Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Sunday, December 12, 2010

...Andainya Dia Tahu -2...

LANGKAH Suci teratur. Satu demi satu kakinya melangakah masuk ke pintu utama universiti, tempat dia akan menuntut ilmu selama 3 tahun. Hatinya penuh dengan debaran. Namun debaran itu dapat ditutupi dengan rasa gembiranya dan syukurnya. Bermulalah kehidupan Suci di menara gading. Tempat yang diimpikan oleh kebanyakkan palajar setelah penat lelah mentelaah satu persatu buku. Setelah menghadapi satu persatu peperiksaan di peringkat sekolah.

Namun apa yang Suci impikan, yang Suci angan-angankan tidak seindah yang di harapkan. Sesekali perasaan menyesal singgah di dalam dirinya. Tapi Suci sedar, ia baru bermula. Dia mesti kuat dan tabah. Sekuat Tun Teja dan setabah Tun Fatimah! Suci membina semangat diri.

Hari ini adalah hari pertama Suci di sini. Dia keseorangan. Tiada lagi teman karidnya yang sentiasa bersamanya seperti di sekolah dahulu. Mereka seperti kembar siam. Di mana ada dia di situlah ada Suci dan begitu juga sebaliknya. Keadaan ini membuatkan Suci terasa sangat terasing.

“Assalamualaikum semua… Selamat pagi,” satu suara mematikan lamunan Suci. Suci berpaling ke arah suara itu. Berdiri seorang lelaki yang sudah agak berumur. Tersenyum lebar.

“Saya Dr. Razali. Mengajar kamu dalam bidang teater,” sambung lelaki itu memperkenalkan dirinya dengan ringkas .

Kuliah berjalan agak teratur. Setelah tamat kuliah, Suci terus bangun meninggalkan kelas. Dia singgah ke cafe di kampus untuk sarapan pagi. Hari yang sungguh membosankan. Dia keseorangan. Dia benar-benar terasing di sini. Suci menoleh ke kiri dan ke kanan. Niat untuk bersarapan dia lupakan. Seleranya sudah hilang. Suci terus melangkah ke perhentian bas.

“Balik jelah…. Semua orang pelik je pandang aku,” bisik Suci di dalam hati.

Sampai sahaja di dalam bilik, Suci terus melabuhkan badannya di atas katil. “Aku nak balik… Dah tak sanggup dah aku nak belajar dekat sini lagi!,” jerit Suci perlahan.

“Hei, kau ni apsal?” sapa teman sebilik Suci yang tidak berapa dikenalinya, Linda.

Suci memandang Linda kosong.

“Takkanlah baru first day dah rindu kat keluarga kot?, ” perli teman sebiliknya.

Suci tidak menghiraukan pertanyaan Linda itu. Dia memang laser! Dari semalam lagi semua kata-katanya menyakitkan hati Suci. Walaupun baru sehari Suci duduk sebilik dengannya, tetapi Suci sudah rasa terseksa seperti sudah empat tahun dia tinggal sebilik dengan Linda. Dari atas sampai bawah semuanya Linda mahu kritik. Nasib baiklah Suci dikurnikan sifat penyabar yang tinggi. Dia hanya mendiamkan diri setiap kali Linda memberi kritikan yang tidak diminta itu.

“ Aku nak turun makan ni. Kau nak join tak? ”

“Tak apalah. Aku tak lapar lagi,” jawab Suci ringkas. Nak pergi makan dengan kau???Mesti nasi yang aku telan tu keras terasa macam telan batu!

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...