Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Monday, August 30, 2010

...Hati kami masih bersatu...




Seronok juga bila berbuka ramai-ramai begini. Walaupun kami ni tinggal tak adalah jauh-jauh sangat. Tapi kami jarang jumpa tau. Bila nak berkumpul ramai-ramai kenalah tunggu masa berbuka sama-sama dan juga masa hari raya. Kalau tidak...susahnya nak bertemu muka. Berselisih bahu pun tak pernah dapat masa bulan-bulan lain. Almaklumlah...masing-masing busy dengan bisnes...ek? hahaha

Walaupun tahun ni sambutan teman-teman kurang menggalakkan...iyalah, masing-masing dah dewasa. Masing-masing dah ada hidup sendiri. Makin susah lah kometmin pada kawan-kawan. Biasalah tu. Semua orang akan laluinya.
.
Tapi bila dah berkumpul ramai-ramai ni...banyaklah cerita hangat yang terbuka. Ingat-ingat kembali cerita zaman sekolah-sekolah dulu. Dan cerita yang tak akan pernah miss...cerita pasal cikgu matematik kelas kami. Cikgu yang sangat-sangat benci kat saya. Manalah dia nak suka kat saya, saya punya Matematik tak pernah lulus. Bukan setakat lulus, selalu hantar kertas k0song pula tu. Iyalah, sekurang-kurangnya cikgu tu boleh guna balik kertas tu. Tak adalah bazir sangat kan. Niat saya dah baik dah tu. hehehe..Haa...budak-budak memang sengaja nak ungkit cerita ni. Sebab d0rang tahu..saya memang 'sangat sayangkan' cikgu itu. I l0ve u Pn. Zanariah!
.
Cerita hangat ke dua...biasalah. Cerita pasal cikgu yang masuk kelas ada cili kat tepi mulut. Then siap dengan bihun goreng yang dah kering kat tepi pipi. Memang pecah perutlah gelak. hahaha...Tapi nama cikgu tu dirahsiakanlah di sini ye. Harap maaf.
.
Cerita hangat ke tiga...ni pun dah sangat biasa. Cerita pasal turn siapa pula yang akan kahwin. Dan seperti biasa, nama saya tak akan tersenarai. Ohh...bila pula nama saya nak disebut-sebut ni? hahaha
.
Habis je cerita-cerita hangat tu...keluar pula cerita pasal saya akan jadi cikgu. Siapa je yang boleh percaya saya ni akan jadi cikgu tak lama lagi??? Dorang siap bayangkan ramai-ramai lagi macam mana gaya saya mengajar dalam kelas. Mahu tak nya, hanya kawan sekelas sahaja tahu macam mana saya ni sebenarnya. Sebab tulah dorang persoalkan banyak kali. Dorang tak percaya dengan kemampuan saya. Ade ke...
.
Apa-apa pun, semalam memang best. Happy jumpa mereka-mereka semua.
.
~Berkawan biar seribu...berkasih biar satu~

Thursday, August 26, 2010

...Katakan tidak pada Mr. J...

Semenjak dua menjak ni...perasaan saya dirundum rasa takut. Takut bila berada dikawasan perumahan sendiri. Iyalah, memang bulan puasa ni syaitan berbagai dah diikat. Tapi ada seekor lagi 'syaitan' yang sedang berkeliaran dengan senang hati.
.
Saya serius ni. Kalau orang-orang yang tinggal di Sri Kundang, kawasan tempat tinggal keluarga saya terutamanya anak-anak gadis di situ pasti sangat kenal dengan Mr. J. Oh..bukan J0e Jambul. Tapi J for Jamal.
.
Jamal ni memang amat menakutkan. Anak gadis mana yang cakap tak takut memang tipulah tu. Tahu kenapa Jamal ni menakutkan? Dia memang suka sangat kacau anak-anak gadis. Selamba dia sahaja walaupun kawasan tu ramai orang. Dengan cara dia yang mahu menggoda tu, boleh buat orang rasa nak muntah!
.
Saya pernah terkena. Ketika itu mahu keluar ke kedai. Jalan kaki je. Dia boleh ikut saya sampai ke dalam kedai. Mak ai...menggerunkan. Dahlah menggatal. Lepas tu konon-konon mahu berkenalan. Dia siap simpan kertas-kertas kecil yang digunting elok di dalam poket baju dia. Tahu kertas itu dia tulis apa? Tulis nombor telefonlah. Nombor telefon rumah pula tu. Mahu tak pecah perut ketawa. hahaha
.
Dan baru-baru ni, dah dua kali saya terserempak dengan dia. Tapi nasib baiklah saya menaiki kereta. Jamal ni kejar je. Tapi dia lambai dari luar jelah dengan motorsikal dia tu. Walaupun tak rasa gerun sangat tapi rasa bimbang tu tetap ada. Dia dah hafal tau kereta yang saya gunakan sekarang.
.
Entahlah...tak tahu kenapa Jamal ni jadi gila sampai begitu. Pernah kawan saya cerita.
.
"Dulu ..Jamal ni hensem. Dia dah bertunang dah. Tapi dia pernah excident. Dia excident teruk sangat. Sampai muka dia hancur. Lepas tu tunang dia pun lari tinggalkan dia. "
.
Dan sebab tulah Jamal jadi macam tu sampailah sekarang.
.
Pernah juga Jamal ni bertindak ganas. Kawan baik saya pernah kena. Dia nak pukulnya kawan saya ni dengan kayu. Sebabnya kawan saya ni tak layan apa yang dia cakap. Kawan saya ni menjeling dengan Jamal. Tapi nasib baiklah tak jadi apa-apa. Dan selepas hari tu, ayah kawan saya ni terpaksalah teman dia tunggu bas setiap pagi.
.
Bukan orang kampung tak pernah laporkan pada polis pasal Jamal ni. Dia tu keluar masuk lokap polis je. Masa dia dalam lokap sempat jugalah kita orang tarik nafas lega. Tapi bila dia dah keluar...masing-masing pucat. hahaha..Selalu juga Jamal ni kena pukul dengan orang-orang kampung. Tapi Jamal ni ala-ala gagah la pula kan.
.
S0, kepada semua anak-anak gadis Sri Kundang...Jamal kembali mengganas. Beware ok!
.

