Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Tuesday, December 14, 2010

...Andainya Dia Tahu -9

LEMAH kaki Suci melangkah ke dalam panggung. Tempat dia berlatih teater. Dari jauh kelibat Alif telah pun kelihatan. Macam mana nak buat ni? Buat bodoh sajalah!

“Suci, kenapa lambat?” Alif memandang tepat ke arahnya.

“Hmm... Aku tak sengaja,”

“Siapa aku? Suci... Tolong hormat sikit pada saya boleh tak? Kalau tak nak hormat saya sebagai senior awak, hormat saya sebagai pengarah awak. Abang Alif,” sengaja dikeraskan suaranya bila menyebut ‘abang Alif’.

Okay, sorry. Abang Alif... Ba, ta,” Suci menjelirkan lidahnya. Peduli apa aku. Kau senior ke... Pengarah ke... Abang konon. Blahlah!

Suci terus berlalu. Alif memandangnya dengan penuh makna. Marah mungkin. Suci sendiri pun tidak tahu dari mana datangnya kekuatan dirinya sehingga berani melawan sebegitu sekali.

Selesai sahaja latihannya ‘menuang air ke dalam cawan’ Suci terus berlalu. Dahagalah. Kakinya terus melangkah ke cafe. Selepas dia membayar harga minuman, dia duduk di kerusi rehat di sudut cafĂ©. Memerhati orang lalu-lalang. Pelbagai reaksi yang boleh dilihatnya. Ada yang tersenyum. Ada yang ketawa besar bersama kawan-kawan. Ada yang muram. Muka marah pun ramai juga. Garang juga muka budak-budak kat sini. Semuanya muka dah dewasa. Muka aku? Tak... masih tetap muda.

“Sengih sorang-sorang macam kerang busuk!” Alif terus duduk di sebelah Suci.

Okay... Sekarang ni En.Alif nak apa lagi kat aku? ”

“Macam biasa. Saya nak awak,” muka Alif serius.

“Nak aku? Kau nak buat apa dengan aku? ” balas Suci tekad

“Rasa macam nak buat calon isteri. Tapi bila fikir-fikir balik... Awak ni banyak sangat nak kena repair. Muka dah lulus. Tapi bahasa tu kena ubah sikit. Gaya awak cakap tak sesuai dengan perkataan ‘aku’. Sebab tu saya rasa kena fikir balik nak buat calon wife saya atau tak,”

“En. Alif tak payah susah-susah nak fikir. Sesuai ke, tak sesuai ke... Aku peduli apa. Kalau sesuai pun aku tak nak, kalau tak sesuai pun aku tak nak dengan En. Alif,” Suci terus bangun.

“Salah ke saya nak kawan dengan awak Suci?” Alif mengekori langkah Suci.

“Tak salah. Tapi yang salahnya, bila kau paksa aku kawan dengan kau. Kalau aku rasa aku nak kawan dengan kau. Aku cari kau. Okay? Tapi kalau aku tak cari, maknanya aku tak nak kawan dengan kau. Kau tak payah nak cari aku lagi. Maybe aku tak berapa berminat nak kawan dengan kau,”

Langkah Alif terhenti. Dia membiarkan Suci berlalu tanpa membalas kata-kata Suci. Dia diam membatu. Suci pula terus laju mengorak langkah. Langsung tidak menoleh ke belakang lagi. Biarlah dia.

Tiba-tiba handphone kesayangan Suci berbunyi. Meseg dari abang. Suci tersenyum sebaik sahaja membaca meseg ringkas itu. Abang nak datang sini hujung minggu ni. Seronoknya! Suci sememangnya rindukan abang. Sebulan lamanya dia tidak berjumpa abang. Dia rasakan seperti sudah setahun. Terseksa. Tapi... Dia teringat sesuatu. Hujung minggu ini dia ada latihan teater. Aduh!

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...