Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Friday, September 30, 2011

...Photobooth Corner...


Oh, korang...Contest ni hampir tamat, jadi jomlah lelaju join. Tinggal hari ni je tau. Saya ni mata punyalah mengantuk Tapi..ku gagahi jua! =p

Jom kita berkenalan dulu dengan tuan empunya contest ni. Sebelum masuk rumah orang, kenalah beri salam dulukan?

Assalamualaikum Dba.

Dba ni seorang wanita cekal yang baru sahaja mulakan sebuah perniagaan sewaan kamera paloroid. First time saya dengan nama kamera paloroid ni. Biasalah, saya buta seni. hehehe

Tahniah Dba. Sebab bisnes makin majukan? Saya sangat berkenan dengan canvas printing tu. Tak menang hadiah utama, dapat canvas printing pun dah sangat bersyukur! hee~

Selesai kita berkenalan dengan tuan empunya contest ni. Sekarang masuk pula pada permintaan tuan empunya contest. So, jom terus terjah 'Photobooth Corner' pilihan saya.

1. Mula-mula sekali, kita kena pilih tempat atau tapak yang sesuai untuk Photobooth Corner ni. Tapak tu mestilah sesuai dan yang paling penting yang menarik perhatian tetamu.
Atas ni ada dua tapak atau tempat yang mula-mula tetamu perlu datang. (Sila abaikan gambar cium2 tu! hehehe)

Tapi kalau kita ada duit lebih sikit, bolehlah buat bilik khas macam kat bawah ni. Bukan apa, nanti mestilah tetamu kita ada yang malu nak posing lebih-lebihkan? So, bila dalam bilik tertutup...Bolehlah dorang berposing sakan. Gambar pun mesti akan lebih meriah!

2. Selesai cerita pasal 'tapak'. Sekarang cerita pasal props yang perlu ada pula. Yang utama mestilah 'bentuk-bentuk animasi' yang menarikkan?


Props ni perlu dipelbagaikan dan ajaib. Supaya tetamu kita dapat macam-macam idea untuk posing. Dari orang muda nak jadi datuk. Dari wanita cantik nak jadi nenek tua. Atau pun dari gigi tersusun, tetiba ada besi. Kan ajaib tu.

3. Seterusnya, prob tambahan. Macam kat bawah ni. Manalah tahu time d0rang tangkap gambar tu, tengah panas ke...kan kan kan...hehehe

4. Yang terakhir, props macam kat bawah ni pun boleh kita sediakan. Lebih simple. Khas untuk tetamu-tetamu kita yang malu-malu meowww tu. =p


Ok, cukup 100 dah. Ke lebih? Hehehe...Apa-apa pun memang syok join contest ni. Dapat dah banyak idea. Semangat nak kahwin tu makin membuak-buaklah. =p


2 comments:

  1. kreatif la awk hehehe. gudlak ye

    dear, meh emelkan alamat, nak pos kad kawen. jemput dtg yeeee

    ReplyDelete
  2. hye..leh email ke azierul_04@yahoo.com quotation utk bt photobooth?urgent..

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...