Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Wednesday, November 30, 2011

...Tempek gambar dulu...

Hai korang... nak tahu tak sesuatu? Tetiba update terus nak main teka teki kan? =p

Saya sebenarnya terlupa password. hahaha... Tu yang blog mati kutu tu. Hee~ Tapi sebenarnya saya sekarang ni tengah sibuk sikit. Sibuk bulan madu. Kalau korang bulan madu pilih satu tempat je, tapi saya dan Suami pilih banyak tempat. Hajat kami nak keliling Malaysia ni. Di mulakan dengan Johor. Then akan terus tuju ke Perlis, Kedah dan Langkawi next week. Lepas tu ke Melaka. Adoi...kena pecah tabung lagi ni. =p

Ok korang. Saya tempek kan dulu gambar majlis bertandang dan berinai. Nanti cerita kemudian ok. Bye.



Gambar ni je yang ada sekarang. hahaha


Tak suka dengan baju Suami. :'(


Kita orang kahwin beramai2...


Tuesday, November 15, 2011

...Dah tawen =p...



Sudah selamat menjadi isteri orang.

Perasaan?

Sangat seronok.

Tq pada semua yang sudi hadir.

Nanti baru review semua-semuanya ok.

Sekarang ni penat tak hilang lagi. =p




Thursday, November 3, 2011

...Kad dah selamat sampaikan?...

Salam korang.

Kesian dekat blog ni kan. Dah macam tak ada tuan dah saya tengok.

Korang, terus terang saya bagitahu ni..MEMANG sangat tak sempat nak layan blog2 ni. Nak terjah blog korang pun memang harapan sungguh. =p

Lagi seminggu je tarikh 'tu' nak tiba. hehehe...Tetiba mood gatal. Oh, ya.. Saya harap semua kad-kad yang saya dah poskan untuk B2B yang lain dah selamat sampailah ye hendaknya. Sorrylah, kad murah je. Harap sudi terima. ;)

Kalau ada kesempatan memang kehadiran korang sangat dinanti.

Yeayyy...Nak kahwin dah. Ops! haha

Sunday, October 23, 2011

...Baju kontroversi...

Hai korang.

Gigihkan saya update entry tengah2 malam ni? Uik, mestilah. Saya nak share pasal baju nikah yang sangat, sangat, sangat mencabarnya. =p

Tahu kenapa?

1st time pergi fitting, baju ni longgar sangat tang pinggang dan punggung. Then, mintalah tukang jahit tu kecilkan. Eceh, konon bajet kurus. Padahal ntah2 Cina tu yang salah ukur. haha.. Second time, pergi fitting lagi. Huh...Sedatnya. Mak aii, sesak nafas i!

Then suruh dia repair balik....Dan sekarang dah puas hati dah. Mencabar kan? Kalau baju ni boleh jerit mesti dia dah jerit dah. Sebab penat diperlakukan sebegitu. Maiii, usya2 sikit baju kontroversi tu. hehehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jeng..jeng...jeng...


Simple saja korang. Nampak tak manik2 macam ulat bulu tu? Manik tu warna PINK tau. Pink gelap2 sikit. Hee~ Tapi yang penting saya selesa fesyen ni. Dah siap test dah macamana nak duduk nanti. hahaha

Baju melayu Nunang pun dah siap. Tapi sedih sikitlah. Bukannya baju tu tak cantik. Tapi, warna bunga sulaman dia tak sama dengan warna tema saya. Dah 'ter'lari skit. Maybe, susah kot orang tu nak cari benang warna tu.
.
.
.
.
.

See..dah seakan2 warna ungu kan?

Huh...musnah harapanku untuk bertemakan pink!

Wednesday, October 19, 2011

..."Kahwin sekali je"...

Petang semalam berborak dengan seorang kawan sekolah saya. Dia pun baru je tamatkan zaman bujang. Bulan April lepas.

Macam-macam yang dia tanyakan. Tapi saya perhatikan setiap soalan yang saya jawab punya jawapan yang sama.

"Ala, tak apalah Fazlin...Kita kahwinkan sekali seumur hidup."

Asyik itu je jawapan saya. Yang saya perasanlah. Dan sekarang ni baru saya terfikir, sebab saya rasa macam tulah...Bajet saya dah jauh ke laut. haha

Serius korang.

Bajet saya memang dah LARI jauuuuhhhhhhhhhhhh sangat. Sampai tak terkejar. So, yang kejarnya Nunanglah. Sebab Nunang yang kena p0w. =p

Sorry Nunang.

Saya kahwin memang sekali seumur hidup. Awak lain lah. hehehe

Tuesday, October 18, 2011

...Berangan..Jom!...

Huh...dengan cuaca malam yang hening ni kan, saya nak ajak k0rang pergi ke alam fantasi. =p

K0rang, jom kita berangan sama2. Berangan nak dapat kek kahwin macam kat bawah ni.

.
.
.
.
.
.











Perggghhh...Memang menggugat keimanan B2b macam saya ni. Adoi...kalau nak realisasikan mahu bajet lari ke laut nanti ni. S0, terpaksalah lupakan. Lagipun kek kahwin saya, member baik yang sponsor. Tak kan la nak jadi kejam sangatkan nak demand yang mahal2 macam ni. hehe

Tapi, kalau k0rang MAMPU nak order kek kahwin yang macam kat atas tu. Saya sokong!

Sunday, October 16, 2011

...Saya dah menang!...

Hai korang.

Awal gilakan saya update hari ni. Mau taknya, ada cerita best. Sambung senyum semalam punya. Kali ni lagi, lagi dan lagi senyum sampai ke telinga. Jangan terkoyak mulut ni sudahlah. hehehe

Sebenarnya benda ni semalam lagi saya dah tahu. Tapi tak mahulah gelojoh sangat nak kasi kecoh-kecoh. Kang terperasan pula. S0, saya meseg dulu pada Fieyza nak confirmkan betul ke tidak.