Ada sesiapa yang tahu motor Jamal ni berapa nombor plat dia? Saya tak sempat nak tengoklah. Tapi yang saya ingat dan hafal...helmet dia warna merah menyala. Ohh..merahnya MakNgah! hahaha
.

~Tak pasal-pasal, saya terpaksa p0pularkan Jamal ni. Citer dia siap masuk blog!~
~Bila la 'tanjung yang banyak rambutan' tu nak jemput Jamal ni....~
.

Wednesday, August 25, 2010

...Saya Suka Jadi Cikgu...

.
Perasaan saya hari ni tidak berapa best lah. Sungguh! Saya tak tipu ni. Tapi tak mengapalah. Saya tetap co0l hadapi perasaan ni. Cewah! hahaha
.
MySpace
.
Eh eh eh...Tahu kan yang saya ni penganggur terhormat. Sedang menunggu panggilan untuk menjadi seorang guru. Mungkin hujung tahun ni. Itu pun kalau Tuhan murahkan rezeki saya. Dapatlah saya 'berguru-guru' nanti.
.
So, masa lapang ni..saya gunakanlah dada dengan mengisi beberapa ilmu perguruan. hahaha..skema giler kan. Apa kes?
.
Takda lah..kat fb saya ni, saya ada add group 'Saya Suka Jadi Cikgu'. Banyak jugalah info-info yang saya dapat tentang dunia pendidikan. Tapi lagi banyak yang saya dapat ialah tentang 'masalah'.
.
Secara jujurnya..saya takut untuk menjadi guru. Pelajar-pelajar sekarang memang sudah jauh bezanya. Lelaki ke, perempuan ke, sama saja. Masalah. Saya takut.
.
Saya risau andai saya tak mampu nak hadapi ini semua. Tengok sahajalah...budak-budak sekolah zaman sekarang. Boleh ke saya ni membimbing mereka? Tapi yang paling penting, mahu ke mereka mendengar kata saya? Guru lelaki pun disepak terajang. Inikan pula guru perempuan yang tak cukup inci seperti saya. Ops!
.
Kalau jadi guru zaman dahulu. Apa ada hal...Budak-budak memang takut dengan guru. Mahu tidaknya...garang tu! Saya sendiri takut dengan guru-guru saya. Hormat sangat mereka. Kalau mereka kata A, saya tak akan berani nak kata B. Tapi sekarang...kalau guru kata A, murid boleh jawab hingga ke Z.
.
Entahlah. Mungkin selepas berumah tangga saya kan berhenti sahaja menjadi guru. Mungkin. Saya takut sebenarnya. Saya takut dengan anak murid? Eh, mana ada! Hahaha
.
Alangkah indahnya kalau saya boleh jadi guru seperti ini :-
.
MySpace
.
Amacam...ada berani???
.

~Sekarang budak 15thn pun dah main rogol2...saya akan kahwin cpt2! hahaha~
.

Tuesday, August 24, 2010

...Surat untuk calon suami...


