"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam."
(Al-A'raf: 126).
Suburkanlah kesabaran hambaMu ini Ya Allah.
Tenangkanlah hatinya.
Tabahkanlah jiwanya.
Kadang-kadang saya mahu pergi jauh.
Tinggalkan segala cita-cita.
Lupakan segala impian.
Berlari pergi meninggalkan segala 'dunia'
yang benar-benar menguji kesabaran
Jika diberi peluang,
saya mahu katakan pada mereka.
Saya bukan para Malaikat.
Yang terlepas dari segala kejahatan.
Kesabaran saya ada batasnya.
Tetapi,
fahamkah mereka?
Saya penat.
Mahu saya lemparkan segalanya.
Biar mereka tahu,
rasa amarah saya.
Saya tidak minta apa-apa dari mereka.
Malah,
saya yang memberi.
Tak perlu seguni intan belian sebagai balasan.
Cukuplah andai,
mereka menghargai setiap
a,b,c yang saya lafazkan.