Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Friday, September 30, 2011

...Photobooth Corner...


Oh, korang...Contest ni hampir tamat, jadi jomlah lelaju join. Tinggal hari ni je tau. Saya ni mata punyalah mengantuk Tapi..ku gagahi jua! =p

Jom kita berkenalan dulu dengan tuan empunya contest ni. Sebelum masuk rumah orang, kenalah beri salam dulukan?

Assalamualaikum Dba.

Dba ni seorang wanita cekal yang baru sahaja mulakan sebuah perniagaan sewaan kamera paloroid. First time saya dengan nama kamera paloroid ni. Biasalah, saya buta seni. hehehe

Tahniah Dba. Sebab bisnes makin majukan? Saya sangat berkenan dengan canvas printing tu. Tak menang hadiah utama, dapat canvas printing pun dah sangat bersyukur! hee~

Selesai kita berkenalan dengan tuan empunya contest ni. Sekarang masuk pula pada permintaan tuan empunya contest. So, jom terus terjah 'Photobooth Corner' pilihan saya.

1. Mula-mula sekali, kita kena pilih tempat atau tapak yang sesuai untuk Photobooth Corner ni. Tapak tu mestilah sesuai dan yang paling penting yang menarik perhatian tetamu.
Atas ni ada dua tapak atau tempat yang mula-mula tetamu perlu datang. (Sila abaikan gambar cium2 tu! hehehe)

Tapi kalau kita ada duit lebih sikit, bolehlah buat bilik khas macam kat bawah ni. Bukan apa, nanti mestilah tetamu kita ada yang malu nak posing lebih-lebihkan? So, bila dalam bilik tertutup...Bolehlah dorang berposing sakan. Gambar pun mesti akan lebih meriah!

2. Selesai cerita pasal 'tapak'. Sekarang cerita pasal props yang perlu ada pula. Yang utama mestilah 'bentuk-bentuk animasi' yang menarikkan?


Props ni perlu dipelbagaikan dan ajaib. Supaya tetamu kita dapat macam-macam idea untuk posing. Dari orang muda nak jadi datuk. Dari wanita cantik nak jadi nenek tua. Atau pun dari gigi tersusun, tetiba ada besi. Kan ajaib tu.

3. Seterusnya, prob tambahan. Macam kat bawah ni. Manalah tahu time d0rang tangkap gambar tu, tengah panas ke...kan kan kan...hehehe

4. Yang terakhir, props macam kat bawah ni pun boleh kita sediakan. Lebih simple. Khas untuk tetamu-tetamu kita yang malu-malu meowww tu. =p


Ok, cukup 100 dah. Ke lebih? Hehehe...Apa-apa pun memang syok join contest ni. Dapat dah banyak idea. Semangat nak kahwin tu makin membuak-buaklah. =p


Thursday, September 29, 2011

...Spread Love Contest...

Bila Fieyza minta cerita tentang majlis impian saya, saya dah mula tersengih-sengih. Malu pun ada nak cerita. Iyalah, nanti orang lain baca..Naik meluat dorang. Jadi, Fieyza..Boleh tak saya sharekan cerita ni dengan awak secara private? Kita ym ke... =p

Ok-ok. Mesti Fieyza ni dah naik meluat dah. "Kau nak menang ke tak nak???" Nak..nak..nak! Saya mula cerita ya. Baca sampai habis tau. Lepas tu baru fikir nak gelak ke tak.

Dekat kawasan rumah saya ni, ada sebuah lombong atau lebih dikenali sebagai 'Tasik Biru'. Sebab nama dia memang Tasik Biru pun. Setiap hari saya akan lalu depan tasik biru ni. Dan setiap hari juga saya akan pasang niat untuk buat majlis kahwin di situ. Buat waktu malam. Pasang pelita di sekeliling kawasan tasik. Dan terapungkan pelita-pelita pada permukaan air tasik. Cuba bayangkan. Mesti sangat romantik kan???

Ya, memang saya bukan seorang yang romantik. Tapi tak tahu kenapa, saya sangat berkenan untuk buat majlis pada waktu malam dan dikelilingi dengan api atau pun cahaya.