Then pagi ni, Fieyza reply...

"u r d 1st winner lalinggggg! congrats!"

Oi mak aiii....Memang dah betullah yang menang tu saya. Hee~

Ok, mesti korang blur2 kan nak tahu saya ni menang apa? Intro je yang panjang. hahaha... Hari tu saya masuk dua contest kan. Punyalah nak cut bajet. Selagi ada contest semua saya nak masuk. Untung2 boleh dapat free... 1st contest saya masuk "Spread Love Contest" by Fieyza Hantaran dan second contest saya masuk "Photobooth Corner" by Dba.

Dua-dua contest saya menang. Eceh...berlagak ye? hehe

Tapi tak dua2 la menang hadiah utama. Ingat hebat sangat ke? Yang second contest tu saya just menang no 6 je. Tu pun sebab Dba kesian kot. Tapi tak kisahlah. Alhamdulillah. Tetap bersyukur. Tetap sendkan alamat kat Dba sebab nak hadiah tu. haha

Yang 1st contest ni yang buat saya senyum sampai telinga ni. Oh....Thanks Fieyza. Sebab buat saya hati bunga2. Fieyza kasi saya menang no 1 tau! No 1... Hadiah utama. Dapat bunga telur 30 batang bernilai Rm550. Gembira la kan. Sebab bunga telur yang saya beli sendiri pun tak cecah harga tu. hehehe

Gelak lagi. Senyum lagi. Ok, nak call Fieyza sekarang. Nak kasi alamat.

Gelojohkan? =p

Saturday, October 15, 2011

...Baju nikah bentuk senyum...

Ehem...Ehem..Ehem... (ok, kalau starting macam ni, ni menunjukkan saya tengah suka!)

Tengah senyum sampai ke telinga ni. Ada banyak perkara yang buat saya senyum. Pertama sebab hujung minggu depan Nunang nak balik sini. Uruskan segala bagai perkara yang belum terurus lagi. Banyak destinasi yang kami kena berkejar. Yang keduanya, sebab baju nikah saya dah siap!

Sukaaaaaaaaaaa sangat!

Nak ditambahkan lagi sukanya, sampai saya senyum ke telinga, bila tadi saya fitting baju nikah tu, owh....baju nikah tu besar. Tailor kesayangan saya terus senyum.

"U dah kurus la Bi..."

Dalam hati, yes! yes! yes!

Pekerja2 dia semua tengok..

"Aiyoo, banyaknya nak kena kecilkan. Awak diet ya? Tak makan?"

Dalam hati sekali lagi, yes! yes! yes!

hahaha...dah macam cerita kartun pula aku rasa. =p

S0, masuk je dalam kereta...Terus telefon Nunang. Nak bagitahu yang saya dah kurus sikit. Lepas tu tadi telefon Nunang lagi. Bagitahu benda yang sama. Kecohkan? hehehe...


Ada orang tu pun perasan juga,
cakap dia dah kurus juga. =p

Friday, October 14, 2011

...Tips dari senior PUAN...

Hai korang. Assalamualaikum.

Ni nak lapor kat korang semua yang saya tengah gigih siapkan doorgift untuk tetamu vip saya. Ada lagi dalam 45 kotak je yang tak siap lagi. Jadi malam ni bolehlah tarik nafas sikit. Rileks2.

Malam ni nak share dengan korang pasal kawan-kawan sekerja saya. Eh, bukan nak mengumpat. Tapi nak cerita yang baik2 je ni. =p

Sedia maklumlah kan, kawan2 sekerja saya semuanya kategori PUAN. Yang CIK boleh dibilang dengan jari. Jadi, bila dah dikelilingi dengan puan2 ni, ceritanya jadi lainlah. Nak2 nya dorang tahu saya lagi sebulan je nak join group dorang. haha

Banyak saya dapat tips2 dari dorang. Ramai sangat nak berkosing ilmu. Saya ni antara nak dengar dengan tak je. Iyelah, kadang2 tak sanggup nak dengar. hahahaha...Naik malu sendiri. Tapi kakak2 yang dah terer ni, apa ada hal iye tak?

Adoi...Saya kadang2 duk tepi sengih2 je. Kadang2 muka berkerut sebab tak faham. Susahlah kawan dengan senior puan ni. Terlebih advance! Tapi kat sini tak bolehlah nak cerita apa yang tips dorang bagi tu... Sebabnya, nanti kang kena black list plak blog saya ni. Sebab tak sesuai untuk bacaan umum.

Ish, proses sekarang ni memang proses malu lah kan? Sebab ramai sangat yang asyik perli2 kita. Tu tak kira lagi tu, hari kita kerja semula lepas majlis kahwin kita. Mesti ramai yang akan sengih2 sumbing.

Adoii...Tak sanggup mak!

Tuesday, October 11, 2011

...Orang tu buat2 tak faham...

Korang... Rasa sedih. Rasa nak menangis. Ada lagi sebulan je. Rasa sedih dan nak menangis ni bukan sebab nerves yang melampaui. Tapi sebab rasa macam tak cukup masa nak buat segala2nya.

Masa cuma ada sebulan je. Pejam celik pejam celik.. Tarikh makin menghampiri. Tapi fokus untuk siapkan semua kerja kahwin tak dapat diberikan sepenuhnya.

Banyak sangat kerja lain yang menuntut saya beri perhatian lebih. Kadang-kadang rasa geram juga. Saat2 saya nak kahwin ni, banyak pula kerja yang datang. Umpama orang yang beri kerja kepada saya tu tak tahu yang saya AKAN berkahwin dalam masa sebulan lagi. Dulukan dia juga dah lalui proses AKAN berkahwin tu, takkan dia tak faham?

Saya tak cukup kaya untuk upah wedding planner untuk settlekan segalanya dan boleh goyang kaki. ='(

Sedih korang. Ok mari FOKUS!

