam pada jari tengah. Dan setakat ni saya tak pernah lagi rasa ketumbik kat mata. Semuanya terbantut tumbesarannya. hehehe
Itu kebetulan atau petua tu memang benar?
Saya sendiri tak pasti. Tapi petua orang tua-tua memang banyak boleh diguna pakai. Cuma terpulang pada kita untuk mempraktikkannya atau tidak. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Eh pakwe, orang tua-tua pun selalu cakap... Ketumbik tumbuh pada mata sebab mata tengok benda yang tak elok. Awak mengintai siapa ni haaa???
...Berpeluh-peluh nak jawab...
Sudah terlalu lama dan lama dan lama saya tidak ditag. Kenapa eh? Sebab saya dah tak ada peminat. Ceh...sampai hati korang tak minat saya dah! =p
Tetiba hari tu, ada saudari ni menge'tag' saya. Tujuan? Mungkin saudari ni nak glemerkan blog saya yang naif ni. Thanks ya!
Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
Atas ni arahan dia. Bahasa omputeh? Saya tak fahamlah! Bahasa melayu please... kih3. Okey, sebab dah terlalu lama tak di tag, skali dapat. Ambik ko! Nak 25 ciri-ciri diri saya. Mana nak cari ni??? Sebab banyak sangat, ada yang saya tipu okey. <--- peringatan. Heee~
1. Saya ni memang permaisuri segala tidur. Asyik sungguh bila dapat tidur. hahaha
2. Saya tengah tunggu surat cinta dari tuan KPM. Saya mau kerja!
3. Kalau saya tengah buat kerja atau fikirkan sesuatu, lagi baik jangan cerita apa-apa dengan saya. Sebab saya hanya mengangguk lepas tu "apa kau cakap tadi?" ..Sakit hati tak?
4. Saya memang takut dengan nombor. Rasa macam nak pengsan.
5. Suka aiskrim. Tapi bukan perisa coklat.
6. Gigi saya belah kiri tang taring terkeluar sikit. Haa...takut tak?
7. Dalam banyak-banyak perhiasan wanita, saya suka pakai gelang kaki. Padahal orang bukan boleh nampak pun.
8. Muka saya bulat-bulat. Seumur hidup memang tak pernah rasa muka yang kecil ala-ala bujur sireh. hahaha
9. Saya ada fb. Mari add secara berjemaah. Tapi letak gambar sendiri eh.
10. Jarang nak makan ubat. Saya sangat percaya, setiap yang sakit tu boleh pulih sendiri. Hahahaha
11. Tulisan saya kecil-kecil. Kadang-kadang besar-besar. Ikut kelajuan menulis.
12. Upsi tempat saya belajar. Tapi tempat ni lambat postinglah. Frust!
13. Saya tak ada pakwe lagi. Betul ni... tolong percaya. hahaha..
14. 2011 saya nak kahwin. Tak kira. Nak jugak! =p
15. Tengok saya memang sombong. Try ajak borak, takut korang yang tak tahan nak dengar.
16. Saya tak boleh tengok ular. Dengar nama haiwan tu pun boleh buat saya rasa nak muntah.
17. Tolong jangan busuk-busuk eh bila dengan saya. Hidung saya ni memang sensitif.
18. Penghidap resdung yang teruk. Good bye makanan laut. Tapi tidak pada sambal belacan. hehehe
19. Letih dahlah. Nak tulis apa lagi ni?
20. Ok, yang no 13 tadi tu...saya tipu je. Saja nak wat pakwe hangin satu badan.
21. Saya adalah pemilik blog yang tak glemer ni.
22. Saya tak kisah pun kalau korang tak nak follow saya. Sebab saya pun susah nak follow blog orang. Kiranya kalau saya follow tu, orang tu sangat beruntung la. <---bajet macam artis! hahaha
23. Saya teringin nak pergi bercuti. Ohh..teringinnya.
24. Coklat? Biasa-biasa sahaja. Bila betul-betul teringin baru saya cari.
25. Saya wanita gagah. Menangis tak ada dalam kamus hidup. hahahahahaha...
Yeayyyyyyyyy!!! Siap dah. Tapi nak kena tag 25 orang pula. Hmm...sapa nak jawab? Haa, saya tag anda!