Bila dah penuh dengan cahaya, dah tentulah saya nak pakai gaun warna soft pink. Dipenuhi dengan manik-manik cantik. Tak payah kristal macam gaun Memey pun tak apa. Manik pun jadilah. Sebab gaun tu saya nak simpan, tak mahu letak kat muzium. hehehe

Bila dah comel pakai gaun, saya impikan sebuah pelamin yang penuh dengan bunga-bunga ros bermacam warna. Biar nampak segar. Bila angin bertiup, semua orang pun akan tercium bau warni bunga ros tu. Fuhhh...Cuba korang semua bayangkan. Betapa aslinya majlis saya tu. =p

Dah-dah... Kembali pada alam realiti. Sebab majlis saya tu, memang awal-awal mak saya dah reject. Sebabnya mak kata "Nanti lemas pula anak orang jatuh kat dalam lombong tu..." Terpaksalah saya lupakan tentang majlis perkahwinan impian saya tu. Tapi saya tak sedih. Yang penting saya kahwin! hahaha


Atas ni gambar pilihan saya. Tak adalah cun mana pun. Tapi ada maksud tersirat kenapa saya pilih gambar ni. Bagi saya, masa bertunang adalah satu tempoh yang sangat mencabar. Seperti saya berada di atas puncak. Saya perlu menuruni anak-anak tangga dengan sebaiknya dan penuh hati-hati. Supaya saya tidak terjatuh. Jika terjatuh pun...Janganlah sampai tersungkur.

Seterusnya, kenapa saya suka follow blog Fieyza Hantaran ni sebab, blog Fieyza banyak sangat design-design hantaran yang saya suka. Saya pula, memang deco sendiri semua hantaran-hantaran saya dari saya bertunang sampailah saya nak berkahwin ni. Jadi, blog Fieyza ni dah semestinya menjadi sumber rujukan saya. Lagipun, Fieyza banyak menggunakan bunga-bungaan dalam setiap gubahan hantarannya. Memang kena sangatlah dengan saya Si Pencinta Bunga ni! =p

5 blog B2B yang saya tag:


Ok. Selesai ikut semua syarat. Jadi, pada B2B yang saya tag...Sudi2lah korang buat karangan macam saya ni. Untung-untung antara kita ada yang menang. Kalau korang menang, saya tumpang gembira. Kalau saya menang, korang kenalah senyum juga. ^__^

Pada sesiapa yang nak sertai...boleh je. Klik pada blog Fieyza Hantaran ni. Kemudian, taip je laju-laju ok. Selamat Mencuba dan Berjaya.

Tuesday, September 27, 2011

...Malasnya!...


Cuba teka yang mana satu saya nak tunjuk??? hahaha... sebenarnya nak tunjuk yang hujung tu. Eh, bukan yang muka saya tersengih tu. tapi sebelah tu. "MARI GELABAH BERSAMA".

Oh...tinggal sebulan 2 minggu je lagi. Tapi saya still tak tahu nak mula dari mana. hehehe...Budak2 yang nak ambil SPM seminggu selepas tu p0n bukan main dah gabranya. Tapi saya? Rileks and steady. Korang janganlah contohi. =p

Kerja memang banyak. Tapi mood saya yang tak banyak. Maybe sebab dah penat kerja siang hari. Bila malam...Huh...nak rehatlah!

p/s: Baru je habis bayar duit doorgift. Duit keluar umpama air. Yang masuk? umpama kura2 berjalan. =.=

Sunday, September 25, 2011

...Kain nikah yang hilang tu...

Ehem...Ehem..Ehem...

Semalam dah cerita pasal kisah sedihkan? Hari ni nak cerita pasal kisah lawak plak. Bila saya ingat2 mesti saya senyum sumbing2. Eh, ada ke senyum macam tu? =p

Ingatkan yang saya pernah cerita pasal kain baju nikah Nunang yang hilang tu? Ok, tak ingat tak apa. Tu semua tak penting. Yang pentingnya, kain tu memang TAK JUMPA lagi. Entah, jin mana ntah yang Nunang kasi makan.

So, bila tak jumpa. Terpaksalah beli kain yang baru. Ok. Fine. Duit Nunang. Padan muka dia. Tapi kali ni saya ajar dia cukup2 erti penyesalan. hehehe...Iyalah, kalau tak selamanya dia macam tu. Lalai. Kan? Kan? Kan?

