Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Friday, October 22, 2010

...Jangan tanya pasal bihun goreng lagi!...

Isnin pagi minggu ni, saya bangun tidur perut dah berbunyi sambil nyanyi-nyanyi. Punyalah lapar. Jadinya, on the way ke ofis saya singgahlah di sebuah gerai. Gerai tu betul-betul terletak di simpang rumah saya.

Gerai tu kepunyaan seorang makcik. Memang setiap pagi saya akan lalu depan gerai makcik tu. Setiap pagi juga dia memandang saya dengan wajah yang sayu. Dan pagi Isnin lalu, saya nekad nak beli sarapan di situ. Buat pertama kalinya.

"Makcik, bihun goreng ada?" Tanya saya. Saya memang jarang mahu bersarapan nasi lemak. Entah, perut saya tak sesuai dengan sambal nasi lemak orang lain. Nanti saya sakit perut.

"Bihun tak adalah nak, nasi lemak je ada," jawab makcik tua tu.

"Ohh...tak ada. Tak apalah," Saya pun berlalu pergi.

Maka, tak jadilah saya merasa masakan dari air tangan makcik tu. Hanya ada nasi lemak. Saya tak mahu.

Dan, sehingga ke hari ini... Sudah beberapa hari berlalu. Saya masih lalu lagi depan gerai makcik tu. Tapi gerai itu kosong. Tidak buka sudah berhari. Saya rasa hairan. Mana pergi makcik ni? Kenapa tidak berniaga lagi???

Huh...memang hairan. Tak akanlah makcik tu terlalu kecewa kerana saya tidak jadi beli sarapan di gerainya pada isnin lalu? Atau... Tak akanlah makcik tu jadi terlalu sedih bila saya bertanyakan tentang bihun goreng?

Makcik...kalau makcik tak sihat, saya doakan makcik cepat sembuh dari jauh. Dan saya janji...saya tak akan tanya lagi tentang bihun goreng!

6 comments:

  1. bib... hg nk bihun goreng ke?? mahu ke kau makan masakan bihun goreng dr air tangan aku?? tp aku masak guna air basuhan tangan.. hg nk ker?? hahahahaa

    ReplyDelete
  2. hahaha... kan hg nk bihun goreng.. hg nk ke.. AK ni hebat memasak.. hehe

    ReplyDelete
  3. nak..tp tlg jgn PAKAI AIR BASUHAN TANGAN! hahaha

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...