...25 ciri?...
Saya sedang cari idea ni nak jawab tag yang diberi oleh saudari http://faqihfiqh.blogspot.com/. Punyalah susah nak jawab tag saudari ni. Iyelah, nak kena beritahu tentang diri sendiri sebanyak 25 ciri. Berpeluh saya nak fikir ni.
Tapi dah janjikan. Kena jugalah saya tepati. Walaupun susah dan mencabar sekali.
Hmm..saudari Aku, Gadis & Tinta, kalau saya jawab tag ni tipu-tipu sikit boleh tak? Orang yang macam saya ni, lebih suka berahsia dari berterus terang. hahaha
Tak pun, ada tak siapa-siapa boleh bagitahu ciri-ciri saya? Satu pun jadilah dari korang. =p
Saturday, October 23, 2010
...Surat untuk Tuan...
Posting bulan Disember? Hujung bulan? Oh no!
Hancus dan lingkup segala rancangan-rancangan mokcik.
Buat Tuan KPM...
Tuan KPM: Tak boleh ke bagi posting cepat sikit? Kasihan pada kami yang sudah lanjut usia baru nak bertatih mencari kerja.
Tuan KPM: Tak boleh ke bagi posting cepat sikit? Kami mahu melangkah satu tapak lagi ke hadapan.
Tuan KPM: Tak boleh ke bagi posting cepat sikit? Kami dah bosan menunggu di rumah. Tahukan, penantian itu satu seksaan.
Tuan KPM: Tak boleh ke bagi posting cepat sikit? Kami DAH TAK SABAR NAK BUAT SEGALA KERJA KAT SEKOLAH TU. <---yang ni tak berapa pasti. =p
Tuan KPM: Tak boleh ke bagi posting cepat sikit? Senang ceritalah. Saya terus terang je. Yang saya dah tak sabar nak kahwin. hahahaahaha
Friday, October 22, 2010
...Anda pembunuh!...
Hish...Saya memang alergik dengan bau rokok! Saya tak suka. Saya rasa nak sesak nafas bila terhidu asap rokok. Hei, perokok tegar...Boleh jauhkan diri anda dari saya???
Setiap hari memang saya hidup dengan perokok tegar. Dalam pejabat ni, boleh dikatakan hampir kesemua pekerjanya lelaki. Sana rokok, sini rokok. Saya dah jadi naik rimas. Kalaulah saya bos di sini, saya pecat mereka semua sebab "terlalu banyak hisap rokok". Err...tapi boleh ke?
Kadang-kadang tu, mahu saja saya marah-marah mereka. Jangan hisap rokok boleh! . Tapi saya yang tak boleh nak buat macam tu. Sebab dorang semua tua dari saya. Perlu hormat mereka. Ditambahkan lagi, bos saya sendiri pun hisap rokok dalam pejabat ni. Jadi, apa nak dikata?
Nasib baiklah pejabat kami ada dua bahagian. Meja saya pada bahagian lain. Jarang-jarang mereka mahu masuk di sini. Apa-apa urusan hanya di tingkap kecil yang berada ditengah-tengah bahagian 1 dan 2.
Baru-baru ni, saya sangat tertarik pada sebuah iklan di televisyen. Ala, yang orang tunjuk aksi -Jangan merokok-. Yang paling saya suka, gaya yang dibuat orang Auntie India dalam iklan tu. Manjakan? Nanti korang tengoklah iklan tu.