Kain yang HILANG tu kitaorang beli kat Gulati's. Dengan harga rm2++, untuk 4 meter. Bukan sengaja nak mahal2. Tak...Kalau boleh saya nak beli kat kedai biasa je. Tapi bila mengenangkan Nunang saya ni kuat berpeluh, jadi saya carilah kain yang mahal sikit. Biar dia selesa. Lagipun nikah sekali je seumur hidup. Kalau dia nak nikah lagi pun, maybe kat siam. Tak adanya nak pakai cantik2 time tu. hahahaha

Then bila dah hilang. Dia ajak pergi beli lagi sekali. Nak tahu kali ni saya bawa dia pergi beli dekat mana? Nagoya ok. Nagoya. hahaha.... 4meter hanya rm48! Ha...amik. Sepanjang jalan saya senyum puas hati. Tapi saya tahu Nunang tak puas hati. Biarkan dia. Rasakan. Sapa suruh lalai. Ingat senang ke nak cari duit?

Ceh, dah macam mak2 plak aku ni!. hehehe

Saturday, September 24, 2011

...Gurl,jadikan ini sebagai pengajaran ok...

Salam korang.

Hari ni tak berapa nak bestlah. Satu hari saya senyum tak ikhlas tau. Tadi ajar student tuisyen pun tak bersungguh2 sangat. Kesian Ameer. Tak apa Ameer. Esok cikgu bersemangat balik ok! Huh...Semangat2!!!

Nak tahu tak kenapa semangat saya jadi macam ni? Semua sebab doorgift saya untuk tetamu vip. Kan hari tu saya ada bagitahu, saya beli bekas kaca untuk doorgift tu 250 pcs kan? Sebab memang saya dah bajet nak buat 250 untuk tetamu vip saya.

Then malam tadi, baru tergerak hati nak tengok bekas kaca tu. Nak tampal sticker yang saya dah tempah. Nak tengok? Hee...kenalah datang kenduri saya. Ok, saya memang kedekut nak tunjuk. Sebab sengaja nak suruh korang datang. hahaha (eh, tergelak plak!) =p

Ok2...serius balik. Bila saya buka kotak yang pertama tu, saya senyum suka. Tapi bila buka kat lapisan yang kedua dalam kotak tu. Saya mula gabra. Memang, gabra gila. Time tu rasa macam nak terus menangis! Tapi, mana boleh gelabah awal. Rileks. Saya tarik nafas dalam2. Mengharapkan semoga satu keajaiban berlaku. Eceh, ayat! hehehe

Saya tengok pula lapisan yang ketiga. Ok, yang ini ok. Then dengan kelam kabutnya...saya cepat2 buka kotak yang satu lagi. Yang ini pun semuanya ok botol kaca tu.

Tapi........................

Yang tadi tu macamana???? Korang nak tahu tak yang tadi tu kenapa? Sob..sob..sob...

Semua botol kaca kat lapisan kedua tu tak ada PENUTUP! Huwaaaaa..... Nak menangis. Macamana boleh jadi macam ni. Dah lah saya dah beli lama. Resit pun dah sampai kilang kitar semula agaknya. Sedih. Dah la jauh nak pergi Nilai 3 tu.

Korang...fahamkan perasaan saya yang kerugian ni??? Jom nangis sama2! Patutnya saya check betul2 sebelum balik tu. ='(

Monday, September 19, 2011

...Nak edar kad wangi kat pasar malamlah...

Selamat malam semua.

Mata saya memang dah kuyu sangat. Tadi drive balik dari tusyen pun rasa macam tak larat nak tekan minyak. Tapi laju juga kereta tu melompat. =p

Tapi saya gagahkan juga mata ni buka kejap. Semata-mata nak share dengan korang satu cerita kelakar seram ni. Cerita ni saya rasa tak untungkan saya. Dan tak rugikan saya juga. haha

Kan hari tu saya ada cerita yang saya dan Nunang nak pergi ambil kad wangi kitaorang. Ok, kedai itu memang sangat menepati janji. Saya rasa sangat senang hati... Tapi yang kelakarnya, kedai tu bukan je menepati janji. Tapi, bermurah hati lagi. Nak tahu kenapa?

Saya order kad wangi saya 500 keping je. Bila ambil tu, dengan senang hatinya kami terus pergi. Tanpa check apa2. Then, bila dalam kereta. Saya nak lah asingkan awal2 untuk Nunang punya. Lepas tu, mata saya terus terpaku pada satu tulisan. Nak tahu apa? Haa...saspen tak? saspen tak? hahaha

1000 pcs.

