Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Saturday, December 4, 2010

...Dia memang begitu...

Malam ni saya rasa sedihlah. Kecewa pun ada. Entahlah kan. Susah nak cakap. Kadang-kadang manusia ni kelakar. Suka bertindak ikut perasaan. Dah buat, baru nak menyesal. Tak boleh ke belajar dari kesilapan dulu?

Bila ego tu datang...Bertindak macam takda benda dah yang boleh halang. Buat ikut kata hati. Hati kata 'buat', terus buat. Tak tahu ke ikut kata hati mati?

Cuba bertindak guna akal. Guna fikiran. Jangan guna perasaan. Perasaan kita sering kali salah percaturan. Hati kita selalu salah anggapan. Sebab tu akal dan fikiran perlu diutamakan.

Saya tak terkejut dengan tindakan seorang teman saya. Sebab dia memang dah selalu begitu. Buat sesuatu tu selalu ikut perasaan. Masa egonya sampai, masa dia merasakan "aku betul"... Dia akan bertindak terburu-buru. Tanpa fikirkan perasaan orang lain.

Dan bila emosinya kembali stabil. Bila egonya kembali tunduk, dia akan menyesal. Dan waktu tu, baru dia sedar langkahnya salah.

Tapi 'sedarnya' dia selalunya dah terlambat.

Saya ingat dia dah berubah. Tapi betul kata orang, bukan senang manusia mahu mengaku salah silapnya. Bukan senang manusia mahu mengubah tingkah lakunya. Salahlah beribu kali, menyesallah berjuta kali. Belum tentu dapat memberikan keinsafan pada diri.

Buat teman saya,

Saya tak rugi apa-apa dengan tindakan awak. Saya tak terkejut langsung dengan apa yang dah terjadi. Sebab saya dah cukup kenal dengan diri awak.

Sedih? Kecewa? Tu semua dah tak penting. Perasaan orang lain mana pentingkan? Yang penting perasaan sendiri. Perasaan 'menang'. Hiduplah dengan rasa menang tu sampai bila-bila.

Sikit pun saya tak rasa rugi. Biarlah kalah sekali pun. Yang penting, kalah saya tak akan buat saya menyesal. Sebab kalah atau menang tak ada makna. Perhubungan bukan pertandingan. Perhubungan satu ikatan.

Ikat ikatan itu kuat-kuat supaya ikatan tidak mudah terlerai. Simpulkan sehingga mati. Supaya ikatan tidak terputus lagi.

Terus terang saya cakap, saya memang nak buat macamana yang awak dah buat sekarang ni. Memang. Dah lama saya fikir. Tapi bila saya fikir apa faedahnya. Saya berhenti setakat itu. Kenapa mahu merosakkan sesuatu sedangkan tiada mendatangkan keuntungan pada sesiapa?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berjuta kali saya doakan supaya dia berubah. Tapi apa ada pada doa saya andai dia sendiri tidak pernah mendoakan untuk dirinya sendiri sebegitu?

Rendahkan ego diri. Baru kita tahu nikmat kehidupan sebenar.

Biar tinggi mana pun kejayaan kita. Tapi hidup kita tetap akan rasa kosong andai keseorangan.

Selamat malam.

4 comments:

  1. kadang2 keputusan yg diambil bukn utk mmbutikan siapa menang atau kalah tetapi hnya ingin membantu manusia yg sering gagal membuat kputusan shingga berpura2 dan bersungguh2 berlakon utk membuktikan KEPUTUSANnya adalah tepat!

    ReplyDelete
  2. hai kawan saya ^_^

    betul...saya memang gagal buat kptsn. smpai sekarang...sbb sy tak seberani awk. sbb sy pcy setiap keputusan tu pasti ade kesan pd ms akan dtg. sebb tu sy tak nak tburu2. klu ikut hati, sy p0n akan btindak mcm awk jgk. Tapi itulah, hati saya tak mampu nak bkata pun. hati saya tak sehebat hati awk. apa2 pun trime kasih sbb tlg saya buat kptsn ni. walaupun saya xpnh mntak tlg.

    awak tetap kawan saya. tpulang awak nak anggap saya ni kwn awk lg atau tak. saya tetap mcm ni. dan tetap di sni.

    ReplyDelete
  3. manusia memg susah nak berubah kecuali niat aty dier yg sungguh2 nak berubah
    hana sendri kadg2 terlampau ikot kate hati
    last2..dri sendri yg tanggung
    rase keseorgn..rase terpencil..semua pndng sinis..
    semua tuh ckup perit..
    hope semua tuh ckup kuat tok hana ingat jgn ikot sgt perasaan yg macm tahpepe neyh....
    sape kite neyh kalo dlm dunia hidup keseorangn kan...

    about ur fren..sabar jela eh..hidup en karma.. baek dibalas bek..jahat diblas jaht..t di sndri sedar tingkah laku dier...
    ^_^

    ReplyDelete
  4. hana...mcm 2 la hidup. jgn tlalu eg0. ape2p0n kte kena bsederhana. kalau eg0 tu bleh wat kte hilang orang yg kte syg....ia x guna jgk kan?

    hmm..sy p0n pcy pd hukum karma. kdg2 pnh jgk tdetik kat hati ni biar dia jugak rs ape yg pnh sy rs. tp xbaikkan. mak sy ckp...biar org buat kte jgn kte wat org. ^_^

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...