Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Sunday, December 19, 2010

...Andainya Dia Tahu -14...

KRINGGGG.......

“Oi, memekak jelah jam kau tu!” Linda membaling bantal ke arah Suci.

“Semester baru ni aku dah buat azam barulah Linda. Nak bangun awal,” Suci ketawa kecil.

“Banyaklah kau punya azam baru. Bising tau tak. Sakit telinga aku ni. Elok kau buat azam lain sebelum jam loceng kau yang besar tu hancur aku campak dari tingkat lima ni,” gertak Linda.

“Ala kau ni, nanti lama-lama nanti kau biasalah. Lecehlah dia ni. Suka nak marah-marah aku. Ingatkan cuti dua bulan hari tu, adalah rasa insaf sikit bila berjauhan dari aku. Ini tak...,” Suci mengalih pandangannya ke arah tingkap.

“Cuti dua bulan ni memang teramat best Suci. Sebab aku tak adalah asyik tengok seorang budak yang lembik yang sikit-sikit menangis. Udara dan persekitaran aku jadi lebih nyaman, aman, sihat dan tenteram,” Linda ketawa. Berjaya mengusik Suci.

“Iyalah,” jawab Suci ringkas. Malas mahu berdebat dengan Linda.

Sememangnya dari dulu Suci malas mahu memanjangkan cerita. Mahu berdebat dengan Linda. Dia tidak begitu suka untuk membesar-besarkan perkara yang kecil. Lagipun Suci memang sudah sedia maklum dengan mulut Linda yang laser itu. Dia sudah tidak begitu mengambil kisah dengan kata-kata yang keluar dari mulut Linda.

Sudah seminggu berlalu di semester yang baru. Ini tahun kedua bagi suci. Begitu cepat masa berlalu. Tapi tidak begitu banyak yang berubah. Suci masih seperti dulu. Tidak begitu seronok dengan persekitaran tempat dia menuntut ilmu. Biarlah. Jangan toleh kebelakang lagi. Dia harus tetap melangkah ke hadapan.

Kata-kata abang dan pesanan dari keluarganya tetap tersemat segar diingatan Suci. Masih dia ingat bagaimana abang cuba berusaha memujuk dirinya untuk terus bersabar dengan dugaan di sini. Sebulan cuti semester dihabiskan bersama abang. Tidak banyak benda yang Suci lakukan. Selain berjumpa dengan abang.

Semasa semester dua, Suci tidak begitu bergerak aktif di universiti. Itu semua kerana dia telah hilang semangat akibat kejadiaan dia dimarahi oleh Alif. Namun, pada semester tiga ini, Suci mula mahu bergerak aktif semula. Dia tidak mahu duduk sahaja. Pergi dan pulang kuliah seperti biasa tanpa melakukan sebarang aktiviti sampingan. Suci bosan begitu. Dia mahu menyertai semula sebarang aktiviti sosial. Dia jemu duduk sahaja di biliknya. Lagipun, aktiviti sampingan sebegitu amat penting untuk menambahkan lagi nilai kemahiran insaniah bagi dirinya.

Minggu pertama disemester ini berlalu dengan baiknya. Kelas-kelas pada semester kali ini semuanya yang Suci gemari. Dia berasa sedikit selesa. Walaupun dia keseorangan di dalam kelas. Bukannya tiada rakan sekuliah yang menegur dirinya, namun, Suci lebih selesa bersendirian. Suci tetap berkawan dengan mereka. Tetapi tidaklah begitu rapat. Cukuplah sekadar kawan-kawan biasa sahaja.

“Pergi mandilah,” tegur Linda mematikan lamunan Suci.

“Aku tak ada kuliah hari ni. Hari tidur sedunia,” Suci senyum.

“Dah tu, yang kunci jam pehal? Nak kejut seluruh dunialah? Nak berkhidmat untuk masyarakatlah ni?”

“Hmm... Aku dah berjaya berkhidmat untuk kau pun dah cukup bangga dah aku rasa Linda. Kira aku dah berjaya,” Suci tersenyum lagi.

“Banyaklah kau. Nak berkhidmat untuk aku konon. Siapa yang selalu kejutkan siapa ni?” soal Linda.