Haaa....1000? Biar betul. Saya order 500 je ni. Saya bagitahu Nunang yang tengah busy drive kat sebelah. Dia pun macam tak percaya. Macamana order 500 boleh dapat 1000?

Dengan gigihnya Nunang suruh saya kira. Nak pastikan betul ke tak. Saya pun duk asyik lah mengira. Tapi saya kira sampai 300 je. hehehe...

Bila dah sampai 300, memang confirm kad ni ada 1000. Huh...duk puaslah saya dengan Nunang menyalahkan diri sendiri. Sebab tersalah order. Macam-macam yang kitaorang teka. haha

Tapi sebenarnya bukan salah kitaorang kan?

Tak puas hati juga, sampai je rumah...saya terus serbu mak Siti. "

"Mak, kalau kita order 500 keping...kedai tu akan bagi kad free ke?"

Mak saya punyalah gelak. Dia cakap kalau macam tu baik semua orang order sikit je. Dah nanti dapat free. Hmm..Betul juga tu. Kadang-kadang ada juga lembab saya ni. =p

Jadi diringkaskan cerita sebab mata saya ni dah menjerit2 minta ditutup...

Korang nanti kasi alamat, saya poskan kad wangi saya kat korang. Sorang dapat 10 keping.

kihkihkih...


Friday, September 16, 2011

...Raya Bujang Terakhir?...


Hai hai hai korang. Tengok gambar atas. Punyalah saya gembira dapat update blog ni. =p . Saya baru je lepas siap buat set kertas soalan Bahasa Melayu. Rasa lega dah siap. Tapi banyak lagi yang saya nak kena siapkan 'kerja sekolah' ni. Target saya nak siapkan semua ni dalam bulan ni juga. Bulan depan fokus pada kerja kahwin. Oh..sayang-sayang, tinggal lagi 2 BULAN je! Saya punya kerja kahwin asyik pending je. Huh~

Oleh sebab bosan2. Ingat nak share dengan korang gambar raya akhir 'orang bujang' saya. Tahun depan tak ada dah dapat gedik2 macam ni kat depan kamera En. Indra. Mau nya Nunang menjeling tajam kat saya!

Tahun depan ada ke tak kesempatan nak join dengan korang-korang SI BUJANG ni. Korang, buat planning..pilih tarikh yang cantik sikit tau. Sebab tahun depan aku dah ada dua family dan dua kampung. Jangan tinggalkan daku okeh!

Oh...Lepas ni jangan haraplah kau nak jalan lagi dengan kumbang2 ni ye. Kalau nak join mereka2 pun mestilah Si KUMBANG KEKAL i ada. haha


Peace korang! Peace! Jangan kutuk saya kuat2 sangat. Saya tahu gambar-gambar ni semua pose yang gedik2. Sebab tu berani letak sikit je. =p

Chop2...! Lupa nak bagitahu. Kad wangi saya dah siap. Esok saya dengan Nunang nak pergi ambil Excited sangat. Nunang siap balik dari Johor lagi. Punyalah dia tak sabar. haha...Nunang saya ni memang kelakarlah korang. Kadang2 over p0n iye juga. kihkihkih... Meh, nak tempek sikit gambar Nunang saya yang semakin membesar seperti johan tu. Membesar dengan sihat dan kuat. Ni dia, dari sekurus-kurus lidi budak ni. Sampailah jadi macam ni. Apa boleh buat, perut sentiasa lapar katanya. =p

Oklah. Selamat malam semua. Selamat Hari Malaysia! ^__^

Thursday, September 8, 2011

...Nak senyum je...

Kalau Tuhan izinkan...

Dah tentu Dia berikan.

Hanya Dia yang tahu yang terbaik.

Selamat malam korang.


Wednesday, September 7, 2011

...Jeles dengan korang!...

Jelesnya bila buka blog B2b yang lain. Kebanyakkannya dah buat check list dah. Lepas tu banyak yang di tag 'DONE' dari 'PENDING'.

Sangat jeleslah dengan korang! ='(

Saya?

Tak guna pun nak buat check list. Semuanya still 'PENDING' je lagi. Walaupun lagi 2 bulan. Tapi still tak tahu nak mula dari mana. hehehe

And sekarang ni...baju nikah baru nak tempah. Tapikan yang bestnya, kain yang nak buat baju melayu Nunang. HILANG!