.
Kepada calon suamiku,

Assalamualaikum, apa khabar kamu di sana? Saya di sini sihat sentiasa.
.
Entah di mana kamu sekarang. Puas sudah saya mencari. Tapi saya yakin. Kamu ada untuk saya yang setia menanti dengan penuh kesabaran. Saya tahu, Tuhan telah menciptakan saya dari tulang rusuk kiri kamu. Bila kita berjumpa nanti. Hilanglah kecacatan kamu itu. Jangan risau ya.
.
Kamu tahu, sepanjang hidup saya hingga kini, saya telah berjumpa dengan ramai jejaka. Saya sangkakan dialah kamu. Calon suami saya. Tapi saya selalu salah. Sehingga kini saya tidak ketemui kamu lagi. Kamu di mana ya?
.
Kamu tahu, banyak dugaan yang perlu saya hadapi sebelum kita bertemu. Kadang kala saya putus asa juga. Tapi tidak lama. Kerana saya tahu. Cinta kamu pada saya cinta sejati. Kerana itulah Tuhan mahu menguji saya sebelum saya mendapatkan cinta sejati itu.
.
.
Calon suami,
.
Saya sering berdoa...semoga kamu juga tabah menunggu saya. Tabah mencari saya, calon isteri kamu. Kamu jangan berputus asa. Kerana saya ada di sini. Menanti kamu menjemput saya sebagai bidadari dalam hidup kamu. Kamu jangan pernah berasa penat ya!
.
Walau pun nanti bukan saya yang kamu impikan. Tapi saya mahu kamu tahu, bahawa kamulah yang saya perlukan. Saya mahu kamu didik saya. Saya mahu kamu tegur saya. Saya mahu kamu sayangi saya. Saya mahu kamu lindungi saya.
.
Saya tidak secantik mana. Tapi saya yakin. Kamulah yang paling kacak untuk saya. Saya tidak sebaik mana. Tapi saya yakin. Kamulah yang paling baik untuk saya. Kerana itu Tuhan memberikan kamu kepada saya. Untuk melengkapi segala kekurangan pada diri saya.
.
.
Calon suami saya,
.
Kamu bentuklah saya sehingga saya benar-benar mampu menjadi seorang isteri yang baik bagi kamu. Kelak ketika kita sudah bersama, saya akan belajar memahami kamu. Dan jauh disudut hati saya, saya juga harapkan kamu dapat memahami saya.
.
Kadang-kadang hati saya pasti akan terguris. Saya akan menangis. Saya akan merajuk. Cuma satu harapan saya, kamu tabah menghadapi kerenah saya sebagai seorang wanita. Wanita kamu.
.
.
Cal0n suami yang saya sayangi...
.
Saya masih menanti kamu. Saya masih menunggu kamu. Saya harap jalan kamu dipermudahkan oleh Tuhan untuk datang menjemput saya kelak sebagai suri dalam hidup kamu hingga keakhir hayat.
.
Salam sayang dari saya,
Calon isteri kamu.


~if we live together...can we die together?~
.

Monday, August 23, 2010

...Betul dan Benar...

.

Betul. Manusia itu boleh berubah. Dari jahat ke baik. Dari baik ke jahat. Atau p0n dari baik ke lebih baik dan dari jahat ke lebih jahat.
.
Betul. Manusia itu boleh berubah sekelip mata. Boleh berubah tanpa diminta. Ataupun boleh berubah bila ia rasa mahu berubah. Atau pun boleh berubah setelah kesedaran itu sampai.
.
Benar. Manusia perlu diberi peluang kedua. Ketiga. Keempat atau pun kelima. Terpulang kepada pemberi peluang.
.
Benar. Peluang itu penting untuk manusia. Sedangkan Tuhan sentiasa memberikan peluang kepada hambaNya.
.
Semuanya betul dan benar belaka. Saya tidak mengatakan ia salah. Tidak tepat. Atau sebagainya.
.
Cuma sebagai seorang manusia. Dan sebagai seorang hamba yang sangat lemah. Saya tidak dapat melakukan dua perkara di atas.
.
Saya tahu kamu sudah berubah. Cuma saya tidak mahu mengambil risiko. Cukuplah. Saya sudah penat untuk melalui itu semua. Saya takut.
.
Saya tahu saya perlu berikan peluang kedua untuk kamu. Tapi saya tidak mampu untuk berikannya. Kerana tidak semua perkara ada peluang kedua. Ketiga atau keberapa sekali pun. Itu prinsip saya. Yang berlalu biarkan ia berlalu. Saya insan yang lemah. Dan saya tidak mahu untuk terus menjadi semakin lemah. Cukuplah.
.
Saya dari jauh doakan kamu boleh senyum sekarang ni sambil tangan buat peace. Macam gambar kat bawah ni. hak3


Friday, August 20, 2010

...As a w0man...

