Tengahari tadi sempatlah saya menghadirkan diri kat majlis perkahwinan kawan saya masa sekolah dulu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tema dia warna ungu pekat tau. Sama dengan warna baju yang saya pakai dan alas meja makan kenduri tadi. hehehe
Macam biasalah, bila dah datang kenduri kahwin kawan-kawan sekolah..makanya jumpa jugalah ramai kawan-kawan lain masa sekolah dulu. Tapi saya tak sempat berbual panjang. Sebabnya perut dah sangat lapar. Salam-salam dorang dan terus serbu makanan. :D
Tapi saya perasan, kat hujung barisan meja tu adalah seorang hamba Allah ni. Mak ai, langsung tak mahu pandang saya. Jeling pun tak. Keras je kepala dia mengadap tempat lain. Eleh, mamat ni. Nape ntah! Sakit tengkuk kot...
Saya buat tak pedulik. Saya pun makan je dengan pakwe. Sambil praktis cara makan beradap nanti. Kih3...Tak ada, yang ni tipu je.
Tengah makan-makan tu, lalu pula seorang hamba Allah. Dari jauh lagi kami dah sama-sama pandang. Tapi ingat bila dah dekat nanti barulah nak senyumkan. Tapi bila dia lalu je depan meja saya, dia pandang depan je. Langsung tak mahu toleh kat saya. Ceh! Yang sorang ni pun sama. Sakit tengkuk juga ke???
Huh... Saya terus terfikir. Rupa-rupanya lelaki ni lebih kuat berdendam. Lebih susah nak memaafkan. Lebih melebihi kawan-kawan. Betul ke?
Yang sorang tu saya tahulah kenapa. Tapi kisah tu dah terlalu lama. Tak boleh ke dia lupakan je dan kalau tak mahu berkawan dengan saya pun tak apa. Tapi senyum sikit pun dah ok. Yang sorang lagi tu, memang saya tak faham langsung. Kalau saya ada buat salah pun, itu dengan kawan dia. Bukan dengan dia. Sedangkan saya dengan kawan dia pun steady je kawan lagi. Ni dia pula yang emosional lebih. Apa kes?
Agaknya betullah kan lelaki ni kuat berdendam. Eh, bukan lelaki kat luar tu. Tapi 'lelaki' yang saya cerita tadi lah. Yang kat luar tu semua baik-baik. Korang jangan salah faham eh. Hee~ ✖‿✖
huhu . 2 nama ny lelaki ego
ReplyDeletepeace v.V =)
hahahaa.. lawak ar bib
ReplyDeletetp kan mmg lelaki kuat berdendam.. huhuhu
lelaki tu tak dendam tp tak juga lupa,..haha,..!~
ReplyDeletehahaha...
ReplyDeletedepend gak..setngh laki memg kuat berdendm
hahaha