Saya peliklah... Dah terang-terang orang cakap rokok tu pembunuh. Asap rokok pun pembunuh juga. Tapi kenapa polis tak tangkap orang yang hisap rokok? Dia adalah salah seorang pembunuh. Iyelah, tak akan nak tangkap si 'rokok' pula.
Err..rasa-rasanya, orang yang hisap rokok marah tak baca entry saya ni? Heee~
...Jangan tanya pasal bihun goreng lagi!...
Isnin pagi minggu ni, saya bangun tidur perut dah berbunyi sambil nyanyi-nyanyi. Punyalah lapar. Jadinya, on the way ke ofis saya singgahlah di sebuah gerai. Gerai tu betul-betul terletak di simpang rumah saya.
Gerai tu kepunyaan seorang makcik. Memang setiap pagi saya akan lalu depan gerai makcik tu. Setiap pagi juga dia memandang saya dengan wajah yang sayu. Dan pagi Isnin lalu, saya nekad nak beli sarapan di situ. Buat pertama kalinya.
"Makcik, bihun goreng ada?" Tanya saya. Saya memang jarang mahu bersarapan nasi lemak. Entah, perut saya tak sesuai dengan sambal nasi lemak orang lain. Nanti saya sakit perut.
"Bihun tak adalah nak, nasi lemak je ada," jawab makcik tua tu.
"Ohh...tak ada. Tak apalah," Saya pun berlalu pergi.
Maka, tak jadilah saya merasa masakan dari air tangan makcik tu. Hanya ada nasi lemak. Saya tak mahu.
Dan, sehingga ke hari ini... Sudah beberapa hari berlalu. Saya masih lalu lagi depan gerai makcik tu. Tapi gerai itu kosong. Tidak buka sudah berhari. Saya rasa hairan. Mana pergi makcik ni? Kenapa tidak berniaga lagi???
Huh...memang hairan. Tak akanlah makcik tu terlalu kecewa kerana saya tidak jadi beli sarapan di gerainya pada isnin lalu? Atau... Tak akanlah makcik tu jadi terlalu sedih bila saya bertanyakan tentang bihun goreng?
Makcik...kalau makcik tak sihat, saya doakan makcik cepat sembuh dari jauh. Dan saya janji...saya tak akan tanya lagi tentang bihun goreng!
Thursday, October 21, 2010
...Jantan ke betina?...
Tengahari tadi, saya lunch bersama emak, kakak dan adik saya. Makan secara berjemaah namanya.
Sambil makan-makan...Emak dan kakak saya bercerita tentang pokok. Pokok betik kat belakang ofis abang saya. Emak saya memang suka makan bunga betik. Maka, terbukalah cerita tentang ulam-ulaman ni.
Cerita punya cerita, baru saya sedar... Dalam dunia ni, banyak sangat jenis ulam-ulaman. Saya hanya mendengar. Tapi yang peliknya, kenapa selama ni saya tak tahu pasal ulam-ulaman ni?
Cerita lagi, emak saya ni kira hebatlah juga. Boleh pula dia tahu pokok tu jantan ke betina. Ala, emak-emak korang pun mesti hebat jugakan. Cuma kita ni je yang tak berapa hebat. Ke ... korang pun hebat boleh tentukan jantan betina pokok???
Saya? Saya memang tak hebat. Bukan jantina pokok tu je yang saya tak tahu bezakan, kadang-kadang nama pokok tu pun boleh buat saya garu kepala. kih3
Baru saya terfikir, macam manalah nanti dengan nasib anak-anak saya. Mesti dorang tak tahu juga kisah jantan dan betina pokok. Sebab mak dia sendiri pun tak tahu.
Haa...Cuba teka pokok kat atas ni jantan ke betina. Boleh?
Wednesday, October 20, 2010
...Benci i!...
Tak suka khabar angin. Boleh mencipta harapan palsu. Boleh juga mendatangkan putus asa.
Saya pernah postkan ayat kat atas tu pada status mukabuku saya. Saya memang tak suka pada khabar angin.