.
Woman are meant to be loved, not to be understood
.
Pernah dengar tak omputeh cakap macam ni? Ok..saya pun tak pernah dengar juga. Sebab saya tak pernah pergi negara omputeh. Macam mana nak dengar. Kalau kat Malaysia ni pun, saya kalau boleh tak nak dekat dengan omputeh-omputeh ni.. Takutlah. Nanti dia tanya macam-macam. Bukan takut nak jawab. Tapi takut omputih tu yang tak faham apa yang saya jawab. hahaha
.
Baik-baik...Kita teruskan cerita pada jalan yang lurus.
.
Saya memang suka peribahasa omputeh. Eh, melayu punya pun saya suka juga. Tapi omputeh punya lebih sempoi. Melayu punya saya tulis masa nak buat karangan kat sekolah. Masukkan pepatah, markah tinggi oooo00...
.
Bila saya jumpa pepatah omputeh ni, sengaja la nak share kat fb. Ala, tak ada niat apa-apa pun. Tapi tak adalah status saya ni gedik sangat kan? kan? kan?
.
Bila saya post je...berduyun sang jejaka komen. Ok..yang ni hiperbola je. hahaha..Tapi adalah 3,4 orang jejaka yang tak puas hati. La..bila tulis pasal perempuan je..mesti lelaki tak puas hati. Bila tulis pasal lelaki kang orang perempuan cakap saya gatal pula. P0ning mokcik!
.
Pepatah omputeh tu ramai yang salah faham. Maksud di sini, bukannya perempuan ni tak perlu langsung untuk difahami. Tapi secara jujurnya...perempuan ni memang sukar untuk difahami. Saya yang perempuan ni pun tak berapa nak faham perempuan lain. Ade ke ...
.
Tapi...perempuan ni, kalau dah kita sayang...secara semulajadinya, kita akan faham. Betul ni. Tak tipu.
.
Perempuan memang selalunya nak orang yang lebih sayangkan dia. Lebih mengambil berat. Kalau dia pening tu...tanya la banyak kali dah makan ubat ke tak. Walaupun sakit pening tu jauh dari nyawa. Tapi tanya je banyak-banyak kali...gerenti perempuan tu cair. Tak cair banyak...cair sikit la. kan kan kan...
.
Saya tulis macam ni...sebab saya pun suka kalau orang tu sayangkan saya lebih. Tapi saya tak suka pula kalau di beri perhatian secara berlebih-lebihkan. Ish..rimaslah. Sayakan berjiwa kental. Rama-rama selalu sesak dalam taman hati saya ni. hahaha...
.
Haa...tengok-tengok, kan perempuan sukar untuk di fahami. Contoh terdekat sayalah. Tadi tulis perempuan suka kalau di beri perhatian lebih. Sekarang tulis 'saya tak suka kalau di beri perhatian secara berlebih-lebih'. Maksudnya sama je...cuma ayat dia pusing-pusing sikit.
.
Susahkan nak faham. Kejap kata A. Kejap kata B. Ke...saya yang bukan perempuan tulen? Ops!
.
MySpace
.

...10 Ramadhan, sahur yang pertama...

.
Sudah 10 hari kita berpuasa. Pejam celik pejam celik...cepat betul masa berlalu.
.
Walaupun hari ini 10 Ramadhan. Tapi hari ini merupakan hari pertama saya bersahur. Macam kelakarkan? Tapi saya memang dari dahulu tidak boleh bersahur. Bukan takut rugi waktu tidur.
.
Tetapi kalau saya makan masa sahur...pukul 10 pagi perut saya sudah berlagu 'waka waka eh eh'...Rancaknya dia bergendang.
.
Jika saya hanya bangun sahur untuk minum air sahaja...Lain pula ceritanya. Selagi tidak habis waktu sahur tu, selagi itu saya telan air bercawan-cawan. Selagi itu saya rasa "rugi tak minum banyak-banyak". Sampai perut naik kembung airlah juga!
.
Macam budak-budakkan? Padahal dah boleh sangat jadi mak budak. Tapi itulah. Saya tidak berjaya psiko kan diri sendiri. Rugi pahala bersahur terlepas begitu sahaja. Huh~
.
Oleh kerana hari ini hari pertama saya bersahur...memang nampak gempak habis. Satu rumah terkejut sambil tersedak-sedak tengok saya bangun dan menggosok2 mata. hahaha
.
Lagi menambahkan mereka sakit jantung bila saya sahur makan nasi 2 pinggan. Habis diet m0kcik! Tapi memang serius. Sambil ikan bilis Mak cik Siti tak akan ada tandingan. Memang sedap. Tengok-tengok...dah terliur.
.
Sebenarnya, malam tadi saya tak boleh tidur lena. Perut ni buat hal. Sakit bukan main. Perut saya sangat senang dan sangat selalu masuk angin. Dan bila dah jadi macam tu, mulalah saya menyesal tak makan banyak-banyak. Jadi, pagi tadi saya dah balas dendam dengan 2 pinggan nasi. Memang dah lama tak makan banyak macam 2. Macam tak caya. Dalam badan saya ni ada jin kot pagi tadi. hahaha
.
Dan sekarang sudah pukul 1.24 petang. Memang secara jujurnya saya mengaku. Anak dalam perut saya ni dah ketuk-ketuk minta di isi. Anak...sabarlah. Emak sedang berpuasa ni. (Anak??? Anak perut ok. kih3)
.
~al-fatihah buat nenek saudara saya yang meninggal dunia pada pagi tadi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Untung nenek meninggal pada bulan yang mulia~
.

