Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Tuesday, August 24, 2010

...Surat untuk calon suami...


.
Kepada calon suamiku,

Assalamualaikum, apa khabar kamu di sana? Saya di sini sihat sentiasa.
.
Entah di mana kamu sekarang. Puas sudah saya mencari. Tapi saya yakin. Kamu ada untuk saya yang setia menanti dengan penuh kesabaran. Saya tahu, Tuhan telah menciptakan saya dari tulang rusuk kiri kamu. Bila kita berjumpa nanti. Hilanglah kecacatan kamu itu. Jangan risau ya.
.
Kamu tahu, sepanjang hidup saya hingga kini, saya telah berjumpa dengan ramai jejaka. Saya sangkakan dialah kamu. Calon suami saya. Tapi saya selalu salah. Sehingga kini saya tidak ketemui kamu lagi. Kamu di mana ya?
.
Kamu tahu, banyak dugaan yang perlu saya hadapi sebelum kita bertemu. Kadang kala saya putus asa juga. Tapi tidak lama. Kerana saya tahu. Cinta kamu pada saya cinta sejati. Kerana itulah Tuhan mahu menguji saya sebelum saya mendapatkan cinta sejati itu.
.
.
Calon suami,
.
Saya sering berdoa...semoga kamu juga tabah menunggu saya. Tabah mencari saya, calon isteri kamu. Kamu jangan berputus asa. Kerana saya ada di sini. Menanti kamu menjemput saya sebagai bidadari dalam hidup kamu. Kamu jangan pernah berasa penat ya!
.
Walau pun nanti bukan saya yang kamu impikan. Tapi saya mahu kamu tahu, bahawa kamulah yang saya perlukan. Saya mahu kamu didik saya. Saya mahu kamu tegur saya. Saya mahu kamu sayangi saya. Saya mahu kamu lindungi saya.
.
Saya tidak secantik mana. Tapi saya yakin. Kamulah yang paling kacak untuk saya. Saya tidak sebaik mana. Tapi saya yakin. Kamulah yang paling baik untuk saya. Kerana itu Tuhan memberikan kamu kepada saya. Untuk melengkapi segala kekurangan pada diri saya.
.
.
Calon suami saya,
.
Kamu bentuklah saya sehingga saya benar-benar mampu menjadi seorang isteri yang baik bagi kamu. Kelak ketika kita sudah bersama, saya akan belajar memahami kamu. Dan jauh disudut hati saya, saya juga harapkan kamu dapat memahami saya.
.
Kadang-kadang hati saya pasti akan terguris. Saya akan menangis. Saya akan merajuk. Cuma satu harapan saya, kamu tabah menghadapi kerenah saya sebagai seorang wanita. Wanita kamu.
.
.
Cal0n suami yang saya sayangi...
.
Saya masih menanti kamu. Saya masih menunggu kamu. Saya harap jalan kamu dipermudahkan oleh Tuhan untuk datang menjemput saya kelak sebagai suri dalam hidup kamu hingga keakhir hayat.
.
Salam sayang dari saya,
Calon isteri kamu.


~if we live together...can we die together?~
.

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...