Saya tak tahu kenapa…tiba-tiba saya terasa amat sedih. Petang tadi bukan main gembira lagi. Ketawa sana. Ketawa sini. Tapi saat ni, hati saya terus bertukar emosinya. Betul cakap mak, jangan banyak ketawa...nanti menangis pula.
Sungguh. Waktu ni saya teringatkan seseorang. Seseorang yang pernah menjadi ‘teman’ saya. Saya pernah berjanji pada diri sendiri. Saya tidak mahu ingat apa-apa lagi tentang dirinya. Kerana itu hanya satu kesakitan. Tapi entah kenapa, kerana ‘SATE’ fikiran saya melayang jauh.
Saya teringatkan bagaimana ‘teman’ saya ini sanggup bersusah demi saya suatu ketika dahulu. Memenuhi keinginan saya yang kadang-kadang mengada-ngada. Saya jarang mahu meminta, tapi jika sekali saya minta…saya mahu benda itu MESTI ada. Itu kelemahan saya.
Saya pernah teringin mahu makan aiskrim. Saya ingat lagi…waktu itu hujan. Saya sendiri tak mampu mahu ke kedai untuk membeli aiskrim. Hujankan, takkan sebab aiskrim saya mahu meredah hujan? Saya suarakan keinginan saya ini pada ‘teman’ saya itu, dengan rela hatinya dia pergi membeli aiskrim untuk saya. Malam itu…satu rumah saya kekenyangan aiskrim. Terima kasih ‘teman’.
Pernah juga satu petang, saya teringin pula nak makan blueberry cheese kek…punyalah ‘bandar’ Tanjung Malim tu. Mana la nak dapat kek-kek macam tu kan? Entahlah…tapi ‘teman’ saya ni berjaya dapatkannya. Sampai sekarang, saya sendiri tak tahu dekat mana dia beli kek tu. Tapi yang pastinya memang sangat sedap. Macam kek rahsia resepi. Hehehe
Dan…’teman’ saya ni juga sanggup menjadi guru Matematik pada saya. Walaupun saat itu dia sangat sibuk. Tapi dia tetap bantu saya siapkan tugasan saya. Iyalah, saya ni takut nombor. Soalan senang macamana pun, memang saya tak akan dapat buat. Tapi SPm matematik saya kredit ok. Itu pun mungkin sebab nasib.
Huh…tak patut saya ingatkan ni semua. Tapi tak tahulah. Mungkin hati saya terlalu sedih. Ada lagi ke orang yang sanggup bersusah untuk saya? Yang tidak pernah berkira walau apa sekali pun. Itu saya kurang pasti.
Yang pastinya, saya pernah berjumpa dengan orang yang sanggup bersusah demi saya. Mungkin memang benar, dia jarang mahu manjakan saya. Mungkin memang benar, dia jarang ambil berat tentang saya. Tapi sekurang-kurangnya…bila saat saya mahukan sesuatu, dia benar-benar memenuhinya.
Semoga 'teman' saya itu terus happy dan terus berbunga-bunga. Saya tahu...dia tak akan mengulangi kesilapan yang sama.
Dan saya...saya bukan perempuan jenis mahu itu dan mahu ini… Saya bukan juga jenis perempuan yang mahukan sesuatu yang mahal-mahal. Tapi bila sekali saya mahukan, itu bermaksud saya TERSANGAT mahu. Tapi yang pastinya sesuatu itu bukanlah berharga beratusan ringgit. Kadangkala seringgit dua sahaja.
Jika saya tidak pernah berkira apa sekali pun. Sanggup bersusah bagaimana sekali pun. Boleh kamu juga buat begitu pada saya?
No comments:
Post a Comment
Tulis-tulis...nanti saya baca.