Friday, August 13, 2010

...Kedua-duanya anak Suhaimi dan Zuriati...

.

Bila Mak Siti pergi menunaikan umrah. Saya tiada teman di rumah. Jadinya, saya tumpang menginap dengan percumanya di rumah Kak Ju. Kakak sayalahkan.

Kak Ju ada dua orang anak perempuan yang comel-comel. Si kakak berusia 9 tahun. Dan si adik berusia 6 tahun. Kedua-duanya mempunyai karakter yang melucukan. Tambah-tambah lagi si adik yang terlalu kuat makan. Tapi maintain slim ok! hahaha

Melalui hari-hari awal berpuasa bersama mereka memang sangat menghiburkan. Mana tidaknya, pagi-pagi lagi sudah riuh dengan suara mereka. Bangun sahur. Saya yang tidak bangun bersahur ini dituduhnya tidak berpuasa. Habis semua rakan-rakan sekolah mereka tahu.

Hari pertama untuk si adik : "Adik puasa hari ni...satu hari adik tak makan." Itulah dialognya ketika dia menelefon. Tapi balik sahaja rumah. Letak sahaja beg, terus menangis meraung-raung mahukan susu milonya. Puasa apa 2? hahaha...Dan bila masa berbuka. Dia tambah nasi 3 kali. Memang puasa sangat!

Hari pertama untuk si kakak : "Hemm..sedapnya air ni. Ish...orang tu tak puasa!" . Pantang nampak air, dia mesti akan terliur. Pantang nampak iklan yang modelnya makan-makan atau minum-minum...dia mesti akan tuduh mereka tidak berpuasa. Terlalu mengikut perasaanlah. hahaha

Hari kedua untuk si adik : "Bu, adik puasa. Tapi adik dah termakan tadi. Lepas tu cepat-cepat adik basuh mulut adik. Tak batalkan puasa adik bu?" Tanya si adik pada ibu petang semalam. Ibunya hanya tersenyum. Dan sekali lagi, buka puasa dialah yang laju.

Hari kedua untuk si kakak : " Kawan kakak kata, kalau kita termakan tak apa...sebab nanti cepat-cepat basuh mulut. Lepas tu puasalah balik. " Sama sahaja seperti si adik. Tapi kakak tak buat macam tu. Cuma KAWANNYA SAHAJA YANG KATA. Budak-budak memang bahaya. Mudah terpengaruh dengan kata kawan-kawan. Petang itu si kakak tak makan banyak. "Kakak haus je. Tak lapar pun". Dan malam tu, si kakak muntah-muntah. Perut masuk angin.

Hari ketiga untuk si adik dan si kakak : "Ibu...nak sarapan!". Kedua-duanya kalah dengan dugaan pada hari ini. Semuanya kerana tidak bangun sahur. Satu rumah terlepas masa sahur.

Dan saya juga agak lembik hari ini. Semalam hanya makan seketul ayam KFC. Tapi saya tak adalah minta sarapan. Walaupun diri sendiri mula menghasut keimanan diri sendiri. Iyalah, syaitankan sudah diikat. Jadi...apa-apa yang jadi, semuanya berpunca dari kelemahan iman diri sendiri. Tapi saya masih mampu bertahan sampai saat ini. Walaupun sudah pening-pening lalat!

Tuesday, August 10, 2010

...Ramadhan datang lagi...

.

