Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Saturday, April 9, 2011

...ok. saya tak akan tegur lagi...

"Jangan cakap bodoh dan binatang kepada pelajar. Ada pelajar yang mengadu pada saya..."

Saya tersenyum. Amboi! Ingat jahat sangat ke mulut saya ni?

"Saya bukan cakap pelajar tu bodoh atau binatang. Saya cuma cakap, kalau awak tak mahu belajar awak akan jadi bodoh. Sebab perkataan 'kurang pandai' tak sesuai untuk menyedarkan mereka. Orang yang kurang pandai bukan sebab dia tak mahu belajar. Tapi nasib dia tak berapa baik untuk jadi pandai. Usaha sudah. Mungkin itu dugaan untuk dirinya."

"Dah awak cakap pelajar tu bodohlah?"

"Dalam kelas saya dia tak pernah mahu belajar. Kacau orang sana. Kacau orang sini. Buku tak pernah ada. Lepas tu, bila suruh membaca, terkelip2 mata. Bukan kelas saya je, semua cikgu dia buat macam tu. Saya cuma cakap, kalau awak terus macam ni...awak akan jadi bodoh. Sebab awak tahu awak lemah, tapi awak tak mahu diajar. Tingkatan 2, membaca pun tak tahu lagi. Macamana?"

"Kita kena banyak bersabar cikgu. Pelajar ada banyak kerenahnya."

"Sebab saya bersabarlah, saya tak pernah sentuh ataupun makin hamun dia. Saya cuma bertanya. Dan harap dia berfikir. Kalau saya terus berlembut, dia tak lulus...orang akan nampak salah saya juga."

"Habis awak samakan dia dengan binatang?"

"Hahahaha....saya hanya bertanya, awak ni manusia ke binatang? Memang saya sangat marah masa tu. Dia boleh curi duit kawan sekelasnya. Saya cakap, manusia penuh dengan rasa simpati. Budak yang jadi mangsa tu...ayah dia tengah terlantar sakit. Mak dia pula siang malam jual kuih, jual macam-macam. Budak tu pula, malam tolong maknya buat kuih. Esok pagi sebelum pergi sekolah, dia tolong jual pula kat gerai. Ayah dia tengah sakit. Tak boleh bangun langsung. Duit dia yang kena curi tu RM 7. Itulah tambang dia dan duit belanja dia selama seminggu. Kalau duit tu hilang, macamana dia nak pergi sekolah? Bagi kita memang sikit, tapi dia menangis teresak-esak. Macamana saya nak berlembut dengan pencuri tu?"

"Mungkin budak tu tak tahu keadaan kawan dia tu"

"Saya ada tanya, sama ada dia tahu atau tak keadaan kawan dia tu. Dia angguk. Dia cakap dia tahu. Lagipun...kalau dia tak tahu sekalipun. Dia tak boleh mencuri. Tu kan satu kesalahan. Selama ni saya berlembut. Tapi saya rasa, kalau cara lembut tak jalan...saya kena berkeras sikit. Sebab makin lama bukan makin baik. Tapi makin jahat. Saya tak cakap dia bodoh. Saya tak cakap dia binatang. Saya cuma minta dia fikir. Saya bagi dia pilihan. Yang mana dia nak jadi. Itu saja."

**********************************************

Ok. Segalanya salah guru. Kita hanya nak menegur. Mungkin selepas ini, saya hanya boleh cakap. "Awak ni bijak. Tak payahlah belajar. Pergi kacau orang" atau pun "Awak adalah sebaik-baik manusia. Kenapa mencuri rm7 je? Curilah banyak sikit."


1 comment:

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...