Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Wednesday, October 6, 2010

...Dia perlu bersyukur...

Mungkin sudah terlalu lambat untuk saya kongsikan tentang berita gembira ini. Saya sendiri tidak berapa mahu menunjukkan 'kejayaan' saya yang ini. Entah kenapa. Saya hanya bersyukur. Dan tidaklah begitu gembira seperti rakan-rakan yang lain.

Sememangnya, inilah yang dinanti-nantikan. Keputusan temuduga KPM yang telah saya lalui pada bulan Ogos yang lalu. Alhamdulillah. Kali ini nasib benar-benar menyebelahi saya. Walaupun nama saya dibulatkan pada kertas pendaftaran kerana kehadiran yang kurang baik. Lambat 20 minit. Tapi itulah, sudah memang rezeki saya.


Tapi ini bukanlah isi utama yang saya nak cerita pada entry kali ini. Kejayaan itu saya tinggalkan selagi keputusan penempatan masih lagi menjadi tanda tanya. Punya susah mahu jadi cikgu. Dan menuntut banyak kesabaran dengan kerenah birokrasi.

Kali ini saya nak bercerita tentang kenyataan dari seorang sahabat. Saya tak tahu mengapa, saya agak 'sakit hati' bila membacanya. Ok ok...saya tahu, dia menulis langsung tiada kaitan dengan saya. Kalau saya tak suka janganlah baca. Tapi masalahnya, saya dah terbaca. Macamana?

Sahabat saya tu, mengeluh. Katanya menyesal kerana memilih Pendidikan semasa menuntut di universiti. Kalau boleh dia mahu mengulangi masa lalu. Nak pilih bidang lain katanya.

Itu tidak mendatangkan masalah kepada saya. Mungkin dia benar-benar berputus asa menjadi seorang guru. Tapi yang mendatang masalah kepada saya, bila dia menghentam abis-abisan bidang Pendidikan ini. Betapa tidak bersyukurnya dia.

Sudahlah Tuhan memudahkan perjalanan hidupnya. Memberi dia keputusan yang cemerlang. Memberi kejayaan dalam temuduga KPM. Juga memurahkan rezekinya dengan menjadikan dia sebagai seorang guru tanpa menunggu lama. Mahu apa lagi?

Masih mengeluh. Mahu pilih bidang itu. Mahu pilih bidang ini. Mahu masuk universiti sana. Mahu masuk universiti sini. Naik sakit mata saya membacanya. Jika bidang 'lain' yang dimaksudkan itu lebih hebat mungkin saya boleh faham. Ini tidak...

Tidak tahu ke dia berpuluh ribu orang memohon untuk menjadi seorang guru? Malah berpuluh ribu juga lepasan Ijazah yang memohon DPLI dan KPLI?

Dia harus bersyukur.

Dan mungkin... Dia harus membetulkan niatnya. Agar segala kekesalan akan berlalu pergi.

Menjadi seorang guru, bukan mengejar jawatan. Bukan mengejar 'glemer'. Bukan mengejar kelas yang pandai.Tapi menjadi seorang guru perlu mengejar pelajar untuk menyampai ilmu.

Dan itulah kepuasan sebenar.

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...