Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Wednesday, December 15, 2010

...Andainya Dia Tahu -10...

“ALIF... ” sapa Suci.

“Yup! Cik Suci?” Alif memandangnya seperti biasa. Seperti sebelum-sebelum ini tidak ada apa-apa yang berlaku antara mereka. Seperti dia langsung tidak terasa dengan kata-kata Suci tempoh hari.

“Hari Ahad ni aku tak dapat datang latihanlah. Ada hal sikit,” kata Suci takut-takut.

Okay!” Alif tersenyum dan terus berlalu.

Suka terkedu. Senang gila mamat ni. Dia tak banyak soal pun. Mesti dia terlalu sayang kat aku kot. Sampai tak mampu nak halang apa saja yang aku nak buat. Nak datang latihan ke... Tak nak datang ke... Best! Best!. Bisik Suci dalam hati.

Alif berpaling. “Tapi aku lupa nak cakap dengan kau. Kalau hal kau hujung minggu ni teramatlah penting antara hidup dan mati, baru kau tak payah datang latihan. Tapi kalau setakat hal yang remeh temeh tu, rasanya tak patut kot kau ponteng latihan. Kan? ” kata Alif agak kasar kali ini.

Suci sedikit terkejut. “Kalau hal tu tak berapa penting, dan aku tetap tak nak datang latihan. Kau nak buat apa? Nak buang aku? Buanglah. Kalau setakat nak tuang air tu, tahun depan aku datang uji bakat lagi untuk watak tu juga,” Suci tersenyum manja. Sengaja mahu disakitkan lagi hati Alif.

“Idea yang bagus. Tapi, tukang tuang air pun kena berdisplin. Kerja tetap kerja. Okay sayang?” soal Alif.

“Baiklah sayang,” Suci terus berlalu. Malas mahu bertekak dengan Alif. Dia tidak akan menang. Dia akan sentiasa kalah. Lelaki memang ego. Cakap mereka saja yang betul. Cakap orang lain semuanya salah. Semuanya tak betul.

Hari-hari yang Suci lalui di sini sememangnya banyak mengubah dirinya. Dia menjadi seorang yang lebih pendiam. Tak banyak cakap. Keseorangan. Jiwanya kosong. Semangat untuk belajar semakin lama semakin hilang. Hilang tidak tahu ke mana. Suci mahu pulang. Mahu pulang kepada kawan-kawannya. Kawan-kawan yang menggembirakan. Suci mahu pulang kepada keluarganya. Keluarga yang mengambil berat tentang dirinya. Dia mahu pulang kepada orang yang menyayangi dirinya. Orang yang banyak mengajar Suci erti kehidupan yang sebenar.

Tetapi Suci sedar. Segalanya sudah berubah. Dia sudah jauh dengan mereka. Suci perlu lebih berdikari. Bukan lagi jadi seperti dahulu. Emak selalu berpesan kepada dirinya setiap kali Suci lahirkan rasa kesunyiannya di sini. Kata emak, dia perlu belajar hidup berdikari. Dia perlu belajar hidup di tempat orang lain. Dia perlu pandai sesuaikan diri. Kata emak lagi, nanti esok-esok kalau kita mati pun kita akan keseorangan. Tiada siapa yang sudi temankan kita. Kalau ada pun, itu semua di luar kemampuan kita.

Setiap kali Suci berasa sedih. Setiap kali dia mahu menangis. Setiap kali dia rasa kepayahan, kesunyian dan kekosongan kerana keseorangan di sini, pesanan emak itulah yang akan membakar semangatnya kembali untuk terus bangun daripada segala kesedihan. Pesanan emak itu jugalah yang membuatkan dia terus di sini. Berpijak pada bumi yang nyata. Terima kasih emak.

********

TUTT... Tutt...

Handphone Suci berbunyi. Ada meseg. Mesti meseg dari abang. Dia bingkas bangun mendapatkan handphonenya di atas meja.

“Sayang buat apa tu?”

“Sayang?,” Suci bersuara pelahan. Hairan. Siapa pula yang hantar meseg sayang pada dirinya ni. Salah nombor agaknya. Dia tidak menghiraukan pesanan ringkas itu.

Suci meletakkan kembali handphonenya di atas meja. Dia terus merebahkan badannya. Suci berasa malas untuk study malam ni. Kepalanya runsing. Alasan apa yang dia perlu gunakan untuk bagitau pada abang bahawa dirinya tidak boleh berjumpa dengan abang pada hujung minggu ini. Dia ada latihan teater. Mesti abang marah. Mesti abang fikir Suci tidak mempedulikan dia lagi.

Suci pening. Tidak tahu cara bagaimana mahu menjelaskan perkara ini kepada abang. Selama ni dia yang beriya-iya menyuruh abang datang melawatnya di sini. Dan kini, dia pula yang tidak boleh berjumpa dengan abang tatkala abang sudah ada masa untuk datang ke sini jumpanya. Pasti abang akan marah.

Suci mesti berjumpa abang hujung minggu ini. Temujanji ini tidak boleh dibatalkan. Dia rindu pada abang. Hampir sebulan mereka tidak berjumpa. Banyak perkara yang mahu diceritakannya kepada abang. Dari A sampai Z dia mahu kongsikan dengan abang. Suci mahu meluahkan segalanya. Mungkin boleh berkurangan sedikit tekanan dirinya nanti. Jika perlu, mungkin dia patut ponteng latihan teater nanti. Suci sudah tiada cara lain. Dia nekad.

Abang antara orang yang paling penting dalam hidup Suci. Mana mungkin dia sanggup mengecewakan abang. Sakit hati abang, sakit hatinya juga. Kecewa abang, dia juga akan turut kecewa. Abang rasa sedih, Suci juga akan rasa sedih dan kadang-kadang dia yang lebih-lebih sedihnya. Dia akan menangis. Bila abang lihat Suci menangis, abang mesti ketawa. Abang selalu cakap yang Suci ini terlalu emotional. Orang lain sedih sikit. Suci yang beriya-iya menangis. Macam budak-budak. Mereka sering bergaduh kerana itu. Suci mesti akan merajuk setiap kali abang mengejeknya begitu.

Tetapi rajuk Suci pada abang tidak akan berpanjangan. Dia tidak suka buat abang rasa runsing. Suci tidak suka buat abang rasa susah. Susah kerana mahu memujuk dirinya. Merajuk sikit-sikit sudahlah. Itulah kata hati Suci setiap kali bila dia sedang merajuk. Kadang-kadang Suci ketawa sendiri. Nak merajuk, tapi tak sampai hati. Boleh ke macam tu? Entahlah… Tetapi itulah manusia. Kalau dah sayangkan seseorang, ego sendiri dipijak-pijak. Tak mengapa, janji abang bahagia.

Sunyi rasanya bila hidup berjauhan dari abang. Tetapi Suci sedar, sampai bila dia mahu bergantung pada abang. Susah juga kalau asyik bergantung pada orang lain. Dia perlu berdikari. Tidak boleh asyik mahu mengharapkan orang lain. Namun sumpah, memang sengsara dia rasakan hidup tanpa abang. Semuanya dia perlu lakukan sendiri. Kalau dulu, cakap saja dia mahu ke mana. Tidak sampai 5 minit, abang sudah tercegat di depannya. Itu yang membuatkan semakin hari Suci semakin menyayangi abang. Abang juga pasti tahu sedalam mana sayang Suci padanya.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...