Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Friday, January 21, 2011

...Saya dengar nasihat anda...

Hari ni jadual waktu saya tak padat. Hanya ada 2 masa je. Yang selebihnya free. Tapi free pun tak nampak macam boleh bersenang lenang pun. Mesti akan ada nama berderet-deret pada jadual 'relief'.

Tapi hari ni, saya relief satu kelas je. Yang peliknya, saya relief waktu Guru Penyelia Petang. Huh...bukan dia ada je ke kat pejabat? Tak pe, mungkin banyak kerjalah tu. Positif...positif!

Saya masuk je kelas tu, macam biasa. Adik beradik dengan kelas yang saya pegang juga. Sebelah-sebelah je. Kebetulan, waktu saya relief tu terkena dengan waktu mereka solat. Saya pun bawa mereka solat. Dan seperti biasa... yang solatnya seorang dua sahaja. Pelajar perempuan langsung tak ada. Saya hanya lihat sahaja. Nak pekik-pekik saya dah cukup sakit tekak pekik kat kelas sendiri.

Tak sampai 5 minit mereka masuk kelas semula. Saya tunggu cikgu yang seterusnya. Tak sampai lagi. Tak apalah, saya masuk semula ke kelas mereka. Hish...macam dekat pasar malam. Saya mintak mereka diam sedikit. Tapi kali ni penuh dengan sopan santun. Saja nak test..nak tengok kalau saya cakap dengan sopan santun mereka nak dengar ke tak. Nanti kang marah-marah...cakap saya ni tak reti nak cakap elok-elok pula. Nanti cakap saya terlebih emosi.

Macam yang saya agak. Tak ada siapa pun yang dengar. Makin bising. Saya hanya bersandar. Perhatikan dari jauh. Tengah fikir, psikologi yang macamana saya perlu buat. Iyelah, ramai yang cakap api tak boleh dilawan dengan api. Jadi saya tengah cari baldi untuk isi 'air'.
Tapi dalam masa saya tengah berfikir tu, tak sangka pula... Kelas tu diserbu oleh 2 orang guru disiplin. Hahaha...Rupanya, mereka perasan dengan perubahan muka saya. Muka tension. Prihatin juga dorang. Thanks kak Owi n cikgu Marzuki. :D

Bila dorang dah masuk campur. Barulah budak-budak ni reti bahasa melayu. Ingatkan tadi orang Perancis...Melayu rupanya!

Entahlah, saya dah penat mahu marah-marah. Jadi saya hari ni mampu melihat je. Kalau siapa-siapa yang duduk kat Gombak Setia tu, akan tahulah sekolah saya ni dipenuhi dengan 'keturunan' apa. Ala-ala internasional!

1 comment:

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...