Thursday, October 6, 2011

...Ada yang tak puas hati...

Sekarang ni tengah senyum lebar. Cuti saya dah di approve kan oleh bos. Alhamdulillah. Walaupun saya cuma mencuba nasib, kali ni terkena pula. =p

Saya tak kisahlah korang kalau ada suara2 sumbang yang perli2 saya. Yang cakap saya ni kesayangan ke apa ke... Tu rezeki saya. Setiap kali saya minta cuti, saya cuma mencuba. =p

Korang tahu jelah, time2 sekolah ni memang susah cikgu2 nak minta cuti. Kitaorang cuba ada cuti 7 hari saja setahun. 7 hari tu pula, bukan senang nak dapat walaupun sehari.

Memang setiap kali nak minta cuti, cikgu2 akan berdebar2 rasa macam jantung ni nak jatuh. Iyalah, nak kena mengadap pengetua. Nak jawab itu, jawab ini. Bukan setakat isi borang cuti je tau.

Dan saya tadi dengan beraninya, tulis kat borang "4 hari" walaupun sebelum ni saya tahu, cuti kahwin biasanya pengetua akan luluskan paling banyak pun 3 hari. Saya pandai2 nak 4 hari. hehehe..Eh, kat sekolah saya..ada cikgu yang dapat cuti kahwin sehari je tau. Tapi memanglah sebab dia selalu sangat dah mc.

Then, bila tadi dah keluar bilik pengetua...saya senyum panjang. Hee.... Ada yang tak puas hati. Apalah dorang ni. Terpulanglah nak kata apa. Yang penting, saya tak rasuah pengetua. =p

Friday, September 30, 2011

...Photobooth Corner...


Oh, korang...Contest ni hampir tamat, jadi jomlah lelaju join. Tinggal hari ni je tau. Saya ni mata punyalah mengantuk Tapi..ku gagahi jua! =p

Jom kita berkenalan dulu dengan tuan empunya contest ni. Sebelum masuk rumah orang, kenalah beri salam dulukan?

Assalamualaikum Dba.

Dba ni seorang wanita cekal yang baru sahaja mulakan sebuah perniagaan sewaan kamera paloroid. First time saya dengan nama kamera paloroid ni. Biasalah, saya buta seni. hehehe

Tahniah Dba. Sebab bisnes makin majukan? Saya sangat berkenan dengan canvas printing tu. Tak menang hadiah utama, dapat canvas printing pun dah sangat bersyukur! hee~

Selesai kita berkenalan dengan tuan empunya contest ni. Sekarang masuk pula pada permintaan tuan empunya contest. So, jom terus terjah 'Photobooth Corner' pilihan saya.

1. Mula-mula sekali, kita kena pilih tempat atau tapak yang sesuai untuk Photobooth Corner ni. Tapak tu mestilah sesuai dan yang paling penting yang menarik perhatian tetamu.
Atas ni ada dua tapak atau tempat yang mula-mula tetamu perlu datang. (Sila abaikan gambar cium2 tu! hehehe)

Tapi kalau kita ada duit lebih sikit, bolehlah buat bilik khas macam kat bawah ni. Bukan apa, nanti mestilah tetamu kita ada yang malu nak posing lebih-lebihkan? So, bila dalam bilik tertutup...Bolehlah dorang berposing sakan. Gambar pun mesti akan lebih meriah!

2. Selesai cerita pasal 'tapak'. Sekarang cerita pasal props yang perlu ada pula. Yang utama mestilah 'bentuk-bentuk animasi' yang menarikkan?


Props ni perlu dipelbagaikan dan ajaib. Supaya tetamu kita dapat macam-macam idea untuk posing. Dari orang muda nak jadi datuk. Dari wanita cantik nak jadi nenek tua. Atau pun dari gigi tersusun, tetiba ada besi. Kan ajaib tu.

3. Seterusnya, prob tambahan. Macam kat bawah ni. Manalah tahu time d0rang tangkap gambar tu, tengah panas ke...kan kan kan...hehehe

4. Yang terakhir, props macam kat bawah ni pun boleh kita sediakan. Lebih simple. Khas untuk tetamu-tetamu kita yang malu-malu meowww tu. =p


Ok, cukup 100 dah. Ke lebih? Hehehe...Apa-apa pun memang syok join contest ni. Dapat dah banyak idea. Semangat nak kahwin tu makin membuak-buaklah. =p


Tuesday, September 27, 2011

...Malasnya!...


Cuba teka yang mana satu saya nak tunjuk??? hahaha... sebenarnya nak tunjuk yang hujung tu. Eh, bukan yang muka saya tersengih tu. tapi sebelah tu. "MARI GELABAH BERSAMA".

Oh...tinggal sebulan 2 minggu je lagi. Tapi saya still tak tahu nak mula dari mana. hehehe...Budak2 yang nak ambil SPM seminggu selepas tu p0n bukan main dah gabranya. Tapi saya? Rileks and steady. Korang janganlah contohi. =p

Kerja memang banyak. Tapi mood saya yang tak banyak. Maybe sebab dah penat kerja siang hari. Bila malam...Huh...nak rehatlah!

p/s: Baru je habis bayar duit doorgift. Duit keluar umpama air. Yang masuk? umpama kura2 berjalan. =.=

Sunday, September 25, 2011

...Kain nikah yang hilang tu...

Ehem...Ehem..Ehem...

Semalam dah cerita pasal kisah sedihkan? Hari ni nak cerita pasal kisah lawak plak. Bila saya ingat2 mesti saya senyum sumbing2. Eh, ada ke senyum macam tu? =p

Ingatkan yang saya pernah cerita pasal kain baju nikah Nunang yang hilang tu? Ok, tak ingat tak apa. Tu semua tak penting. Yang pentingnya, kain tu memang TAK JUMPA lagi. Entah, jin mana ntah yang Nunang kasi makan.

