Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Sunday, December 12, 2010

...Andainya Dia Tahu -7

PENATNYA. Badan Suci betul-betul terasa penat. Seperti baru pulang berjuang. Padahal masa berlatih teater tu Suci hanya perlu membawa dulang air, ikut puteri pusing-pusing taman, buat-buat berborak dengan puteri. Hmmm…itu aje! Tapi penatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Pelik betul.

Nasib baik watak aku tak banyak untuk teater ni. Taklah aku jumpa mamat sorang tu. Menyampah betullah tengok dia tadi. Berlagak betul. Cara aku bawa air pun dia nak sound. Entah apa-apa betul. Nak lepas geramlah tu… Suci bermonolog sendirian.

“Woiiii!”

“Mak kau!” jerit Suci terkejut. “Kau ni apehal ni?”

“Tak ada apahal pun. Saja nak kacau kau. Dari tadi aku tengok mengelamun je… Kenapa? Cakaplah… Mana tahu aku boleh tolong, ”

“Tak ada apa,” jawab Suci ringkas.

“Cakaplah dengan aku. Kau ni sombong sangatlah Suci. Walaupun aku ni laser, tapi hati aku baik tau.”

“ Aku tahu,” Suci terus berpaling dan terus pejamkan matanya. “ Aku penat. Aku nak tidur,” sambung Suci lagi. Suci memang betul-betul letih saat ni!

Linda terus berlalu meninggalkan Suci. Mungkin dia terasa hati dengan sikap Suci yang dingin. Sebenarnya bukan Suci tidak mahu berkawan dengan Linda. Tetapi kadang-kadang, kata-kata Linda betul-betul mengguris hati Suci. Mungkin bukan sekarang masa yang sesuai untuk dia dan Linda memulakan bibit-bibit persahabatan mereka. Mungkin suatu hari nanti bila hatinya sudah boleh menerima Linda dan memahami sikap sebenar Linda.

Siapa yang tidak mahu berkawan. Difahami dan memahami. Tentu seronok jika kita boleh berkongsi suka duka dengan insan yang bergelar sahabat dikala kita berjauhan dengan keluarga. Sahabatlah satu-satunya insan yang paling hampir ketika berjauhan dengan keluarga. Namun, Suci tidak mahu terlalu gelojoh memilih sahabat. Dia perlu berhati-hati. Dia tidak mahu tersalah pilih kerana takut ia akan mengundang penyesalan suatu hari kelak.

Petang itu Suci terlena. Memang jelas dia benar-benar penat. Pintu bilik di buka. Suci terus terjaga dan menoleh kearah pintu itu.

“Lamanya puteri kita ni tidur ya. Ada mimpi jumpa putera?” tegur Linda.

Suci tersenyum. “ Ada! Putera tu siap mintak alamat kau lagi.”

“Kau bergurau dengan aku ke ni? Sejak bila dah nak berlawak ni?” soal Linda hairan.

Suci terus ketawa dan bangun menuju ke bilik air untuk mandi tanpa mempedulikan Linda yang masih lagi terpinga-pinga. Bukan dia saja yang hairan. Suci juga berasa hairan.

Macam mana aku boleh nak berlawak pula dengan minah sorang ni. Terkejut betullah. Mimpi apalah aku senja-senja ni. Suci senyum sendirian.

“Kau dah makan?” soal Suci sebaik sahaja selesai solat Maghrib.

Linda menoleh. “Belum lagi.”

“Jom pergi makan. Aku laparlah. Aku teringin nak makan kat kedai makan kat hujung jalan tu. Aku tengok tiap-tiap malam ramai student makan kat sana. Nak tak?”

“Aku sebenarnya banyak kerja ni… Tapi tak apalah demi kau. Aku sanggup tidur lambat malam ni. Janji kau nak kawan dengan aku. Aku bukan apa, aku jelaous tengok budak-budak bilik lain. Semuanya mesra je. Bukan macam kita,” luah Linda

“Iyalah-iyalah… Aku mintak maaflah kat kau. Kau tu laser sangat. Mana aku nak tahan. Aku nikan budak sastera. Jiwa sensitif beb!” Suci ketawa.

“Aku pun macam tu jugak. Manalah aku tahu kau tu sensitif. Aku janji tak laser lagi. Kalau laser pun sikit-sikit je. Boleh? ” Linda menyengih.

Mereka sama-sama ketawa.

Lawak jugak budak Linda ni. Mereka terus bersiap. Sambil berjalan kaki menuju ke kedai makan itu banyak yang mereka bualkan. Linda sebenarnya seorang yang kelakar. Suci mula seronok berkawan dengan Linda. Tapi sayang. Mereka tidak sealiran. Kalau tidak, sudah tentu Suci tidak akan keseorangan lagi di dalam kelas.

Sebaik sahaja tiba di kedai makan itu, mereka mengambil tempat di meja yang berhadapan dengan televisyen. Cerita kegemaran Suci sednag ditanyangkan. Bestnya dapat tengok!

“Beranganlah tu nak jadi puteri!” tegur Linda sambil mencubit Suci.

“Aduh! Sakitlah…Bisa betul. Ala, apa salahnya. Biarlah. Aku berangan nak jadi puteri bukan berangan nak jadi macam kau.” Suci ketawa kecil.

“Beranganlah banyak-banyak. Aku nak makan. Kau kalau nak tengok tv pergi baliklah. Aku nak pegi order ni. Kau nak makan apa? ”

“Aku nak air limau ais dengan bihun sup ek!”

Linda terus bangun dan meninggalkan Suci bersama dengan angan-angannya.

Selepas selesai sahaja makan mereka terus berjalan pulang ke hostel. Sampai sahaja di hostel, Suci terus menanggalkan kain tudungnya lalu melabuhkan badan ke atas katil. Kenyang dan mengantuk. Itulah situasi Suci sekarang. Jika diikutkan mahu sahaja dia tidur. Tetapi Suci sedar terlalu banyak assignment yang sedang menanti untuk dia siapkan. Malasnya!

“Linda,” Sapa Suci manja.

“Kau nak apa manja-manja ni?”

“Kau kenal tak mamat yang jadi pengarah teater yang aku berlakon ni?” tanya Suci. Tapi kenapa pulak aku tanya pasal mamat ni???

“Budak semester 3 tu ke?” tanya Linda pula ingin kepastian.

“Manalah aku tahu Linda Martopo oi! Tapi orang panggil dia Alif” terang Suci sambil mencebikkan mulutnya. Meluat betul bila sebut nama mamat tu!

“Oooo.. budak tu. Kenal sangatlah aku. Classmate akulah. Apsal plak kau tanya pasal dia ni? Kalau kau nak tahu, dia tu bukannya ada perasaan kat perempuan. Mana ada budak perempuan yang dia layan,” Linda terus bangkit dan berlalu. Air mukanya terus berubah. Seperti ada yang tak kena.

Suci jadi terpinga-pinga. Kenapa pulak Linda ni yang emosional lebih. Pelik. Memang pelik. Dia tak habis lagi bertanya. Tetapi kalau betullah apa yang Linda cakapkan tadi, kenapa pulalah Alif tu nak layan dirinya?

Bersambung...

2 comments:

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...