“Dahlah. Malas aku nak layan kau. Aku nak pergi mandi. Then, aku nak pergi lepak-lepak kat library jap hari ni,” Suci terus bangun menuju ke bilik air untuk mandi.

******

LANGKAH Suci tiba-tiba terhenti. Dari jauh dia terpandang seseorang. Dia kenal dengan pemilik tubuh tinggi lampai itu. Sudah agak lama dia tidak melihatnya. Semenjak hari terakhir pementasan teater setahun yang lalu.

“Hai Suci,” pemilik tubuh tinggi lampai itu menyapanya.

Suci senyum sebagai tanda membalas sapaannya. Mulutnya tertutup rapat. Suci gagal bersuara. Alif banyak berubah. Wajahnya nampak lebih kacak berbanding dahulu. Mungkin imej baru. Imej yang lebih bersih.

“Lama kita tak jumpakan. Semester lepas langsung saya tak jumpa awak Suci. Terserempak pun tak. Ingatkan awak dah grade dulu dari saya,” Alif ketawa kecil.

“Agak kelakar,” Suci menjeling ke arah Alif.

“Sayakan memang suka menghiburkan hati awak dari dulu lagi. Dari awal semester satu sampailah sekarang. Dah semester tiga pun. Cuma masa awak semester dua saya tak ada kesempatan nak cari awak. Saya sibuk sikit,” balas Alif.

“Ada saya hairan?” Suci mengerutkan dahinya berwajah selamba.

“Awak rindukan saya tak Suci?” Alif cuba mengubah topik. Malas dia mahu melawan ego Suci. Dia tahu masih ada rasa marah Suci pada dirinya.

Suci tidak menghiraukan pertanyaan Alif itu. Dia malas mahu melayan karenah Alif. Karenah orang yang dia benci. Karenah orang yang buat-buat tak faham dengan keadaan. Karenah orang yang tak reti bahasa.

Melihat Suci yang hanya diam membisu, Alif tidak lagi mengekori Suci. Dia membiarkan Suci jalan berseorangan menuju ke perpustakaan. Malas dia mahu menambahkan lagi kemarahan Suci pada dirinya.

Namun jauh di sudut hati Alif, dia amat merindui Suci. Seorang gadis comel, seorang gadis yang lembut, seorang gadis yang berjaya menambat hatinya. Walaupun dia tahu, peluangnya untuk mendapatkan Suci agak tipis, namun, dirinya tak akan berputus asa. Dia sayangkan Suci walaupun Suci bersikap kasar dengan dirinya, namun sedikit pun tidak mendatangkan rasa benci pada Alif. Dia tahu, Suci bukan gadis yang begitu. Dia tahu, Suci seorang yang sangat lembut sebenarnya. Dari suara Suci, dia tahu Suci tidak kasar. Harapannya pada Suci sangat tinggi. Dia amat menyayangi Suci. Dari mana datangnya rasa sayang itu, dia sendiri tidak tahu.

Ketika ini, hanya satu yang bermain di kotak fikiran Alif. Bagaimana dia mahu mendekati Suci. Dia perlu menyusun strategi dan bukan lagi hanya berharap pada takdir. Dia perlu berusaha agar Suci mahu berkawan dengan dirinya. Dia tahu suatu hati nanti, hati Suci pasti berjaya dilembutkan olehnya. Dia yakin, hati Suci tidaklah sekeras mana. Sekeras-keras batu tetap akan berlekok dek titisan air. Dia masih ada peluang. Alif pasti.

Sebaik sahaja keluar dari library, Suci terus menuju ke bilik gerakan Kelab Kembara Alam. Dia ada terbaca iklan di papan kenyataan di library sebentar tadi. Suci rasa berminta untuk menyertainya. Ini peluang untuk dirinya aktif semula. Dia tidak mahu lagi mencuba bakatnya dalam bidang teater. Bukan dia sudah tiada minat dalam teater, namun dia takut kalau-kalau pengarah teater itu nanti masih sama. Dia tidak mahu sejarah berulang kembali. Kerana itu bukanlah suatu perkara yang amat mustahil untuk terjadi.

