Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Friday, October 29, 2010

....Baik.Hormat.Bijak...

Perhatikan gambar di atas. Sangat comelkan kanak-kanak ni? Kanak-kanak? Silap. Awal remaja. Mereka sudah pun berusia 13 tahun. Bukan kanak-kanak lagi ya.

Tiba-tiba saya jadi sangat dan teramat rindukan mereka. Ni pelajar-pelajar saya masa saya praktikum dulu.

Saya ingat lagi, saya perlu mengajar pelajar tingkatan 1 dan 4. Dan saya ingat lagi, bila masuk kelas tingkatan 4...Darah saya akan naik meninggi. hahaha... Mana tidaknya, kita ajar tak mahu dengar. Kita bagi kerja tak mahu siap. Minta hantar buku, asyik orang yang sama je. Bila kasi nasihat cakap kita membebel. Jadinya saya ajar sapa yang nak belajar. Tanda buku mana yang nak hantar. Saya tegur mana yang nak dengar.

Dan saya ingat lagi, bila keluar kelas tingkatan 4 dan masuk kelas tingkatan 1... Hati saya akan senyum. Dari telinga ke telinga. Riang dan gembira masuk kelas mereka ni. Senang dididik. Senang ditegur. Mereka nakal juga. Kadang-kadang teruji juga kesabaran saya. Tapi yang bagusnya, kita tegur mereka tak melawan. Diam dan fahami. Lega bila tengok tindakan mereka.


Atas ni, ratu-ratu di hati saya. Baik. Hormat. Bijak. Dan tidak banyak karenah. Kadang-kadang merekalah jadi 'cermin' saya.

"Eh, tudung cikgu senget tak?"

"Korang jangan berani nak ukur tinggi dengan cikgu."

Berdua ni pula tak boleh duduk diam. Tapi bila ditanya merekalah yang laju menjawab. Kadang-kadang tak habis soalan lagi. Sudah angkat tangan.

"Azim, boleh diam sekejap?"
.
"Azmi, orang normad zaman moden".

Dua-dua kecil. Dua-dua tak reti duduk diam. Sama macam orang normad yang berpindah randah. Tapi dua-dua rajin tolong saya angkat buku.


Yang mangsa akan ditumbuk tu, peminat setia saya. Ketika saya tamat tempoh praktikum, beriya-iya dia menangis. Kelakar juga bila tengok. Kalau dia gelak tak ingat dunia. Tengok dia gelak, saya tak boleh berhenti gelak. Kalau dia tak datang...sunyi kelas.

"Okey, Pak Leh jawab soalan"

"Cikgu, Pak Leh tu nama ayah dialah"

"Haa...Dah kamu panggil dia macam tu. Mana cikgu tahu."

Nama dia Amirul. Tapi saya panggil dia Pak Leh. Baru sekarang saya tahu kenapa orang panggil dia 'Pak Leh'. Dulu saya main panggil je. Tengok kawan-kawan panggil dia. Saya join sekali. Tambah-tambah lagi, dalam kelas tu ramai sangat namanya Amirul.



Yang ini seorang lagi. Kerja jarang sikit siap. Tapi bila saya minta hantar buku. Dengan lajunya dia selesaikan kerja tu.

"Cikgu, hari ni nasi lemak lauk ayam."

Memang tiap pagi saya akan dapat nasi lemak dari Ikmal. Nenek dia meniaga nasi lemak. Memang pernah sekali saya tempah nasi lemak pada Ikmal. Sebab ramai yang kata sedap. Dan lepas hari tu, tiap-tiap hari saya dapat nasi lemak. Saya ambil takut dia kecil hati. Tapi tiap-tiap hari makan nasi lemak, tak elok jugakan. Jadi kadang-kadang saya beri je kepada kawan saya.

*****************

Mereka memang baik. Dan saya harap, mereka akan kekal baik walau umur akan meningkat. Saya risau kalau mereka terpengaruh. Hilang segala 'baik' seperti abang dan kakak mereka yang sudah tinggalkan 'baik' itu.

Cikgu doakan kamu semua baik-baik je. Cikgu sayang kamu semua. Penghibur hati. Ingat kamu semua cikgu senyum sorang-sorang!

1 comment:

  1. nice story...like3...terharu bace... Cikgu, azim tu adik saya....=)

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...