So, bila tak jumpa. Terpaksalah beli kain yang baru. Ok. Fine. Duit Nunang. Padan muka dia. Tapi kali ni saya ajar dia cukup2 erti penyesalan. hehehe...Iyalah, kalau tak selamanya dia macam tu. Lalai. Kan? Kan? Kan?

Kain yang HILANG tu kitaorang beli kat Gulati's. Dengan harga rm2++, untuk 4 meter. Bukan sengaja nak mahal2. Tak...Kalau boleh saya nak beli kat kedai biasa je. Tapi bila mengenangkan Nunang saya ni kuat berpeluh, jadi saya carilah kain yang mahal sikit. Biar dia selesa. Lagipun nikah sekali je seumur hidup. Kalau dia nak nikah lagi pun, maybe kat siam. Tak adanya nak pakai cantik2 time tu. hahahaha

Then bila dah hilang. Dia ajak pergi beli lagi sekali. Nak tahu kali ni saya bawa dia pergi beli dekat mana? Nagoya ok. Nagoya. hahaha.... 4meter hanya rm48! Ha...amik. Sepanjang jalan saya senyum puas hati. Tapi saya tahu Nunang tak puas hati. Biarkan dia. Rasakan. Sapa suruh lalai. Ingat senang ke nak cari duit?

Ceh, dah macam mak2 plak aku ni!. hehehe

Saturday, September 24, 2011

...Gurl,jadikan ini sebagai pengajaran ok...

Salam korang.

Hari ni tak berapa nak bestlah. Satu hari saya senyum tak ikhlas tau. Tadi ajar student tuisyen pun tak bersungguh2 sangat. Kesian Ameer. Tak apa Ameer. Esok cikgu bersemangat balik ok! Huh...Semangat2!!!

Nak tahu tak kenapa semangat saya jadi macam ni? Semua sebab doorgift saya untuk tetamu vip. Kan hari tu saya ada bagitahu, saya beli bekas kaca untuk doorgift tu 250 pcs kan? Sebab memang saya dah bajet nak buat 250 untuk tetamu vip saya.

Then malam tadi, baru tergerak hati nak tengok bekas kaca tu. Nak tampal sticker yang saya dah tempah. Nak tengok? Hee...kenalah datang kenduri saya. Ok, saya memang kedekut nak tunjuk. Sebab sengaja nak suruh korang datang. hahaha (eh, tergelak plak!) =p

Ok2...serius balik. Bila saya buka kotak yang pertama tu, saya senyum suka. Tapi bila buka kat lapisan yang kedua dalam kotak tu. Saya mula gabra. Memang, gabra gila. Time tu rasa macam nak terus menangis! Tapi, mana boleh gelabah awal. Rileks. Saya tarik nafas dalam2. Mengharapkan semoga satu keajaiban berlaku. Eceh, ayat! hehehe

Saya tengok pula lapisan yang ketiga. Ok, yang ini ok. Then dengan kelam kabutnya...saya cepat2 buka kotak yang satu lagi. Yang ini pun semuanya ok botol kaca tu.

Tapi........................

Yang tadi tu macamana???? Korang nak tahu tak yang tadi tu kenapa? Sob..sob..sob...

Semua botol kaca kat lapisan kedua tu tak ada PENUTUP! Huwaaaaa..... Nak menangis. Macamana boleh jadi macam ni. Dah lah saya dah beli lama. Resit pun dah sampai kilang kitar semula agaknya. Sedih. Dah la jauh nak pergi Nilai 3 tu.

Korang...fahamkan perasaan saya yang kerugian ni??? Jom nangis sama2! Patutnya saya check betul2 sebelum balik tu. ='(

Monday, September 19, 2011

...Nak edar kad wangi kat pasar malamlah...

Selamat malam semua.

Mata saya memang dah kuyu sangat. Tadi drive balik dari tusyen pun rasa macam tak larat nak tekan minyak. Tapi laju juga kereta tu melompat. =p

Tapi saya gagahkan juga mata ni buka kejap. Semata-mata nak share dengan korang satu cerita kelakar seram ni. Cerita ni saya rasa tak untungkan saya. Dan tak rugikan saya juga. haha

Kan hari tu saya ada cerita yang saya dan Nunang nak pergi ambil kad wangi kitaorang. Ok, kedai itu memang sangat menepati janji. Saya rasa sangat senang hati... Tapi yang kelakarnya, kedai tu bukan je menepati janji. Tapi, bermurah hati lagi. Nak tahu kenapa?

Saya order kad wangi saya 500 keping je. Bila ambil tu, dengan senang hatinya kami terus pergi. Tanpa check apa2. Then, bila dalam kereta. Saya nak lah asingkan awal2 untuk Nunang punya. Lepas tu, mata saya terus terpaku pada satu tulisan. Nak tahu apa? Haa...saspen tak? saspen tak? hahaha

1000 pcs.

Haaa....1000? Biar betul. Saya order 500 je ni. Saya bagitahu Nunang yang tengah busy drive kat sebelah. Dia pun macam tak percaya. Macamana order 500 boleh dapat 1000?

Dengan gigihnya Nunang suruh saya kira. Nak pastikan betul ke tak. Saya pun duk asyik lah mengira. Tapi saya kira sampai 300 je. hehehe...

Bila dah sampai 300, memang confirm kad ni ada 1000. Huh...duk puaslah saya dengan Nunang menyalahkan diri sendiri. Sebab tersalah order. Macam-macam yang kitaorang teka. haha

Tapi sebenarnya bukan salah kitaorang kan?

Tak puas hati juga, sampai je rumah...saya terus serbu mak Siti. "

"Mak, kalau kita order 500 keping...kedai tu akan bagi kad free ke?"

Mak saya punyalah gelak. Dia cakap kalau macam tu baik semua orang order sikit je. Dah nanti dapat free. Hmm..Betul juga tu. Kadang-kadang ada juga lembab saya ni. =p

Jadi diringkaskan cerita sebab mata saya ni dah menjerit2 minta ditutup...