Selesai mendaftarkan diri, Suci terus diminta untuk masuk ke bilik mesyuarat kerana mesyuarat yang pertama akan bermula tidak lama lagi. Sebenarnya, tarikh penyertaan untuk kelab ini telah pun tamat. Dia hanya buka penyertaan selama tiga hari sajaha. Malu juga Suci dibuatnya. Sudah memang sikap dirinya, yang suka membaca notis sekerat jalan sahaja. Tidak baca sampai habis. Nasib baiklah kakak yang melayannya tadi, orangnya baik. Tetap menerima penyertaannya walaupun tempohnya telah tamat.

Suci terus menuju ke arah bilik mesyuarat seperti yang ditunjukkan olah kakak itu tadi. Sebaik tiba di situ, Suci mengambil tempat. Ramai juga ahli kelab yang sudah hadir. Kelab Kembara Alam ini adalah antara kelab yang paling terkenal dan antara kelab yang digemari oleh pelajar di universiti ini. Tidak tahulah mengapa. Suci tidak pasti. Mungkin kerana kelab ini menganjurkan banyak aktiviti luar yang lasak. Aktiviti-aktiviti sebegitu memang digemari oleh remaja masa kini. Mencabar minda dan fizikal mereka.

Pintu bilik menyuarat itu dikuak. Suci terus berpaling ke arah pintu itu. Tiba-tiba jantung Suci berdegup kencang. Suci melihat orang yang masuk ke bilik mesyuarat itu seorang demi seorang. Mungkin budak-budak senior atau ahli jawatankuasa yang menguruskan kelab ini. Tapi antara mereka yang masuk sebentar tadi, ada seseorang yang memang cukup kenalinya.

Macamanalah mamat ini boleh sama lagi dengan aku. Kemana aku pergi mesti ada dia. Ya Allah... dugaan apa pula kali ini? Suci mengeluh kecil.

“Semua boleh duduk ditempat masing-masing dan harap bertenang,” salah seorang dari mereka yang berada ditempat duduk hadapan bersuara. Mungkin mesyuarat sudah mahu dimulakan.

Suci hanya diam mambisu. Walaupun orang disebelahnya tidak henti-henti bercerita itu dan ini tentang kelab. Suci hanya mendengar sahaja. Dia merupakan salah seorang ahli kelab yang sudah agak lama menyertai kelab ini. Ceritanya memang menarik. Namun, hati Suci ketika ini tidak berminat untuk mendengarnya lagi. Hati Suci lebih berfikir tentang apa yang dilihat ketika ini. Suci hanya mampu tersenyum. Berpura-pura seperti mendengar ceritanya. Kalau ikutkan hatinya ketika ini, mahu sahaja dia menyuruh wanita di sebelahnya itu diam. Tapi dia tidaklah sezalim itu. Suci masih mengutamakan perasaan orang lain.

“Saya Efendy. Tapi anda semua boleh panggil saya Edy saja. Lebih mudah dan mesra,” Edy tersenyum lebar. Orangnya agak kacak.

Edy menerangkan tentang tujuan mesyuarat ini diadakan. Pertama, untuk memilih ahli jawatankuasa yang baru. Kedua, untuk menerangkan peranan dan fungsi kelab ini di peringkat universiti dan yang ketiga, untuk menyenaraikan segala aktiviti yang bakal diadakan untuk ahli kelab.

Sepanjang mesyuarat dijalankan, Suci hanya membisu seribu kata. Bukan sebab kurang berminat. Tapi hatinya kini tiba-tiba jadi tidak bersemangat. Sebaik sahaja dia melihat seseorang di hadapan. Hatinya memberontak untuk keluar dari bilik ini dan lupakan saja niat untuk menyertai kelab Kembara Alam ini. Tapi, dia tidak mahu sekali lagi membuat masalah seperti yang pernah dilakukannya ketika menyertai team teater dahulu. Cukuplah sekali dia memberi gambaran buruk tentang dirinya pada orang lain. Suci tidak mahu lagi dirinya dibenci oleh orang sekeliling. Lagipun, aktiviti-aktiviti kelab ini semuanya dirasakan seronok. Memang Suci berminat.