Dia cari-cari tak jumpa. Tak tahulah dia letak mana. Adoilah! dah la kain tu bolehlah tahan juga harga dia. Iyalah, Nunang kuat berpeluh sikit. S0, kenalah cari kain yang ok sikit. Kalau tak kang, umpama mandi di dalam masjid. haha...Tapi masa kitaorang beli time tu ada diskaun. Nak beli lagi? Pandai2lah dia. Sekarang ni pun dia tengah berusaha keras mencari tu.

Nunang, kalau tak ada juga..Awak pakai jelah kain langsir umi. =p

Monday, September 5, 2011

...Entry kali ni panjang!...

Hai k0rang... Selamat Hari Raya. Belum terlambat lagikan nak wish raya? Iyelah...Puasa sebulan, raya pun sebulanlah kan? Tahun ni raya rasa lain sangatlah. Biasanya kalau saya salam orang, saya dapat sampul raya. Tapi tahun ni salam, saya pula yang kena hulur sampul raya tu. Hmm... Tak seorang pun saya berjaya bodek untuk dapat duit raya tau. =p

Ok, tutup cerita raya dan sampul raya. Yang pastinya, raya ni berat saya dah naik balik. Aish...kerja makan rendang je. Berani nak cakap berat turun? kih3...

Lama dah kan tak update cerita pasal kahwin2 ni. Meh nak bagi tau b2b yang lain. Walaupun saya diam, tapi diam2 saya berisi tau. Dalam diam saya ni, saya sibuk settlekan hal2 kahwin saya yang tinggal dalam 2 bulan je lagi. Ohhh... nervousnya jantung i! agagaga

Bukti saya busy settlekan kerja kahwin? Meh datang rumah and masuk bilik saya. Fuhhh....bersepah dengan kotak2 yang besar2. Ditambah lagi dengan beg2 kertas dan plastik2. Ni semua pasal barang2 hantaran dan juga doorgift yang telah berjaya saya beli. Penuh sangat korang. Sampai saya rasa naik rimas dalam bilik sedia. Dan memang saya tak sabar nak kosongkan bilik ni balik. Eceh alasan, padahal tak sabar nak kahwin! hahaha

Cuti raya ni juga saya settlekan gambar pre-wedding saya. Tak sabar nak tengoklah. Nak tengok gambar Nunang yang ala2 pokok 2. Ops, bukan saya yang cakap. Abang cameraman yang cakap. "Bang, janganlah keras sangat." =p Nunang terus berkerut2... Tak tahu nak posing macamana. Saya? Huh...p0sing bukan main lagi tau. hikhikhik

Satu lagi kerja kahwin yang dah settle. Baju bertandang saya dah siap pilih. Tema? Memang sangat suka dan tercapai cita2 saya. hehehe...Tema warna merah mak ngah + silver. Ceh, bajet saya ni cukup putih nak pakai warna merah mak ngah. Tapi nak buat macamana...saya memang tak berapa berkenan dengan warna yang soft...takut nanti nampak pucat pula. Pengantin kenalah menyerlahkan? Ala...korang angguk jelah demi jaga hati saya. Hee~

Cun tak tema macam ni?

Dan satu lagi korang. Oleh sebab saya ni tamak. Semua warna kalau boleh saya nak pakai, saya buat malam berinai tau. Tu pun tumpang malam berinai bakal kakak ipar saya. Oh, lupa nak share... Nanti masa bertandang saya, ada 4 pasangan pengantin tau. Ramai kan? Apa boleh buat... Belah Nunang dah plan semuanya. Dorang nak buat majlis yang agak besarlah juga. Siap ada tema lagi. Saya pun pening juga dengar. Tapi nak buat macamana. Ikut jelah. Yang penting saya kahwin! haha

Saya pilih songket biru 'Umno' . Tuan butik tu yang bagi nama.
Ops, undi adalah rahsia. =p

Panjangnya entry. Nak update malas. Bila dah update panjang berjela. Kan? hehehe... Ok lah korang. Nak tidur dah. Nanti saya share cerita pasal majlis bertandang saya tu k. Tapi saya tak tahu sangatlah plan belah sana. Saya ikut jelah selagi saya rasa 'ok'. Kalau tak ok, Nunanglah yang jadi mangsa. Dah takkan lah nak meroyan dekat saudara mara Nunang pula kan? Berani???

Selamat malam semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...