Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Wednesday, January 19, 2011

...Penat...

Ramai yang nasihatkan saya supaya gunakan pendekatan psikologi bila berhadapan dengan pelajar-pelajar nakal. Saya hanya tersenyum. Kadang-kadang terdetik juga dalam hati. "Mereka tak berhadapan dengan masalah ini lagi."

Terus terang saya katakan, kalau di sekolah. Korang lembut, memang pelajar akan pijak kepala. Kalau tak caya, silalah cuba. Mahu nanti korang pula yang akan naik tension.

Saya memang tabik kalau ada guru yang masih boleh mengekalkan kelembutannya. Saya? Kalau saya kata saya lembut dengan pelajar, memang saya tipu. Saya sendiri tak tahu mana hilangnya sifat mesra saya. Saya semakin susah mahu bergurau senda dengan pelajar-pelajar saya. Mungkin kerana saya terlalu letih. Penat.

Lagipun dalam sebuah kelas, pelajarnya hampir mencecah 45 orang murid. Kadang-kadang tersemput-semput saya mahu mengajarnya. Dengan bisingnya pelajar di dalam kelas. Tambah pula dengan bising di kelas sebelah. Kalau kita tumpukan pada yang depan, yang belakang bising. Kalau kita tumpukan yang belakang, yang depan bising. Sudahnya, saya jadi putus asa.

Kadang-kadang kelas yang terakhir saya sudah kurang tenaga. Tidak boleh berikan lagi penerangan sebaiknya. Mengajar mengikut apa yang saya mampu. Tapi jangan tak tahu, kelas akhirlah saya kurang marah-marah. Kalau buat salah, setakat berdiri di belakang sahaja. :P

Jadual waktu saya agak padat. Kalau ada yang kosong pun... pasti diisi dengan 'relief'. Memang tak ada masa untuk diri sendiri. Bilalah guru-guru baru nak posting ni. Kehadiran anda amat dinanti dan dihargai. hehehe

4 comments:

  1. hermm... sekarang awak da brada di dunia yg saya sendiri lalui... tp awak kene kuat.. sbb awak blh buat... kini alhamdulillah....sya smakin stabil di sekolah...student dan guru2 laen bleh saling mnghormati... awak cerdik tp kurangkan sket emosi... jgn emosi hilangkan rasional... salam~

    ReplyDelete
  2. suka cakap saya emosi...saya dah cukup garang, tapi dorang still cakap saya ni lembut. dah macamane....

    ReplyDelete
  3. dalam garang kita mesti ada rasional.. biar diorg anggap kta ni mrah diorg kerana kta sayang dan prihatin... jgn la marah spya dia marah kat kita..tak selesaikan masalah..tackle la student awak dgn cari menyentuh "hati" diorg..insyaAllah..sket demi sdikit akan berubah.. ingat..mngubah manusia bknlah sehari dua...

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...