Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Thursday, February 24, 2011

...Saya memang goyang kaki je...

Hari ni serius...hari yang sangat saya rasa sedih. Bukan sikit. Banyak.

Lepas solat, banyak kali saya mohon Allah berikan saya kesabaran. Allah berikan saya ketabahan. Sebelum ini, tak pernah sebanyak itu!

Saya tak faham, kenapa ada orang yang busuk hati? Saya tak faham, kenapa ada orang yang tak boleh tengok orang lain senang? Saya tak faham, kenapa mesti ada hasad dengki? Puas saya fikir, mana silapnya yang dah saya buat???

Semuanya mahu disandarkan pada saya. Jika saya kata saya takut tak sempat nak siapkan, "Hai, kan tak ada anak lagi,". Bila saya kata saya tak mampu nak buat sendirian, "Hai, awak kan memang berkait rapat dengan Bahasa Melayu!".

Mahu sahaja saya menangis di situ. Dengan pengalaman yang tak sampai 2 bulan, segalanya perlu saya laksanakan. Ya, saya belajar itu semua di universiti. Tapi itu hanya teori. Praktikalnya saya masih perlukan tunjuk ajar.

Sudahlah dengan kerenah pelajar, bulan ini saja... sudah 3 orang ibu bapa pelajar yang perlu saya hadap. Tidak kira lagi dengan berpucuk-pucuk surat yang perlu saya tulis dan hantarkan pada ibubapa pelajar. Tak termasuk lagi dengan jadual waktu saya yang padat! Saya bukan goyang kaki senang hati. Makan pun terkejar-kejar. Kadang-kadang tak sempat nak habiskan makanan. Perlu pula berkejar masa untuk solat.

Dan sekarang ni, dari pukul 9 malam hingga ke saat ini... Saya sedang termenung. Memang saya tak ada anak. Memang saya belajar ilmu Bahasa Melayu. Tapi hati saya tak senang untuk buat itu semua. Saya lebih senang berfikir tentang sikap kamu. Tentang sikap pelajar-pelajar yang saya perlu mengadap esok hari.

Selamat malam.

Bila jiwa tidak tenang,
semuanya jadi tak kena.
.Diam itu lebih baik.

Sunday, February 20, 2011

...Sorry PN...


Ok. Cerita ni memang sangat dah basi. Tapi baru sekarang nak update kat blog. Saya memang jahat. Minta maaf sangat kat kawan baik. Wedding dia umpama saya buat tak tahu je. Dah macamananya, saya sangat sibuk.

Dah lama nak tempekkan cerita ni kat blog. Tapi itulah, baru teringat. Boleh saya cakap macam tu? Sangat kejamkan?

Minta maaf sangat-sangat kat kawan baik saya yang sorang ni. Dahlah hari dia nikah saya tak datang. Hari dia bersanding saya tak tunggu lama pun. Nak buat macamana, saya banyak kerja. Terkejar sana...terkejar sini.

Tapi apa-apa pun, saya sangat gembira. Happy. Bahagia. Suka. Sukacita. hehehe...Bila tengok kad jemputan kahwin dia. Tak sangka, dia kahwin dulu sebelum saya. Walaupun memang masa sekolah lagi dia dah kata nak pastikan dia laku dulu sebelum saya. Dan dia dah buktikan! Dan saya tetiba pula rasa macam tak laku. hahaha

PN. Malaiza, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat Aku yang CIK ni tak tahu bila nak ikut jejak kau. Dengar kata dah tak sihat? Ehem..ehem..ehem.. :P

...si cerewet...

SITUASI PERTAMA :

"Mak yang ni ok tak?"

"Tak oklah. Kalau mak nak pakai bakul je."

"Aish..citarasa makcik-makciklah mak ni."

"Mak bunga ni letak sinilah."

"Tak cantik. Kita beli yang ni semua tadi pun ok. Berapa harga satu?"

"Hish..pakai bunga ni nampak kosong. Takkan nak kosong je."

"Kita letak reben kat sini eh mak?"

"Pilihlah reben yang cantik-cantik sikit. Tu kosong sangat."

"Dah nampak semak sangatlah pula mak."

"Dahlah, mak nak tidur dululah."

SITUASI 2:

"Comel tak yang saya buat tu?"