Sahabat-sahabat semua. Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga segala amal ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t.
.
Semoga kita tergolong dalam kalangan yang hatinya ikhlas ketika mengejarkan segala kebaikan.
.
Buang segala kemarahan. Buang segala kebencian. Bersihkan hati semurni Breezzeeee..hik3. gurau je!
.
Jika ini adalah Ramadhan terakhir buat saya...Harap inilah juga Ramadhan yang terbaik.
.
Mohon maaf pada semua.
.
P/s: Sempena hari raya ni...kawan baik saya ada buat bisnes tau. Please klik kat link ini SURAYA kalau berminat nak beli kerepek-kerepek dia. Memang dijamin sedap! (Sue..untung share skit ye! hahaha)
.

Monday, August 9, 2010

...Dia kacau pakwe sayalah!...

.
Hari ni saya sangat bosanlah. Makanya, saya jalan-jalan lah bl0g demi blog. Best juga isi masa lapang dengan aktiviti macam ni. T0in...t0in... <---ala-ala l0mpat katak. hahaha
.
Then saya adalah terjumpa satu blog ni. Jumpa pun kat blog Cik Lebah-lebah. Lebah. Lebah. Lebah ada blog? Maju sungguh! (wa...jgn mrh aku ok. kih3)
.
Makanya, adalah satu blog ni menarik perhatian saya. Sebab tulisannya. Mak ai. Memaki hamun. Tapi iyelah, tu blog dia. Saya tak cakap dia salah. Terpulanglahkan. Dia pun tak ganggu saya.
.
Saya baca punya baca. Uih..garangnya wanita ni. Apa kes cik?
.
Saya tengok pula gambar-gambar dia. Alah, saya ni ala-ala 'Mak cik Joyah' lah yang sibuk hal orang lain! hahaha
.
Telek punya telek. Cuba fahami. Oh, dia marah pada seorang perempuan ni. Sebab sibuk hal dia dan pakwe tercintanya. Dia marah bekas makwe pakwe dia sekarang ni nak add dia kat fb mungkin. Sebab nak tengoklah kisah-kisah dorang.
.
Tapi sangat garanglah ini perempuan. Saya pun jenuhlah cari gambar pakwe dia. Waauuuu....hensem habis! Tetiba rasa macam nak add bf dia lah. hahaha..
.
Ok-ok. Saya gurau je. Iyalah satgi saya pula yang kena maki. Sanggup?
.
Kepada wanita-wanita di luar sana, terutamanya kepada diri saya sendiri. Janganlah maki-maki begini hanya kerana lelaki. Kalau marah pun, marahlah dengan cara yang paling berhemah. Tak sedaplah kalau macam nikan. Saya perempuan pun rasa segan bila baca. Tu baru pakwe. Nak gaduh-gaduh pun nak buat apa. Belum tentu jadi suami. Kalau tak jadi, kan dah malu sendiri.
.
Saya ingatkan diri sendiri. Dan pada mereka yang mahu mengingatinya juga. Kalau tak mahu. Tak apa. Saya tak paksa. Betul ni. Jangan marah-marah saya pula eh. Jangan hentam blog saya eh. eh. eh.
.
Malaysia for peace.
.

...tolong saya...

.
Jahat ke niat saya. Kalau saya nak dan mahu dia membaca bl0g saya? Kejam ke saya kalau saya mahu lakukan pr0mosi besar-besaran pada dia sahaja, supaya dia buka blog saya dan baca? hahaha
.
Okey-okey...saya benar-benar serius ni. Saya mahu dia buka dan baca blog saya ni. Walaupun memang tak best. Walaupun tidak ramai followers. Tapi saya mahu dia buka dan baca.
.
Dia tahu link blog saya. Dulu-dulu dia rajin buka. Dulu-dulu dia rajin baca. Tapi sekarang saya kurang pasti. Saya mahu tanya sahaja. Tanpa malu. Saya geram. Saya mahu bagi notis pada dia. "SILA BUKA BLOG SAYA DAN BACA SEMUANYA!. BLOG SAYA BEST. BLOG SAYA CANTIK. BLOG SAYA CANGGIH. BLOG SAYA ADA LAGU-LAGU." Boleh ke saya tulis notis macam tu untuk dia sahaja?
.
Saya mahu dia buka dan baca. Saya mahu dia tahu. Saya mahu dia sedar. Saya mahu dia hantuk kepalanya selepas baca. Saya mahu dia................saya mahu segalanya!
.
Saya dah janji saya tidak mahu undur kebelakang lagi. Tapi saya tetap mahu dia tahu apa yang saya rasa. Supaya dia tahu kenyataannya. Saya hanya mahu dia tahu sahaja. Bukan untuk apa-apa.
.
Kepada yang baca notis ini, tolong sampaikan pesanan saya ini kepada dia. Minta dia buka dan baca blog saya ini. Tolong ya!
.

Saturday, August 7, 2010

...keperluan vs kehendak...

