Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Monday, December 6, 2010

..." i was a bit l0st when u were n0t ar0und "...

Hari ni memang sangat penat berjalan. Eh, silap...bukan hari ni je. Dari semalam lagi saya dan pakwe gigih berjalan. Sebab terpedaya dengan komen member-member yang bercerita tentang filem ngangkung tu best. Dan semalam, saya dengan pakwe singgah jap tengok filem ni. Panggung memang penuh. Dari awal hingga akhir panggung tak pernah sunyi. Cerita ni memang lawak dan tak membosankan. Sangat seronok.

Dan hari ni kami sambung berjalan lagi. Bak kata pakwe, berjalan sampai muntah. Aik, tapi tak muntah pun! :P

Gambar atas ni kitaorang baru balik dari kenduri kahwin sorang member. Singgah jap beli aiskrim. Saya tak tahulah kenapa pakwe beraksi terlalu s0pan dalam gambar ni. hahaha

Itulah pakwe. Orang yang sentiasa ada bila saya perlukan. Telinga yang selalu saya pinjam untuk dengar segala cerita dan aduan-aduan rakyat saya. Semua cerita boleh cerita dengan pakwe ni. Termasuklah cerita-cerita dengan ex bf saya yang dulu. Pakwe rileks je dengar. kih3

Saya senang bila mengadu dengan pakwe. Sebab bila time saya mengadu tu, walau dia tahu saya salah sekali pun... Dia tak akan terus cakap saya yang salah. Dia akan iyakan semua cerita-cerita saya. Konon-konon dia menangkan sayalah. Tapi bila saya dah cool dua tiga hari lepas tu, barulah dia akan buka cerita tu balik...dan barulah dia akan cakap mana salah saya. Tapi masa tu saya dah jiwa tenang. S0, boleh jelah terima apa je teguran.

Pakwe memang selalu ada bila saya cari. Selalu temankan saya. Walaupun kitaorang memang dan pasti akan sesat jalan. Dua-dua buta geografi. Saya selalu tanya dengan pakwe, nanti dah kahwin selalu juga ke nak teman-temankan ni? Laju je pakwe jawab..

" Tak!"

Terus terang sangatkan pakwe ni? Ceh~ hahaha

Bila saya dengan pakwe, mesti saya terfikir kata MakSiti...

"Perempuan kena cari orang yang lebih sayangkan kita. Sebab perempuan perlu dijaga. Dan lelaki yang perlu menjaga..."

Sebab tulah saya pilih pakwe. Sebab pakwe lebih menjaga. Bukan dijaga. Dan saya rasa lebih istimewa.

Saya tahu, suatu hari nanti pakwe akan penat juga layan kerenah saya. Tapi sekurang-kurangnya dia pernah mahu melayan dari langsung tak melayan. Kan?

Saya nekad. Saya mahu tutup saja cerita kawan saya yang saya kongsikan pada entry sebelum ni. Saya nekad. Saya tak mahu lagi terus memohon maaf. Sebab dah terlalu banyak saya pohon maaf dari mulanya kisah kami hinggalah akhirnya. Dia kata seronok tengok 'lakonan' saya. Buat dia tersenyum. Kiranya saya ni pelakon yang baik jugalah kan? Sehebat Lisa Suriani mungkin. Bolehlah share award dengan dia.

Penatlah dengan ni semua. Dan saya dah tak kisah pada sekali pun katanya. Anggapannya. Terpulang. Tuhan lebih tahukan hati kita?

Jadi dia tak berhak untuk menghukum saya. Dan saya juga tak mahu menghukum dia. Kalau dia nak isytiharkan perang. Peranglah sorang-sorang.

Jom tidur!

2 comments:

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...