Korang nanti kasi alamat, saya poskan kad wangi saya kat korang. Sorang dapat 10 keping.

kihkihkih...


Friday, September 16, 2011

...Raya Bujang Terakhir?...


Hai hai hai korang. Tengok gambar atas. Punyalah saya gembira dapat update blog ni. =p . Saya baru je lepas siap buat set kertas soalan Bahasa Melayu. Rasa lega dah siap. Tapi banyak lagi yang saya nak kena siapkan 'kerja sekolah' ni. Target saya nak siapkan semua ni dalam bulan ni juga. Bulan depan fokus pada kerja kahwin. Oh..sayang-sayang, tinggal lagi 2 BULAN je! Saya punya kerja kahwin asyik pending je. Huh~

Oleh sebab bosan2. Ingat nak share dengan korang gambar raya akhir 'orang bujang' saya. Tahun depan tak ada dah dapat gedik2 macam ni kat depan kamera En. Indra. Mau nya Nunang menjeling tajam kat saya!

Tahun depan ada ke tak kesempatan nak join dengan korang-korang SI BUJANG ni. Korang, buat planning..pilih tarikh yang cantik sikit tau. Sebab tahun depan aku dah ada dua family dan dua kampung. Jangan tinggalkan daku okeh!

Oh...Lepas ni jangan haraplah kau nak jalan lagi dengan kumbang2 ni ye. Kalau nak join mereka2 pun mestilah Si KUMBANG KEKAL i ada. haha


Peace korang! Peace! Jangan kutuk saya kuat2 sangat. Saya tahu gambar-gambar ni semua pose yang gedik2. Sebab tu berani letak sikit je. =p

Chop2...! Lupa nak bagitahu. Kad wangi saya dah siap. Esok saya dengan Nunang nak pergi ambil Excited sangat. Nunang siap balik dari Johor lagi. Punyalah dia tak sabar. haha...Nunang saya ni memang kelakarlah korang. Kadang2 over p0n iye juga. kihkihkih... Meh, nak tempek sikit gambar Nunang saya yang semakin membesar seperti johan tu. Membesar dengan sihat dan kuat. Ni dia, dari sekurus-kurus lidi budak ni. Sampailah jadi macam ni. Apa boleh buat, perut sentiasa lapar katanya. =p

Oklah. Selamat malam semua. Selamat Hari Malaysia! ^__^

Thursday, September 8, 2011

...Nak senyum je...

Kalau Tuhan izinkan...

Dah tentu Dia berikan.

Hanya Dia yang tahu yang terbaik.

Selamat malam korang.


Wednesday, September 7, 2011

...Jeles dengan korang!...

Jelesnya bila buka blog B2b yang lain. Kebanyakkannya dah buat check list dah. Lepas tu banyak yang di tag 'DONE' dari 'PENDING'.

Sangat jeleslah dengan korang! ='(

Saya?

Tak guna pun nak buat check list. Semuanya still 'PENDING' je lagi. Walaupun lagi 2 bulan. Tapi still tak tahu nak mula dari mana. hehehe

And sekarang ni...baju nikah baru nak tempah. Tapikan yang bestnya, kain yang nak buat baju melayu Nunang. HILANG!

Dia cari-cari tak jumpa. Tak tahulah dia letak mana. Adoilah! dah la kain tu bolehlah tahan juga harga dia. Iyalah, Nunang kuat berpeluh sikit. S0, kenalah cari kain yang ok sikit. Kalau tak kang, umpama mandi di dalam masjid. haha...Tapi masa kitaorang beli time tu ada diskaun. Nak beli lagi? Pandai2lah dia. Sekarang ni pun dia tengah berusaha keras mencari tu.

Nunang, kalau tak ada juga..Awak pakai jelah kain langsir umi. =p

Monday, September 5, 2011

...Entry kali ni panjang!...

Hai k0rang... Selamat Hari Raya. Belum terlambat lagikan nak wish raya? Iyelah...Puasa sebulan, raya pun sebulanlah kan? Tahun ni raya rasa lain sangatlah. Biasanya kalau saya salam orang, saya dapat sampul raya. Tapi tahun ni salam, saya pula yang kena hulur sampul raya tu. Hmm... Tak seorang pun saya berjaya bodek untuk dapat duit raya tau. =p

Ok, tutup cerita raya dan sampul raya. Yang pastinya, raya ni berat saya dah naik balik. Aish...kerja makan rendang je. Berani nak cakap berat turun? kih3...

Lama dah kan tak update cerita pasal kahwin2 ni. Meh nak bagi tau b2b yang lain. Walaupun saya diam, tapi diam2 saya berisi tau. Dalam diam saya ni, saya sibuk settlekan hal2 kahwin saya yang tinggal dalam 2 bulan je lagi. Ohhh... nervousnya jantung i! agagaga

Bukti saya busy settlekan kerja kahwin? Meh datang rumah and masuk bilik saya. Fuhhh....bersepah dengan kotak2 yang besar2. Ditambah lagi dengan beg2 kertas dan plastik2. Ni semua pasal barang2 hantaran dan juga doorgift yang telah berjaya saya beli. Penuh sangat korang. Sampai saya rasa naik rimas dalam bilik sedia. Dan memang saya tak sabar nak kosongkan bilik ni balik. Eceh alasan, padahal tak sabar nak kahwin! hahaha

Cuti raya ni juga saya settlekan gambar pre-wedding saya. Tak sabar nak tengoklah. Nak tengok gambar Nunang yang ala2 pokok 2. Ops, bukan saya yang cakap. Abang cameraman yang cakap. "Bang, janganlah keras sangat." =p Nunang terus berkerut2... Tak tahu nak posing macamana. Saya? Huh...p0sing bukan main lagi tau. hikhikhik

Satu lagi kerja kahwin yang dah settle. Baju bertandang saya dah siap pilih. Tema? Memang sangat suka dan tercapai cita2 saya. hehehe...Tema warna merah mak ngah + silver. Ceh, bajet saya ni cukup putih nak pakai warna merah mak ngah. Tapi nak buat macamana...saya memang tak berapa berkenan dengan warna yang soft...takut nanti nampak pucat pula. Pengantin kenalah menyerlahkan? Ala...korang angguk jelah demi jaga hati saya. Hee~

Cun tak tema macam ni?