.
~wanita idaman lelaki~
Rasa cantik dalam diri, yakin diri. Yakin dengan ciptaan Allah.
Sifat keanak-anakan. Sesekali dan jangan over
Berakhlak mulia, sopan – santun, ada sifat-sifat wanita timur
Beragama, taat perintah Allah
Pandai tapi tak menunjukkan kepandaiannya
Memahami lelaki
Tidak terlalu cerewet, tidak cakap berulang
Tidak terlalu cemburu
Tidak terlalu canggih
Dapat meransang semangat lelaki
Ada kesamaan yang significant
Sejuk mata memandang
Pemaaf
Seimbang
Body language yang cantik
.
~lelaki idaman wanita~

Nampak segak, macho, kemas
Romantic – pandai mempamerkan kasih sayang
Gentleman, lemah-lembut, sopan
Wajah seorang penjaga, pendidik
Bijaksana dan matang, boleh buat keputusan
Understanding, tolak ansur
Dapat membimbing, boleh beri nasihat
Tidak mudah merajuk
Tidak terlalu ego
Kelakar tapi jangan buat lawak bodoh
Tidak kedekut
Layan semua orang dengan baik
Ada sifat yang boleh dibanggakan
Pandai mendengar
Punyai persamaan
Bersih dan wangi
Wajah kebudak-budakkan, mudah senyum
.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
;
Kenapa tiba-tiba saya taip benda-benda kat atas ni? Sengaja nak share dengan korang semua. Iyelah, maybe ramai yang nak tahu ciri-ciri yang diidamkan. hak3
.
Saya ada seorang sahabat. Atau saya lebih anggap dia sebagai seorang adik. Memang agak rapat dengan dia. Sebab dulu masa saya muda-muda, masa belajar kat universiti cikgu-cikgi, kami duduk serumah. Dari situ kami mula rapat. Tambahan pula, kami ni boleh dianggap sekepalalah.
;
Budak ni...Eh, saya memang panggil dia budak. hahaha...Budak ni selalu kongsi-kongsi cerita dengan saya. Dia suka tanya itu dan ini. Dan masa saya sedang berduka lara, dialah orang yang pertama saya cari. Saya luahkan semuanya. Dia jugalah yang memberi semangat dan menyedarkan saya supaya tinggalkan segala kesedihan itu. Atas kesedaran yang dia berikanlah, saya kini mampu tersenyum. Sampai nampak gigi. hahaha
.
Ok, berbalik pada tajuk. Budak ni selalu mengeluh bila saya cakap..."Perempuan ni lebih baik terima orang yang lebih sayangkan dia, dari orang yang dia sayang" . Dia tak puas hati. Dia cakap, kasihan pada si perempuan sebab tak dapatlah lelaki idaman.
.
Ya, saya akui itu semua. Tapi saya ada satu analogi. Ibarat keperluan vs kehendak. Keperluan adalah seorang teman yang menyayangi kita. Dan kehendak adalah ciri-ciri idaman yang kita mahu ada pada teman yang mendampingi kita.
.
Mana yang lebih penting? Ikut teori..sememangnya keperluan itu lebih penting dari kehendak. Keperluan perlu dan mesti ada untuk kehidupan manusia. Manakala, kehendak hanyalah sebagai pelengkap sahaja.
.
Jika anda sedang mencari sebuah rumah. Mesti terlebih dahulu anda akan menggambarkan sebuah rumah yang sangat cantik, sungguh selesa, bertingkat-tingkat, ada banyak taman dan boleh main tenis sekali! Ala-ala rumah Yusoff Haslam. Tetapi, lihat pula pendapatan anda. Sebanyak Yusoff Haslam kah? Atau Yusoff Taiy0b? hahaha.. Jadinya, anda perlu memilih rumah mengikut kemampuan bukan? Iyalah, kalau dah tak mampu nak bayar pakai apa pulakan nanti.
.
Jadi, dapatlah anda sebuah rumah mengikut kemampuan anda sendiri. Dapatlah anda sebuah tempat berlindung. Walaupun rumah itu sederhana, tidak seperti yang anda idamkan...cukuplah jika ia memberi keselesaan pada anda. Dan anda rasa selamat ketika berada di dalamnya. Hiaslah rumah anda itu mengikut citarasa anda. Tapi jangan sampai mengubah keseluruhan keasliannya!
.
~Hei budak...jangan pening-pening dah.
"Terbaik" dia mungkin bukan sekarang kita lihat...
mungkin pada masa akan datang~
~Mungkin yang baik bagi kita, tapi tak cukup baik bagi-Nya.
Dia lebih mengetahui~

...incik, dah tua!...

Cuba teka hari ni hari tua untuk siapa? Siapa? Siapa? hahaha..

