Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Sunday, December 12, 2010

...Andainya Dia Tahu -5

MALASNYA nak pergi kuliah! Suci mengeluh panjang. Dia tidak mahu lagi berjumpa atau terjumpa lelaki asing itu lagi. Suci benci pada lelaki itu. Nak pergi ke tak ni ha? Nak., tak. Nak,tak. Nak,tak. Dia berkira-kira sendiri. Otaknya terus berfikir.

“Pergilah!,” jerit Suci dan terus bangkit dari katil.

“Kau ni kenapa minah? Dah tak betul dah?,” suara penyibuk kedua pula berbunyi.

Suci tidak mengendahkan pertanyaan Linda itu. Linda dengan mamat kat kampus tu memang sepadan. Macam pinang di belah-belah! Menyibuk hal aku. Dahlah laser. Suic terus berjalan menuju ke bilik air. Tak kuasa nak layan budak laser ni. Buang masa. Baik pergi mandi. Siap pergi kelas. Hati kecilnya bersuara lagi.

Sampai sahaja di dalam kelas, Suci seperti biasa terus menuju ke kerusi paling depan. Berseorangan. Dia hanya memerhati sekeliling. Melihat rakan-rakan bercerita. Suci hanya mampu menjadi pendengar tumpangan.

“Assalamualaikum semua,” Dr. Razali masuk ke dalam kelas. “Siapa yang dah daftar untuk pemilihan pelakon teater tu datanglah petang ni ada uji bakat sikit,” sambung penyarah itu lagi.

Dua jam berlalu tanpa sedikit pun ilmu menyinggah dalam ingatan Suci. Kosong. Ketika kuliah fikirannya mengelamun entah ke mana.

Suci bangun dan terus meninggalkan kelas seperti biasa dengan dada yang kosong tanpa diisi dengan sebarang ilmu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dia sendiri tidak tahu sampai bila harus begini. Yang pastinya Suci sangat bosan di sini.

Petang itu, Suci tidak terus pulang ke bilik. Dia tidak mahu melihat wajah Linda. Bertentang mata apatah lagi. Suci duduk di pondok bacaan di hujung padang. Keadaan di situ aman. Dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Dia mahu bersendirian walaupun dia sememangnya sudah pasti bersendirian sepanjang masa di sini.

Entah bagaimana Suci terlelap di pondok bacaan itu. Pakcik guard mengetuk meja mengejutkan Suci dari tidur. Tanpa banyak soal Suci terus memohon maaf dan bingkas bangun meninggalkan kawasan itu.

Dia melihat jam di tangannya. Dia harus segera ke panggung budaya. Ada uji bakat. Harap-harap dirinya terpilih nanti. Kakinya melangkah laju menuju ke sana. Setibanya di panggung budaya universiti, dia dapat melihat ramai yang sudah ada. Nasib baik uji bakat itu masih belum dimulakan lagi. Suci lega.

“Suci! Suci! Tunggu kejap,” Suci terdengar satu suara memanggil namanya. Suara yang amat dia kenali dan amat dia benci. Suci mematikan langkahnya. Kali ini dia tekad, jika lelaki ini mengutuknya lagi tamparan wanita akan menyinggah di pipi lelaki itu!

“Kau nak apa lagi?” tanya Suci minta kepastian.

“Saya nak awak!” dia ketawa.

Suci terus melangkah tanpa menghiraukan kata-kata lelaki itu tadi. Benci!

Lelaki asing itu terus menghalang langkah Suci, Suci berhenti dan memandang ke wajahnya dengan penuh perasaan geram.

“Eh, rilekslah… Saya gurau jelah. Nak manja-manja skit pun tak boleh.”

“Kau dah habis cakap dah? ” soal Suci. Dia mahu segera beredar dari situ.

“Kalau dengan awak sepanjang masa pun saya tak akan habis bercakap.”

“Tak apalah kalau macam tu, kau berdiri kat sini bercakaplah selagi yang kau mampu. Aku nak pergi masuk dalam buat uji bakat,” balas Suci kasar.

“Ala… Janganlah macam tu. Dengarlah apa yang saya nak cakap ni. Saya nak minta maaf kat awaklah,” rayu lelaki itu pula kali ini.

Suci menoleh ke arahnya. Malas betul mahu dilayan lelaki ini.

“Okey! Tapi lepas ni tolonglah jangan kacau aku lagi. Tolonglah… Biar aku hidup dengan aman sikit. Boleh? ” Suci tersenyum lebar.

“Boleh... Memang boleh. Tapi itu pun kalau awak tak cakap sorang-sorang lagi. Setuju? ” balas lelaki itu dengan muka yang selamba.

“Kalau tak cakap sorang-sorang… Aku nak cakap dengan siapa? Dahlah kau tak payah hiraukan hal aku lagi,” Suci terus melangkah. Kali ini langkahnya tidak akan berhenti lagi.

“Awak cakaplah dengan saya! Cakap dengan saya tau!!!” jerit lelaki itu. Semua pelajar yang berada di panggung itu menoleh ke arahnya. Dia berlalu dengan muka selamba.

Tak ada perasaan langsung! Tak malu. Suci terus masuk ke panggung budaya.

Selepas tamat sesi uji bakat, dia terus pulang ke bilik. Badannya terasa letih. Sampai sahaja di bilik, Suci terus baring di atas katil.

“Macamana dengan uji bakat kau tadi? ” tiba-tiba Linda bersuara.

Suci memandang Linda. “Dapat watak tambahan je,” jawab Suci ringkas.

“ Memanglah macam tu. Budak tahun pertama memang dapat watak tambahan je. Watak utama senior yang dapat,” balas Linda seperti memberi semangat pada Suci.

Suci hanya memdiamkan diri.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...