Dan satu lagi korang. Oleh sebab saya ni tamak. Semua warna kalau boleh saya nak pakai, saya buat malam berinai tau. Tu pun tumpang malam berinai bakal kakak ipar saya. Oh, lupa nak share... Nanti masa bertandang saya, ada 4 pasangan pengantin tau. Ramai kan? Apa boleh buat... Belah Nunang dah plan semuanya. Dorang nak buat majlis yang agak besarlah juga. Siap ada tema lagi. Saya pun pening juga dengar. Tapi nak buat macamana. Ikut jelah. Yang penting saya kahwin! haha

Saya pilih songket biru 'Umno' . Tuan butik tu yang bagi nama.
Ops, undi adalah rahsia. =p

Panjangnya entry. Nak update malas. Bila dah update panjang berjela. Kan? hehehe... Ok lah korang. Nak tidur dah. Nanti saya share cerita pasal majlis bertandang saya tu k. Tapi saya tak tahu sangatlah plan belah sana. Saya ikut jelah selagi saya rasa 'ok'. Kalau tak ok, Nunanglah yang jadi mangsa. Dah takkan lah nak meroyan dekat saudara mara Nunang pula kan? Berani???

Selamat malam semua.

Saturday, August 20, 2011

...Tak semua kita tahu...

Hari ni saya masuk MukaBuku Nunang. Biasalah, menjalankan aktiviti pengintipan. haha... Bukan apa, saja nak cuci mata tengok kawan-kawan Nunang. Ohh..kacak! =p

Gatalnya. hehehe

Tapi yang kelakarnya. Saya baru tahu sesuatu. Ceh, dah dekat setahun lebih. Baru saya tahu benda ni. Huh...dahlah tempat belajar kami sama. Tapi boleh saya tak tahu? Nampak sangatlah saya ni dengan 'dunia sendiri' je. Ke saya yang tak ambil kisah sangat pasal Nunang? Hmm...

Dalam saya geledah MukaBuku kawankawan Nunang, saya klik pada satu album kawan dia ni. 'Malam Anugerah Keterampilan Pelajar'. Ok, malam ni sangat glemer. Kalau lepas je malam ni, saya mesti akan sibuk tanya siapa menang anugerah itu? Siapa menang anugerah ini? Diri sendiri memang tak akan tercalonlah. Dah kerjanya tidur je dalam bilik, anugerah apa yang sesuai? =p

Ok, balik pada cerita asal. Saya pun tengok2lah gambar2 dalam album tu. Oh, Nunang ada komen.

- thanks iena.. x dpt pegi tgk gmbaq pun jdi la...-


Tu komen Nunang. Saya fahamlah dia memang tak dapat pergi. Sebab time tu kitaorang tengah praktikum. Tapi dia pergi ke tak ke...penting ke? hehehe

Tup..tup..tup... kat satu gambar lagi. Kawan dia tulis..


Malam Anugerah Keterampilan Pelajar bg thn 2009 kpd club2 n student2 yg mgambil bhagian n mlibatkan diri dlm pelbagai aktiviti luar n dlm cmpus..congrate!! xpecially 2 UWSC (upsi water sport club@canoe club) n xlupa pd wanie n abg mel tuk olahragawan n olahragawati...

Haa..mahunya saya tak terperanjat! Nunang pernah dapat anugerah olahragawan UPSI??? Glluuppp.. telan air liur mok cik!

Kenapa sebelum ni saya tak tahu pun???



Walaupun dah nak kahwin, tak semua perkara kita tahu tentang pasangan kita kan? Huh...atau saya yang tak ambil berat pasal dia?

Entahlah...

Thursday, August 11, 2011

...Ambil sebagai pengajaran...

Tiba-tiba malam ni saya rasa sedih la pula kan. Bila terbaca blog Elia tu. Ala tunang penjaga gol tu. Jujur saya bagitahu ni, mula-mula dulu memanglah saya agak naik meluat bila terbaca blog dia. Eh, bukan sebab dia tu makwe si Fahmi tu. Tapi, apa sahaja yang Fahmi tu meseg kat dia, semua dia copy paste kan. Hmm...macam menunjukkan? Waktu tu tergerak juga hati saya... "jangan jadi macam Mawi dengan Ina sudah!"

Oh, jahatnya kau hati! =p

Korang...saya tak berniat nak doakan yang jahat-jahat. Tapi, mungkin cara dia menulis tak berapa kena dengan saya. S0, start dari situ saya tak baca dah blog dia. Ntahlah ye.

Tapi bila betul2 jadi macam Mawi dengan Ina, adoiii....simpati pula saya. Kesian juga dengan budak tu. Macamana lah dia nak tanggung tu semua. 1 Malaysia dah tahu ni. Malulah. Habis satu family pun malu.

Yang lelaki pula, boleh buat tak tahu je. Putus tunang pakai surat khabar. Boleh? Sesuka hati kau je. Apa ingat tu anak ayam? Biasalah...bila diri tu terasa HOT dan digilai ramai. Mesti fikir 'sekali petik jari, 1000 yang datang'. Tapi kena ingatlah, hidup ni macam roda. Hari ni kita buat orang, esok lusa kena juga kat batang hidung kita.

Sedihlah. Kalaulah benda ni jadi kat diri saya...