Happy besday incik. Sekarang kita dah sama-sama tua ok. Jangan nak perasan muda lagi. Tengok muka pun dah tahu kot~

Semoga dimurahkan rezeki. Semoga segalanya baik-baik sahaja ye incik.

I love u incik.

Eh, malulah. hahaha

Wednesday, August 4, 2010

...Saya jahat...

.
Saya jahat. Ya, saya tahu saya jahat. Hati saya jahat. Perasaan saya juga jahat.
.
Saya tak patut punya hati dan perasaan sebegini. Saya tidak tahu kenapa tiba-tiba hati dan perasaan saya jadi begini.
.
Baiklah-baiklah. Saya tekad... Hari ini saya tinggalkan kamu dengan kenangan yang akan menjadi sejarah yang tidak akan berubah selamanya.
.
Saya tidak akan menoleh kebelakang lagi. Sebab saya dah tak boleh untuk lakukan demikian. Masa hadapan saya mungkin menjanjikan yang lebih baik untuk saya.
.
Masa hadapan saya lebih memerlukan saya. Masa silam perlu dibuang. Saya mungkin kejam. Saya mungkin pentingkan diri. Tapi itu semua saya belajar dari kamu!
.

Terima kasih kerana masih lagi mencari saya...
untuk berkongsi rasa kamu...
untuk berkongsi lara kamu...
untuk berkongsi hati kamu...
Saya hanya mampu mendengar,
memberi kata semangat.
Tapi saya tidak mampu lagi
untuk mengubati kesakitan itu.
.
Bandung cincau hanya tinggal sebuah kenangan.
Minuman itu tidak akan saya tinggalkan,
tetapi orang yang sering minum bersama saya dahulu,
akan saya gantikan.
.

Tuesday, August 3, 2010

..Sila perkenalkan diri...

.
Semalam saya sudah selesai satu seksaan dunia. Temuduga untuk menjadi cikgu. Penat belajar selama 4tahun, tapi tetap perlu ditemudugakan. Adakah patut?
.
Tapi tidak mengapalah. Sebabnya soalan yang ditanya kepada saya tidaklah begitu menakutkan. Sebabnya, hanya isu-isu semasa sahaja. Saya pula memang sudah terkenal dengan ciri-ciri mengelentong "seperti tahu", saya menjawab dengan confidentnya. hahaha
.
Sebelum menjelmanya semalam, terlalu banyak dugaan yang saya hadapi. Sehinggakan sepanjang hari sabtu saya menangis satu hari! Tak tahu kenapa, saya sangat risau...hinggakan orang air menjadi mangsa. Satu hari juga saya tidak ada mo0d. Nak pergi tengok wayang pun terpaksa dicancelkan.
.
Itu cerita hari sabtu, sambung dengan hari ahad. Masih lagi kelam kabut. Oh..dugaan sangat! Dan menjelang pula pagi Isnin, lagi besar dugaannya. Orang air boleh tersesat jalan. Pukul 7 baru dia sampai menjemput saya di Sri Damansara. Pukul 7 dari Damansara. Dan perlu ada di Putrajaya pada pukul 8 pagi! Saya tidak tahu mahu cakap apa. Mahu marah pun tidak boleh. Saya betul-betul tak tenteram ketika itu. Sampai sahaja di Putrajaya, kami sesat lagi. Persint 14 mana engkau? Itulah dialog saya sepanjang perjalanan.
.
Tepat pukul 8.20, saya sampai di tempat temuduga. Semua orang dah ada. Sudah mula nama dipanggil, tak apa, saya confident seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan. Siapa yang datang lambat tu??? Entah! hahaha
.
Nama saya yang ke 15 pada sesi kedua. Perlu menjawab ujian Insak. Ohh..dugaan lagi. Sijil PMR saya hilang. Saya hanya ada slip sahaja. Pening juga ketika itu. Banyak meja kosong kerana ramai yang terpaksa pulang sebab dokumen tidak lengkap. Dan saya? Kelam kabut. Dan hanya mampu berdoa supaya ada satu keajaiban yang berlaku. Dan alhamdulillah, bila mana Pn.Pegawai mngatakan tidak mengapa. Pmr kami boleh maafkan. Syukur!
.
Saya menarik nafas lega. Duduk dengan tenang menjawab soalan Insak. "Jangan tinggalkan satu pun". Pesan Abg Helmi. Berkali-kali saya kira jumlahnya. Dan bukannya mengira jawapan yang dirasakan tepat. hahaha
.
Segalanya sudah berakhir. Saya berasa sedikit lega. Tidak lega sepenuhnya. Selagi keputusan tidak diketahui. Mudah-mudahan...segala dugaan ini membawa petunjuk yang baik. Amin.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...