Setiap kali saya dengar khabar angin, saya memang jarang ambil kisah. Masuk telingan kanan, keluar telinga kiri. Memang tak singgah langsung dalam jiwa saya. Saya tak tahu kenapa. Saya kurang selesa dengan khabar angin. Bagi saya, manusia memang suka buat cerita. Dengar cerita hanya takat A tapi mereka boleh menambah sehingga ke G!. Itulah kehebatan manusia.
Baru-baru ni... Khabar angin yang paling glamour dan menjadi sebutan ramai adalah tentang isu 'posting'. Macam-macam saya dengar. Kadang-kadang tu saya jadi naik marah. Boleh tak mereka bersabar? Dan berhenti marah-marah. Sudah nama pun khabar angin. Jangan terlalu ambil kisah.
-Kita posting tahun depan- Kita posting hujung tahun-
Kita lambat posting ni- Kita posting bulan 11-
Kita ini...Kita itu...
Bila dengar posting awal, bukan main gembira. Bila dengar posting lambat, maki-maki hamun. Itu yang tak seronoknya.
Lebih baik kita hanya mendengar. Dan tidak terlalu berharap. Saya tahu, ia berkaitan masa depan. Saya juga seperti anda. Saya mahu posting awal. Saya risau dengan masa depan. Tapi jangan jadikan 'khabar angin' itu sesuatu yang terlalu benar. Sedangkan kita sendiri tidak tahu takat mana kebenarannya.
Mulut manusia ada banyak jenis. Lidah manusia adalah senjata paling tajam.
Dari asyik dengar khabar angin. Lebih baik kita asyik buang angin. Sekurang-kurangnya...perut rasa lega sikit. kih3
Puuoottttt. Ops! Sorry.
Tuesday, October 19, 2010
...Teruja...
Mungkin cerita k0nvo saya ni sangat la sudah basi. Minggu lepas punya cerita baru hari ni saya nak update? Ok...memang saya pemalas. hehehe
13hb Oktober...Hari saya beratur panjang semata-mata untuk menerima segulung ijazah. Sukanya tu Tuhan sahaja yang tahu bila kita dah ada kat atas pentas. Sangat seronok dan teruja walaupun benda tu beberapa saat sahaja.
Walaupun beratur panjang, tapi saya dibarisan hadapan. Sebab nama saya bermula dari huruf 'H'. Orang yang ke 18. Jadi tak adalah mekap saya cair sebab tunggu terlalu lama.
Satu kepuasan yang sangat sukar untuk saya ceritakan. Selama 4 tahun saya di UPSI, akhirnya saya berjaya akhiri zaman pelajar saya dengan jayanya. Tidak terlalu mudah. Dan tidak juga terlalu sukar. Tapi keperitan itu terasalah juga.
Seminggu saya di sana, jujur saya katakan...saya sangat rindukan zaman belajar saya. Sungguh! Tapi bila lihat angka pada kad pengenalan, saya sedar...sudah tiba masanya saya melangkah satu tapak lagi ke hadapan. Membalas jasa keluarga saya.
Tidak mustahil juga...saya akan kembali menjadi pelajar. Tapi biarlah selepas ibu saya merasa duit dari hasil titik peluh saya pula. Walaupun saya bukan jenis yang kuat berpeluh. kih3
Terima kasih pada semua. Yang mendoakan kejayaan saya. Saya gembira dan berbangga menjadi Alumni Upsi. Saya gembira dan berbangga mendapat segulung ijazah 'pendidikan'.
Hooooyeeeaaaayyy!
Friday, October 15, 2010
...Dalam hati ada taman...