Hmm...Pengajaran yang saya dapat. Sepatutnya kita tak payah tunjuk sangat semua perkara kat umum. Nak2nya kalau orang tu femes kan. Lepas tu, tak payahlah nak tunjuk -kata2 janji setia- pasangan kita. Kita simpan sorang2 sudah. Sebab manusia ni boleh berubah sekelip mata.

Hari ni sayang, belum tentu esok kita tak dibenci.
Hari ni dipuja, belum tentu esok kita tak dicaci.

Ok, nak check semua entry..ada ke tak saya taip mana2 -kata2 janji setia- Nunang. hahaha

Wednesday, August 10, 2011

...Heee...

hehehehe....

Dah sebulan saya tak buka blog ni. Rasa macam nak gelak guling2. K0rang jangan ingat saya tak jadi kahwin tau. Insya'Allah, segalanya masih lagi ikut perancangan. Gila tak jadi kahwin. Rugilah semua duit2 deposit tu! hahaha

Cuma ntah la ye. Orang yang kerja macam saya ni tak boleh nak curi2 on9 waktu siang hari. Mahunya anak murid berkeliaran...berlari-larian. Bila malam pula, adoiii...penatnya. Memang tak sempat nak fikir pasal kahwin. Bila tak fikir macamana nak update ye tak?

Haaa...Hari tu saya jadi tau pergi Nilai 3. Memang best. Banyak pilihan. Tapi, siapa kata murah? Mana ada murah. Sama je. Yang beza cuma pilihannya je. Macam2 ada. Sampai saya tak tahu nak pilih yang mana. Sebab tak cukup bajet. =p

Tapi alhamulillah. Semua dah settle. Barang2 hantaran je tak beli lagi. Tapi bila fikir dapat bonus sempena raya ni, terus tersenyum lebar.

Ops lupa pula nak share dengan korang. Tengok blog ni (klik). Kalau korang nak tempah cupcake, cake or cupcoklat. Boleh tempah kat irma ni. Ahad lepas hari jadi Nunang. So, saya tempah je kat Irma ni. Kebetulan Irma buat penghantaran sampai Johor. Saya tempah cupcoklat untuk Nunang. Nunang kata sedap coklatnya. Romantik tak saya? hahaha ... Layanan Irma pun baik dan mesra. Kira berpuas hatilah.

Oklah. Bye korang.

Tuesday, July 19, 2011

...Maaf, jika entry ini agak emo...

Sebenarnya saya penat hari ni. Balik sekolah then terus pergi mengajar tusyen pula. Apa boleh buat, nak cari duit lebih. Lebih usaha, lebih yang kita dapat. Kan?

Ok. Stop buat Al-Kuliyyah. haha...Saya nak tidur sebenarnya. Tapi online kejap. Sebab nak tengok design handbag yang terbaru. Usya2 dulu. Cuci2 mata dulu. Then baru terjah. Zaaasss!

Tapi bila saya online MukaBuku. Saya terbaca status seorang kawan saya ni. Dia dah bertunang juga. Saya bukan nak jaga tepi kain orang. Apatah lagi nak buruk2 dia. Tapi, tindakan dia ni buat saya rasa...Boleh beri pengajaran pada saya dan B2b yang lain.

Kawan saya pernah cerita pasal dia. Yang belum apa2 lagi dah tak bagi tunang dia balik rumah mak sendiri. Then, bila kakak tunang dia tu bertunang pun...Dia larang lelaki ni pergi majlis kakak dia. Lepas tu, setiap kali tunang dia nak balik ke rumah mak sendiri..dia mesti ikut. Dengan erti lain, dia tak nak tunang dia duduk lama2 kat rumah mak sendiri.

Satu cerita yang lagi kelakar...Sampai saya ketawa terbahak2. Bila dia marah yang kakak tunang dia minta sponsor kek untuk hantaran. Kakak tunang dia ni mintalah kek Secret Recipe. Dia punya mengamuk. Sebab dia kata time dia bertunang dulu pun pakai kek biasa je. Korang rasa nak ketawa tak? Berapa Rm sangatlah kek Secret Recipe tu yang sampai dia nak bermusuh-musuhan? Oden tak faham!

Malam ni pula, dia berstatuskan kat MukaBuku 'Tak sabar nak tunggu episod ni abis...bla..bla..bla...' Dia mengeluh sebab cakap orang lain tak ambil kisah.

Dah dia yang mulakan. Dia yang control anak teruna orang. Dia yang buat family orang lain berpecah belah. Dia yang bermasam muka. Sekarang dia nak mengeluh macam tu? Kalau dia buat kat family saya macam tu pun saya akan naik angin. Belum apa2 lagi nak control sampai macam tu. Huh...

Bagi saya mudah. Nak nilai lelaki itu baik atau tidak. Nak tahu lelaki itu bertanggungjawab atau tidak. Lihat layanan dia terhadap kedua ibu bapanya dan keluarganya terlebih dahulu. Kalau awal2 lagi dah tergamak buang emak. Buang keluarga kerana seorang perempuan. Tak mustahil awak juga akan dicampak suatu hari nanti, kerana seorang perempuan juga.

Hidup ini macam roda. Masuk keluarga orang lain dengan baik. Agar kita diberi layanan yang baik juga. Kalau awal2 lagi dah tunjuk belang, macamana orang nak sayang?

Selamat Malam.

Sunday, July 17, 2011

...Berjaya di'share'kan...

Rajin gila kentang saya malam ni. Buat benda2 yang dah lama saya nak buat. Tapi bukan sebab selama ni malas, cuma warna tema untuk bertandang tak ada lagi. Tu yang malas nak buat dulu tu. Tapi sebab broadband ni baru je dibayar bilnya...laju bukan main lagi. Saya pun senang nak google sana dan sini. Maka terhasillah benda alah ni. Dan boleh disharekan. =p

Meh tengok..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jeng..jeng..jeng...

