Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Saturday, March 5, 2011

...Pung..pung...pung"

"Pung..Pungut..pung.."

Aish...saya diam sambil menarik nafas. Menahan gelak. Semua mata menoleh ke arah saya. Kalau bukan majlis rasmi. Kalau tak ada pengetua. Memang saya dah tergelak besar. Itulah, saya selalu ejek pakwe gagap. Kalau dia bercakap tersekat-sekat. Tapi hari ni saya yang gagap depan orang ramai. Memang malu sangat! :P

Pertama kali saya jadi pengerusi majlis kat sekolah saya ni. Entah macamana nama saya naik sebagai pengacara majlis berpasangan dengan cikgu Affandi. Bak kata dia, sebelum nak tamatkan zaman bujang...Teringin juga nak bekerja dengan orang macam saya. 'Macam saya' yang macamana dia maksudkan tu saya sendiri kurang pasti.

Saya kalau boleh, mahu pencen dari bidang pengacara ni. hehehe...nak cuba pula buat sesuatu yang lain. Tapi dari sekolah praktikum dulu, asyik saya je yang di'test' menjadi pengacara. Sejak dah di'test' tu, sejak dah pegang mikrofon susah pula nak dapat kerja yang lain. Dan saya rasa, kat sekolah ini pun...saya macam dah tak ada harapan untuk kerja-kerja lain.

Masa saya gagap tadi, maklumlah...dah lama tak pegang mikrofon ni. Dah lama juga tak jadi pengacara dalam majlis rasmi. Gelabah dia, Tuhan je yang tahu. hahaha...dah tergagap tu, try juga nak betulkan. Tapi cikgu Izani yang duduk kat tepi saya, dah bantai gelak terhenjut-henjut bahu. Ceh, geram betul!

Cikgu Affandi pula, sibuk tengok kertas nak tengok perkataan yang saya nak sebut. hahahahaha..Akhirnya, saya ambil langkah penyelesaian. TAK PAYAH SEBUT PERKATAAN TU! Tapi muka memang malu. Saya pandang Izani, dia c0ver gelak. Saya tahu dia akan gelakkan saya untuk selamanya.

Laju je dia meseg saya.

"Oi..cikgu pung, pung, pung, pungut!"

Ok, siap kau Isnin ni. Awas! :P

1 comment:

  1. Tak apa sesekali kita tersilap,lumrah manusia akan buat kesilapan...tapi jangan selalu tau!

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...