"Comellah. Orang suka."

"Salah beli warna bungalah,"

"Tak apa, pakai je apa yang ada tu."

"Nak pakai yang ni ke yang ni,"

"Mana-mana pun boleh. Saya tak kisah. Awak buatlah ikut yang awak suka."

*******************************

Ok, saya mengaku. Saya sangat cerewet. Sampaikan semua orang tak mahu masuk campur dah. hahahaha. Saya sedar!

Saturday, February 19, 2011

...Tolong...

Ada apa dengan cinta? Untuk apa kita bercinta? Untuk menjawabnya, mari kita fikirkan satu analogi, analogi cinta. Fikirkan tentang sebatang pena. Pena dicipta untuk menulis. Selagi ia digunakan untuk menulis, selagi itulah pena itu berada dalam keadaan selamat dan berguna.

Tetapi sekiranya pena itu digunakan untuk mencucuk, dicampak atau digunakan sebagai pengetuk, maka ia akan rosak. Mengapa?

Pena akan rosak sekiranya ia digunakan bersalahan dengan tujuan ia diciptakan. Ia diciptakan untuk menulis, bukan mengetuk atau mencucuk. Pena yang disalahgunakan akan rosak. Apabila rosak, ia akan dibuang ke dalam tong sampah. Ketika itu ia tidak dinamakan pena lagi. Ia dinamakan sampah!

Begitulah juga cinta. Cinta dicipta oleh Allah untuk dua insan bernama lelaki dan wanita beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah, yakni selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta itu akan selamat dan bahagia. Sebaliknya, jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta itu akan pudar dan tercalar.

RIFHAN A RAHIM

*****************************


Saya sangat jarang mahu bercerita atau menulis tentang cinta. Apatah lagi tentang kekecewaan yang lepas. Bagi saya, ia satu isu remeh. Yang jika didiamkan lebih melegakan.

Tapi tak tahu kenapa, sejak-sejak ni...Jiwa saya mudah terusik. Mungkin kerana tekanan kerja yang melampau. Mungkin juga kerana keadaan sekeliling. Yang membuatkan jiwa saya jadi tidak tenang. Perkara yang paling saya benci dalam hidup bila ada yang bertanya tentang kisah silam saya.

Bila seorang rakan di sekolah, terkejut mendengar usia perkenalan saya dengan pakwe.

"Dah sebelum ni tak pernah bercinta?"

Saya hanya tersenyum. Apa jawapan yang patut saya beri? Tapi ketika itu, bukan jawapan yang saya fikirkan. Tapi sebaliknya saya sedang fikirkan kenapa saya terlalu lurus ketika menjawab soalan itu tadi.

"Tak ada jodoh kak,"

Saya tetap jawab dengan penuh tenang. Tapi dalam hati, siapa tahu. Dia kakak, saya perlu hormat.

"Mesti awak yang tinggalkan dia. Kan?"

"Tak adalah. Saya yang kena tinggal,"

Saya ketawa. Pura-pura seperti perkara itu sangat melucukan. Kakak tu mengerutkan dahinya. Saya tersenyum.

"Betul kak. Saya ni mengada. Selalu nak minta yang mahal-mahal. Tamak pula tu. Dah tu, kahwin nak cepat. Macam gelojohlahkan."

Saya ketawa lagi. Aish, buruk betul gambaran sikap tu. Sengaja. Biar kakak tu tak tanya banyak-banyak dah.

"Tipulah!"

"La..betullah. "

Saya buat muka confident. Tak kisah kalau kakak tu nak fikir bukan-bukan. Datang pula seorang cikgu lain. Kali ni lagi banyak soalan yang dia tanyakan. Oh...sudahlah. Saya dah hilang ingatan untuk itu semua!

Apa masalahnya jika usia seperti saya baru mahu bercinta? Apa masalahnya jika saya gagal dengan cinta saya yang dulu?

Soalan demi soalan yang mereka tanyakan. Hingga memberikan seribu kesan kepada saya. Kenapa mesti mengusik luka saya? Walaupun ia hanya tinggal kudis, tapi ia tetap sakit. Jika seorang dua yang bertanya, saya masih boleh bertahan lagi. Tapi andai ramai yang mempertikaikannya, saya naik runsing.