Tak akanlah sebab dia aku mahu lupakan lagi minat aku? Tak akanlah sebab dia aku nak terus terkurung dalam bilik? Tak akanlah semuanya disebabkan dia. Dia tu siapa sebenarnya dalam hidup aku. Dia tak ada kena mengena dengan aku. Biar jelah dia tu. Aku akan teruskan juga penyertaan aku ni. Aku tak akan tarik diri. Lagipun lama-lama nanti dia penatlah tu nak ganggu aku. Kata hati Suci. Dia membulatkan semangatnya.

“Suci Zulkifli,” tiba-tiba nama Suci dipanggil. Seperti terkena panahan petir Suci terkejut lalu terus bangun.

“Awak Suci Zulkifli?” soal Abang Edy lagi.

Suci hanya mengangguk pelahan. Mata Suci tiba-tiba memandang ke arah seorang lelaki yang sedang tersenyum kepadanya. Alif... Alif... Apa lagilah yang kau nak ni. Letihnya aku layan karenah kau!

“Tahniah Suci, awak dilantik menjadi AJK Kebajikan,” sambung Abang Edy lagi. Semua orang bertepuk tangan.

“Tapi Edy... tak masuk saya Abang Edy. Tak ada siapa yang calonkan saya. Macam mana pula saya tiba-tiba boleh terpilih?” kening Suci berkerut.

“Siapa kata tak ada? Itulah time meeting berangan lagi. President kelab yang calonkan kamukan. Tak dengar ke?” Abang Edy memandang Suci. Seperti menanti kata-kata seterusnya dari Suci.

“Tapi saya ahli baru. Macam tak berapa nak sesuai,” balas Suci.

“Ala Suci... Ahli baru biasalah tu pegang jawatan kecil-kecil dulu. Memang jawatan ini untuk ahli-ahli baru pun. Kalau kami nak semua jawatan di pegang ahli lama, tak adalah kami buat meeting panggil kamu semua,” Abang Edy mengangkat keningnya. Dia memang kacak.

Suci tersenyum dan terus duduk. Malas dia mahu mempertahankan diri lagi. Ini semua kerja budak Alif tu. Tak habis-habis nak buat Suci marah.

Suci memandang Alif tajam. Macam mana pulalah Alif boleh jadi President kelab. Buta agaknya orang yang calon dia tu. Kalau nak ikutkan Edy lagi kacak dari Alif. Tapi kenapalah Edy boleh jadi Naib President je? Pelik betullah. Enth-entah budak Alif ni dah bagi rasuah kot kat ahli kelab lain. Supaya ahli-ahli kelab semua sokong dia. Bukan boleh percaya sangat. Sebab kuasa manusia sanggup lakukan apa saja. Suci tersenyum sinis. Yakin dengan kata hatinya yang satu ini.

Tiba-tiba, Suci mula berasa gelisah memikirkan hal yang satu ini. Habislah aku kali ni. Memang teruk aku akan dimainkan oleh Alif sekali lagi. Mamat ni tak habis-habis nak kacau aku. Ada saja idea dia untuk kenakan aku. Tengok muka dia tadi memang muka orang yang berasa puas bila berjaya mengenakan orang lain. Apalah Alif ni, kenapalah dia pilih aku untuk jadi mangsa dia. Pilihlah orang lain. Ramai lagi gadis yang jauh lebih cantik dari aku. Aku ni biasa-biasa je pun. Tak ada yang istimewanya. Yang dia sibuk-sibuk sangat dengan aku ni tak tahulah kenapa. Pelik betul. Hati Suci berkata lagi. Dia tidak mampu lagi untuk memberi tumpuan kepada perbincangan di dewan ini.

Sebaik sahaja selesai mesyuarat, semua ahli kelab bersurai. Cuma yang diminta tunggu hanyalah ahli jawatankuasa yang telah dipilih tadi. Suci melangkah ke hadapan dengan lemah longlai. Dia melihat wajah-wajah ahli jawatankuasa yang lain, mereka semua seperti telah biasa bersama. Telah lama kenal. Hanya dirinya saja yang tidak mengenali sesiapa pun diantara mereka. Kecuali Alif. Dia memandang ke arah Alif. Alif nampak bersahaja. Langsung tidak menghiraukan kehadiran Suci. Kadang-kadang Suci sendiri benar-benar tidak faham dengan Alif. Sangat pelik.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...