Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Wednesday, December 15, 2010

Andainya Dia Tahu -11

“ABANG!” panggil Suci sebaik sahaja dia membuka pintu kereta.

Abang tersenyum. “Iya saya... Kenapa lambat? Dah dekat sejam abang tunggu adik dalam kereta ni tau tak. Dahlah panas. Adik tak kesian kat abang ke?” abang minta simpati.

“Kesian? Tak ada langsung. Padanlah muka. Siapa suruh tak pergi repair lagi aircond kereta abang ni? ” Suci menjeling ke arah abang.

“A’ahkan. Kerja abang ni cop duit. Bila nak repair apa-apa je, abang ambil kertas terus cop nanti jadilah duitkan?” abang menyindir.

“Ala, abang tu ada duit habis macam tu je. Orang suruh tukar kereta pun tak nak;”

“Hah! Buat muncung seinci. Sudah-sudah tak payah nak tarik muka. Kalau tahu tadi adik sambut abang macam ni, tak ingin abang datang tau. Baik duduk kat rumah tidur. Pasang kipas kuat-kuat. Badan pun tak berpeluh macam ni,” abang berpaling ke arah Suci.

“Iyalah-iyalah... Sorrylah. Adik tahu adik salah. Nanti hari raya adik minta maaflah kat abang. Mintak maaf sambil nangis-nangis. Sadis punya situasi,” kata Suci sambil ketawa kecil.

“Itu kalau sempat nak minta...,”

“Sempat minta apa? Dah-dah tak payah nak mengarut. Adik dah lapar ni. Jom kita pergi makan dulu. Tak payah nak mengarut panjang-panjang. Makin mengarut, makin lapar perut ni,” cepat Suci mencelah. Malas mahu mendengar kata-kata abang yang tentu sekali boleh buat dia rasa sedih.

“Asyik lapar je budak ni. Asal jumpa je mesti nak ajak makan dulu,” rungut abang.

“Biarlah. Dah lapar, makanlah. Takkanlah lapar nak tidur pula,”

Bersambung...


No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...