Saya jatuh cinta lagi. Perasaan memang sangat-sangat bunga-bunga cinta. Eh, memanglah saya dah ada pakwe. Saya jatuh cinta dengan pakwe sayalah. =p
Dah lama tak rasa macam ni. Dah lama juga saya tak tulis pasal cinta-cinta ni. K0non tak mahu menjadi 'pencinta tegar'. Tapi akhirnya tewas juga. hahaha
Ok-ok..Saya tak mahu bercerita panjang tentang ini. Bahagia kami biar kami sahaja yang tahu. Ceh~
Pakwe memang selalu buat saya ketawa besar hingga hilang kesantunan gadis melayu. Terima kasih pakwe. Kenyit mata sikit. ^_~
Sunday, October 10, 2010
...Cubaan pertama...
Jumaat saya telah berjaya menghadirkan diri untuk mengambil jubah. Syukur jubah bersaiz S masih ada. Walaupun bukan yang 'baru'. Saya tak dapat bayangkan kalau saya memakai jubah bersaiz M. Dah tentu licin dan berkilat pentas tu nanti.
Sekarang hanya menanti detik untuk berkonvo sahaja. Perasaan? Tak adalah terlalu excited. Biasa-biasa sahaja. Cuma saya perlu menjaga kesihatan. Seminggu dua ni...kesihatan saya kurang memuaskan sedikit. Tak tahulah di mana silapnya.
Tapi tak apa...saya tetap akan pastikan diri saya sihat. Mulai saat ni, nak telan segala jenis ubat. Eceh! hahaha
Tengok gambar atas tu....kami pakai bukan sebab excited lebih eh. Tapi kakak staff yang edarkan jubah 2 yang cakap. "Cuba dulu. Takut jubah tu ada rosak kat mana-mana". Pertama kali saya jumpa staff UPSI yang sangat baik dan prihatin. Sungguh!
Ok, gambar bawah ni pula...Lelaki sebelah saya ni yang nak tangkap gambar dengan saya. Padahal saya nak p0se sorang-sorang je. Saya memang tak suka tangkap gambar dengan dia kalau berdiri. Kalau boleh nak duduk masa tangkap gambar. Tak tahulah kenapa saya tak suka. Betul...saya memang tak tahu. ;p
Tetiba saya rasa rindu dengan lelaki yang saya tak kenal kat atas ni. Hehehe...Ok2, saya tak kemas barang lagi ni. Esok nak berangkat ke Upsi dah.
Janganlah kapal terbang delay pula! ( saya jeles bila kawan2 asyik tulis status macam ni je kat fb. Mentang-mentang d0rang naik kapal terbang. Saya nak juga.)
Thursday, October 7, 2010
...Jubah comot...
Esok tarikh giliran fakulti saya pula yang akan mengambil jubah. Hari akhir bagi pelajar-pelajar Sarjana Muda. Tak tahulah ye, tinggal saiz apa je lagi. Klu saya dapat saiz XL...memang saya akan buat ubah suai sedikit pada jubah tu. Masa tu UPSI jangan marah ye! hehehe
Saya tak tahulah, jubah UPSI sekarang ni saya pemakai yang keberapa. Sebab saya tak pernah kaji bila tarikh UPSI mula membeli jubah-jubah tu. Ohh...mungkin boleh dijadikan tajuk tesis semasa mengambil Sarjana nanti.
Tengok gambar di atas. Tersenyum suka hero-hero dan heroin-heroin tu. Iyalah, dorang berpeluang pakai baju baru. Mesti masih bau kedai. Saya pun dah tentu akan senyum seperti itu andai dapat pakai jubah baru. Malah, mungkin senyum lebih dari mereka. Lebih over.
Tapi tak mengapalah. Mungkin jubah UPSI kini masih cantik dan masih kukuh jahitannya. UPSI memang jarang buat pembaharuan. Selalunya, khabar angin sahaja yang ada terbarunya. hehehe
Contoh, masa saya semesti 6 dan 7..sibuk merata-rata orang cakap, kamilah yang akan jadi pelajar pertama yang berk0nvo di dewan yang baru dibina tu. Bukan main gembira lagi kami. Last-last, SITC juga. Dewan baru? Entah saya tak tahu apa ceritanya. Tapi yang pasti...orang cakap dewan tu cantik.