Apa dosanya orang seperti saya putus cinta? Mana yang peliknya? Saya tak mahu bersedih lagi. Buku kegagalan saya dah lama saya tutup. Tutup rapat-rapat. Saya tak akan izinkan diri saya bersedih sedangkan sebelah pihak lagi bergembira. Saya tak akan izinkan diri saya disakiti lagi. Saya tak akan izinkan luka saya berdarah lagi. Biar pun ia tinggal parut. Dan selamanya menjadi parut. Tolong jangan ungkit lagi kisah menyakitkan itu. Cukup andai saya kata luka itu terlalu dalam. Sehingga saya sendiri tak pasti rasa sakitnya yang bagaimana.

Kakak senior, terimalah kisah cinta baru saya seadanya.

...binggo!...

B.I.N.G.G.O!

Saya dah jumpa jawapannya.
Patutlah ex roomate saya gelarkan saya
Ms. Pengintip Gelap. (motif ada perkataan gelap?)

Dunia ni kecil.
Terlalu kecil.
Saya hanya mampu tersenyum.
Mahu ketawa pun ada.
Siapa percayakan!

Tengok,
walaupun saya busy.
Saya sempat lagi cari jawapan yang selama ni saya nak tahu sangat.

Ok.
Sekarang dah tahu.
Puas hati atau sakit hati?

...Jadikan pengajaran...

"Kalau saya ni single lagi, dah lama saya mengorat cikgu yang jadi ketua kadet bomba. Supaya saya tak perlu datang perjumpaan esok pagi dan seterusnya. :D"

Memang saya pernah tulis status macam ni kat fb saya. Tapi lepas tulis, saya gelak habis. Tu tandanya saya tak serius. Dan saya berani tulis sebab yang pertama, saya niat mahu bergurau. Yang kedua, saya tahu cikgu tu bukan suami orang. Yang ketiga sebab cikgu tu tak ada dalam friends list saya. Dan yang keempat saya memang sangat-sangat tak mahu pergi aktiviti hari sabtu. hehehe

Tapi tak sangka pula status ni jadi isu besar kat sekolah. Eh, bukanlah saya kena marah dengan pengetua atau saya bakal dipecat. hahaha

Tapi isunya bila cikgu tu tak pernah suruh saya datang untuk setiap perjumpaan. Dia hanya akan tanya "Boleh datang tak?". Itu bukan bentuk arahankan???

Dan bila mana cikgu ni selalu datang berborak di meja saya. Bukan borak kosong, tapi borak kerjalah. Kalau kat kantin pun dia akan duduk semeja dengan saya. Bukan sebelah-belah tau.

Kami memang berkawan baik di sekolah. Lagipun dia selalu tolong saya selesaikan masalah budak. Tapi kami hanya berkawan. Tak ada niat langsung untuk bercinta. Dan bila saya tulis status macam tu, adalah dua tiga orang guru yang baca. Maka, timbullah isu.

Tapi mereka-mereka semua sempoi. Isu timbul hanya dijadikan sebagai bahan mengusik. Dan saya hanya ketawa. Dan kalau pakwe tanya nanti, kenapa ketawa bila orang usik macam tu? Saya akan jawab, kalau saya cakap lebih2 nanti nampak macam saya ni beriya-iya dengan apa yang saya dah tulis. Sedangkan saya tulis, saya tak maksudkan apa-apa.

Jadinya, tujuan saya tulis kat sini...nak bagitau korang satu je. Yang saya sangat...sangat...sangat... MENYESAL tulis status macam tu. hahaha

Sila ambil ikhtibar ok!

Tuesday, February 15, 2011

...Sempat tak?...

Banyak lagi duit nak kena pakai.
Jap...Jap..Jap...
Tengok buku bank jap.

Oh...
Sangat susah hati.
Tapi bila ngadu dengan pakwe,
ingat nak la dia kata.

"Tak apa sayang. Saya akan berdiet untuk kamu!"

Eceh..sayang? hahaha..geli urat-urat sendi. :P
Tapi pakwe tak cakap macam tu.
Pakwe cakap.

"Itulah, cerewet sangat!"

hahahaha

Kalau menabung mulai dari hari ni,
Sehari 20sen.
Rasa2nya sempat tak?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...