Sekarang ni kan musim peperiksaan. Anak-anak buah saya semua sibuk baca buku. Ceh, poyo je dorang tu. Baca bukunya sikit...Mainnya lagi banyak. Ada ke...
Dan pagi ni, seorang kakak saya dah bising-bising. Dia bercerita tentang markah anak dia. Bahasa Inggeris dapat 78%. Wah, patutnya dah kira hebatlah tu. Bahasa Inggeris bukan senang untuk anak-anak Melayu. Tapi iyelah, manusia jarang nak bersyukur. Kalau dah dapat 78%. Mengeluh nak 80% pula. Nanti kalau dah dapat 80%, makanya mengeluhlah nak 100% pula.
Saya ingat lagi waktu saya kecil-kecil dulu... Waktu sekolah. Masa peperiksaanlah waktu paling saya suka. Sebab tak payah belajar. Tak payah bawa buku ke sekolah. hahaha
Tapi bila waktu nak tunjuk kad laporan, kecut jugalah. Tapi bukan sayalah. Sebab saya selalunya result ok sikit dari kakak-kakak saya. Siapa yang markah paling teruk, dialah yang kena marah. Yang biasa-biasa macam saya ni, selalunya 'lepas'.
Abah saya bukanlah seorang yang garang. Jarang nampak dia marah-marah. Dia cool sahaja. Sepadanlah dengan mak saya, Mak Siti yang memang garang dan amat digeruni. Tapi walaupun abah saya tak garang, bila sekali dia marah. Boleh demam 3 hari!
Kalau pasal result-result ni, abah sayalah yang ambil berat. Setiap malam kena belajar. Dan setiap kali dapat kad laporan, abah sayalah yang akan tandatangan.
Kalau keputusan kami teruk, contohnya dapat nombor belasan dalam kelas. Abah saya suruh genapkan ke nombor genap (nombor puluh-puluh). Kalau dapat nombor puluhan dalam kelas, abah saya suruh cukupkan sampai habis ( nombor akhir dalam kelas). Dan kalau banyak dapat markah merah, abah saya akan suruh pula kumpulkan lagi banyak.
"Bunga rayakan cantik!"
Bunga raya tu lambang markah yang dapat merahlah. Merah sebab tak lulus. hahaha
Adik... akak faham perasaan adik sekarang ni!
No comments:
Post a Comment
Tulis-tulis...nanti saya baca.