Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Tuesday, June 14, 2011

...kahwin,kahwin,kahwin...

"Hei orang nak kahwin!"

"Budak bakal pengantin.."

"Tersengih-sengih. Tahulah dah nak kahwin."

"Eh, nampak kuruslah. Diet sebab nak kahwin ye?"

"Tu yang dia tak nak hitam tu, takut naik pelamin macam orang minyak. Nak kahwinkan..."

***********************

Huh...tu dialog untuk dua hari kat sekolah selepas cuti. Naik letih juga telinga saya ni dengar. Padahal kalau orang tanya, bila nak kahwin? Saya tak jawab. Tapi saya soal balik. Siapa yang nak kahwin dengan saya? hahaha

Bukan saya tak mengaku status saya. Saya ok je bagitahu kat dorang. Lagipun satu sekolah dah tahu saya ni tunangan orang. Cuma kadang-kadang, berkawan dengan majoriti orang yang sudah berkahwin ni lain sikit. Usikkan dorang kadang-kadang buat kita malu sendiri.

Asyik jumpa saya sebut 'kahwin. Asyik tegur saya keluar perkataan 'kahwin'. Saya bukannya nak kahwin esok, lusa atau minggu depan. Bulan depan pun tak. Tapi perkataan kahwin tu dah berlegar sangat. Nak kata saya ni pergi tanya lebih-lebih pasal kahwin tak ada pula. Saya jarang pergi berborak dalam bilik guru. Saya asyik duduk kat tempat saya dan buat kerja yang tak tahu bila nak siapnya.

Dorang macam tak sabar nak tengok saya kahwin kan???

Ok, nanti kalau majlis saya nanti kalau ramai yang tak datang...siap! =p

3 comments:

  1. kawin kawin kawin.
    hik3.
    biasalah tu, teman2 x sabar asyik ckp kawin je kat bakal pengantin.

    ReplyDelete
  2. sama la kita..saya pn keje disekolah..dn kebanyakan disekolah saya semua dh kawen..cume sy dn kwn sy je blm kawen kt sekolah tu..diaorg selalu tanye soalan yg sama..kdg2 naik bosan pulak asik ditanye soalan yg sama..last sy bg jwpn sy cari bf kaya baru nk kawen...hahaha..terus diaorg dh x tanye..(^____^)

    ReplyDelete
  3. fariza--> btl...tp kdg2 tkanan jugak kan? hee~

    a.n.a--> xapa ana. plahan2 kayuh. lain kali ckp je, 'sy tggu putera raja masuk minang. hari 2 dia dah stuju dah.' gerenti dorng lgsg xkn tnya da. =p

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...