Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Saturday, December 25, 2010

...Andainya Dia Tahu -16...

“SEMUA kumpulan dah cukup ahli? Kalau dah cukup kita boleh panggil berkumpul semuanya. Hari pun dah petang dah ni,” soal Alif pada Edy.

“Dah,” angguk Edy laju.

“Kau uruskanlah. Aku nak masuk dalam group. Group aku best,” Alif mengelip mata pada Edy.

Dia berlari ke arah ahli kumpulannya. Alif terus mengambil tempat di sebelah Suci. Suci langsung tidak menghiraukan Alif yang berada di sebelahnya. Makin dilayan Alif, makin dia runsing.

Edy di depan memberikan taklimat kepada para peserta. Sesekali dia akan menanyakan Alif jika ada perkara lain yang Alif hendak sampaikan. Setiap kali itu jugalah Alif akan menggelengkan kepalanya. Setiap kali itu juga Alif akan menyoal Suci. Kalau-kalau ada perkara yang ingin Suci sampaikan. Suci mula hairan. Dia hanya AJK biasa. Bukannya berjawatan tinggi.

Tindakan Alif itu telah membuatkan ada antara peserta lain yang berasa meluat melihat Suci. Mungkin mereka cemburu. Ada yang sudah mula menjeling apabila memandang Suci. Ada juga yang tidak menegur sapa langsung dengan Suci. Suci mula berasa tidak selesa. Dia sedih dengan situasi itu. Bukan dia yang minta dilayan begitu istimewa. Alif lakukan dengan rela hati. Kalau boleh, Suci juga tidak mahu dilayan sebegitu rupa. Dia tidak mahu orang sekeliling memandang serong kepada dirinya.

“Suci tak makan ke?” soal Alif.

“Tak apalah,” jawab Suci.

Hati Suci ketika ini tidak begitu seronok. Semenjak sampai ke sini hinggalah kini tiada siapa yang sudi menegur dirinya. Kalau ada yang menegur pun, peserta lelaki. Peserta wanita semuanya buat endah tak endah saja dengan dirinya. Bukan Suci tidak menegur mereka. Setiap kali Suci cuba mendekati mereka, mereka seperti kurang senang dengan kehadiran Suci. Sepatah ditanya, sepatah mereka jawab. Suci dapat mengagak yang mereka semua memang tidak menyukai Suci. Kalau ada peserta wanita yang menegur pun, mereka menegur biasa saja. Selepas itu terus berlalu dengan ahli kumpulan mereka.

Suci tahu, kebanyakkan peserta kem kali ini kebanyakkannya sudah mengenali antara satu sama lain. Mereka sudah biasa menyertai kem bersama-sama. Hubungan mereka juga rapat antara satu sama lain. Cuma Suci sahaja yang benar-benar terasing. Suci dapat rasakan bahawa dia terpilih untuk ke kem ini juga bukan kerana nasibnya baik tetapi kerana Alif yang memilihnya. Alif paling berkuasa dalam kelab ini, sudah pastilah sebarang kata dan keputusan Alif mereka terpaksa menerimanya.

Kalau bukan kerana Alif, memang agak mustahil dia terpilih. Sudah pastilah yang dapat menyertai kem ini adalah daripada rakan-rakan ahli yang rapat saja dengan “orang kuat” kelab ini.

“Nah, makan ni. Saya tahu awak lapar,” Alif menghulurkan sepinggan nasi kepada Suci. Mematikan lamunan Suci.

“Saya tak tahu awak suka makan apa... Saya ambillah semua lauk,” sambung Alif lagi. Mungkin dia perasan dengan air muka Suci yang berkerut memandang pinggan di depannya itu.

“Terima kasih,” Suci terus menundukkan kepalanya.

“Dahlah... Jangan menangis. Kalau dorang semua tak mahu kawan dengan awak, sayakan ada. Sebab itulah saya letakkan kita satu kumpulan. Dan sebab itu jugalah saya tak mahu menguruskan kem ini. Saya nak jadi peserta. Saya nak jaga awak.”

Alif menyuapkan nasi ke mulutnya. Langsung tidak di hiraukan Suci yang sedang menahan tangisnya.

“Makanlah. Jangan menangis lagi. Nanti orang lain ingat saya cubit awak pula. Buruklah reputasi saya,” Alif ketawa kecil.

Suci mengesat air matanya. Dia memandang Alif yang sedang makan bersungguh-sungguh. Mungkin Alif sangat lapar saat ini.

“Lepas ni tak payahlah makan dengan aku... Nanti apa pula kata dorang,” Suci bersuara perlahan.

Dia bukan tak sudi mahu makan bersama Alif. Lagipun pada ketika ini hanya Alif seorang saja yang sudi berkawan dengan dirinya. Kalau tak ada Alif susah juga. Tapi Suci tak mahu peserta lain bertambah benci kepadanya. Biarlah tiada kawan, mungkin itu lebih baik untuk meredakan keadaan.

“Tak payah fikir bukan-bukan. Makan jelah. Saya nak habis dah ni... Lambat tinggal!” sekali lagi nasi masuk ke dalam mulut Alif.

Selesai sahaja mereka makan, Alif dan Suci terus meninggalkan ruang makan. Mereka menuju pula ke dewan tempat semua peserta akan berkumpul setiap kali untuk melakukan aktiviti indoor.

Seperti yang Suci sangkakan, langkah mereka berdua diperhatikan oleh semua peserta. Mereka berbisik sesama sendiri. Tapi ada juga yang tak ambil kisah sangat.

“Sebelum kita memulakan aktiviti, ada satu pembaharuan yang ingin saya beritahu kepada anda semua. Mulai sarapan kita esok hari, anda semua diminta untuk makan dalam kumpulan. Nanti bolehlah mesra sikit dengan ahli kumpulan,” kata Edy sebaik sahaja semua peserta sudah mengambil tempat di dalam dewan itu.

Alif memandang Suci. Dia tersenyum.

Bersambung...

1 comment:

  1. salam....singgah kali pertama,

    follow ur blog....:)

    **147

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...