Tak kisahlah di mana pun saya berkonvo nanti. Tapi yang pastinya, saya berharap sangat UPSI dapat mengubah fesyen jubah konvonya. Biar nampak lebih glemer.
Macam jubah kat atas ni. Glemer abiskan? Tak adalah comot sangat graduan upsi ni nanti. Tapi kan...tetiba saya terbayangkan. Macamanalah kalau lelaki yang pakai jubah fesyen macam ni? kih3
Makin besar dan berkembanglah persatuan p0n...p0n...kat UPSI tu. OPs! tu bunyi hon kereta ok. ;p
Wednesday, October 6, 2010
...Dia perlu bersyukur...
Mungkin sudah terlalu lambat untuk saya kongsikan tentang berita gembira ini. Saya sendiri tidak berapa mahu menunjukkan 'kejayaan' saya yang ini. Entah kenapa. Saya hanya bersyukur. Dan tidaklah begitu gembira seperti rakan-rakan yang lain.
Sememangnya, inilah yang dinanti-nantikan. Keputusan temuduga KPM yang telah saya lalui pada bulan Ogos yang lalu. Alhamdulillah. Kali ini nasib benar-benar menyebelahi saya. Walaupun nama saya dibulatkan pada kertas pendaftaran kerana kehadiran yang kurang baik. Lambat 20 minit. Tapi itulah, sudah memang rezeki saya.
Tapi ini bukanlah isi utama yang saya nak cerita pada entry kali ini. Kejayaan itu saya tinggalkan selagi keputusan penempatan masih lagi menjadi tanda tanya. Punya susah mahu jadi cikgu. Dan menuntut banyak kesabaran dengan kerenah birokrasi.
Kali ini saya nak bercerita tentang kenyataan dari seorang sahabat. Saya tak tahu mengapa, saya agak 'sakit hati' bila membacanya. Ok ok...saya tahu, dia menulis langsung tiada kaitan dengan saya. Kalau saya tak suka janganlah baca. Tapi masalahnya, saya dah terbaca. Macamana?
Sahabat saya tu, mengeluh. Katanya menyesal kerana memilih Pendidikan semasa menuntut di universiti. Kalau boleh dia mahu mengulangi masa lalu. Nak pilih bidang lain katanya.
Itu tidak mendatangkan masalah kepada saya. Mungkin dia benar-benar berputus asa menjadi seorang guru. Tapi yang mendatang masalah kepada saya, bila dia menghentam abis-abisan bidang Pendidikan ini. Betapa tidak bersyukurnya dia.
Sudahlah Tuhan memudahkan perjalanan hidupnya. Memberi dia keputusan yang cemerlang. Memberi kejayaan dalam temuduga KPM. Juga memurahkan rezekinya dengan menjadikan dia sebagai seorang guru tanpa menunggu lama. Mahu apa lagi?
Masih mengeluh. Mahu pilih bidang itu. Mahu pilih bidang ini. Mahu masuk universiti sana. Mahu masuk universiti sini. Naik sakit mata saya membacanya. Jika bidang 'lain' yang dimaksudkan itu lebih hebat mungkin saya boleh faham. Ini tidak...
Tidak tahu ke dia berpuluh ribu orang memohon untuk menjadi seorang guru? Malah berpuluh ribu juga lepasan Ijazah yang memohon DPLI dan KPLI?
Dia harus bersyukur.
Dan mungkin... Dia harus membetulkan niatnya. Agar segala kekesalan akan berlalu pergi.
Menjadi seorang guru, bukan mengejar jawatan. Bukan mengejar 'glemer'. Bukan mengejar kelas yang pandai.Tapi menjadi seorang guru perlu mengejar pelajar untuk menyampai ilmu.
Dan itulah kepuasan sebenar.
Subscribe to:
Posts (Atom)