Nak tunjuk dengan korang pasal warna tema nikah dengan bersanding sayalah. Bertandang tak dapat lagi. :'(

Tengok2..saya dah mungkiri janji saya. Tak mahu guna warna pink konon. Tapi memang tak mampu nak tunaikan. Jiwa ni merontar2 minta warna pink juga. hahaha...Tapi warna putih lagi banyak sebenarnya. Pink tu watak sampingan je. Tapi tetap kena ada!

Haaa...Yang ni lain sikit. Saya buat warna purple tau. Memang ramai yang cakap dark purple tak sesuai dengan hitam. Nanti macam gelap sangat. Tapi serius, baju yang saya tengok tu sangat cantik. S0, terus jawap 'Yes!'. Cuma pelamin saya minta guna warna lain. Tetap ada warna purple, cuma lembut sikit dan digabungkan dengan warna....... Nak tahu? Kenalah datang majlis saya ok. =p


Bertandang masih lagi dalam proses. Tapi nak tunjuk satu lagi baju yang saya berkenan ni.
.
.
.
.
.
.
.


Fuhh...Berani ke nak pakai warna terang2 ni? Nanti nampak gemuk macam mana? Hmmm...


Congratz pada Tuan blog Lebah
Kerana dah berjaya kahwin. hahaha
Tahniah wa!

Saturday, July 16, 2011

...Kau gay ke?...

Cerita pasal nak kahwin ni... Adalah seorang member saya. Dia share2kan cerita love2 dia kat saya. Iyelah, baru dapat awek. Mestilah happy kan?

Jadi, saya pun dengarlah cerita dia. Bukan main lagi. Siap dah ada plan nak kahwin. Saya pun laju jelah tanya date dia.

"Bila kendurinya?"

"Hmm..Tunggu aku umur 30 kot baru kitaorang kahwin,"

"30???"

"A'ah...Kenapa? Aku tak sedia lagilah,"

"Setahu aku, umur 30 tahun tu... Lelaki gay je yang nak kahwin umur macam tu,"

"Oii....banyaklah kau!"

hahahaha

Dan lepas tu. Panjang lebarlah dia membebel kat saya. hehehe...Sebenarnyakan, saya pun tak tahulah kenapa saya rasa macam tu. Kalau lelaki tu nak kahwin lewat2 padahal dia dah ada awek, dah ada kerja, kira dah macam LAYAK untuk berkahwinlah. Tapi still nak tunggu umur 30, saya mesti akan jeling2 pelik sikit. =p

Ok2..korang janganlah marah. Saya main2 je dengan kawan saya ni. Sebab saya tahu dia anti lelaki gay. S0, sengaja nak usik2 dia.

Lelaki zaman sekarang ni, ramai sangat yang gay kan? Apa, perempuan dah tak ada ke? huh...

Friday, July 15, 2011

...Hantar barang ke bunga?...

Sebelum kaki ni melangkah ke Nilai 3, saya listkan sikit barang2 yang saya nak beli. AND yang paling penting, saya nak fikir pasal hantaran terus. Then boleh beli barang2 semua. Almaklumlah, Nilai 3 ni jauh. Tak naklah dua tiga kali pergi sana. Kalau boleh nak sekali je. Lepas tu tak mahu fikir dah. Nak fikir balik 2 bulan nanti. haha

Tapi saya ni memang dah lama dah cari design untuk hantaran. Ntahlah ye, memang dah lama sangat nak yang ni. Memang simpan impian sangat. Harap2 tercapai la. Dan MAMPU tercapai.

Sebelum tu saya nak share sikit dengan korang ni tentang betapa 'kampung' nya saya. hehehe...Punyalah lama saya cari nama benda ni. Nak gi beli tak tahu nama. Boleh? Dan akhirnya, saya berjaya juga dapat tahu nama benda ni. Tu pun hasil saya tanya kat sorang kakak ni yang sewa2kan barang pengantin. Kebetulan ada gambar tu, laju je saya tanya tanpa segan silu. =p

Penah tengok hantaran penyanyi Elyana tak? Perasan tak benda yang dia letak dalam bekas kaca tu? Ala yang macam bihun tu... hikhikhik...Rupa2nya nama dia sarang burung.

Tu..tu..tu...contoh dia. Yang dalam bekas kaca. Yang macam bihun tu. hehe.. Pada siapa2 yang tak tahu lagi, nama dia 'SARANG BURUNG'. Ok. Lepas ni boleh pergi beli kat kedai pengantin dengan confidentnya. =p

Tapikan, saya suka jugalah dengan hantaran yang kat bawah ni. Sweetnye.

Ok ok ok...Memang banyak bunga. Sebab saya suka bunga. Kan hari tu dah penah bagitahu. Hantaran tunang saya pun berlonggok bunga. Sampai mak saya bising.

"Ni hantar barang ke hantar bunga je?"

Tu hantaran tunang saya. Betul tak yang saya ni hantar bunga je lebih???

Wednesday, July 13, 2011

...Deco meja vip...

Hai bakalbakal pengantin. =.=

Ahad ni insya'Allah nak pergi Nilai 3. Nak shoping barang sikit. Idea dah banyak ada. Thanks pada B2b yang lain. Sebab kongsi idea korang yang best2 n cun2. Sangat tak sabar nak tiru! haha

Doorgift dah settle. Untuk vip pun dah settle juga. Vip saya buat untuk 250 orang tau. Banyak tak? hehehe...Ntah la ye, kalau boleh kawan2 tu semua nak digolongkan sebagai vip. =p

Ok. Cerita pasal vip, nanti majlis saya buat kat dewan. Jadi, saya akan sediakan beberapa buah meja vip. Siap akan ada nama meja untuk siapa tau. Minta2 semua tu sempat saya buat. hehehe...Bila dah ada meja vip, saya terfikirlah nak buat deco sikit kat atas meja vip tu. Idea memang dah ada. Tapi tak boleh lagi nak share dengan korang. Sebab barang nak dideco tu tak ada lagi. Tapi bila dah ada, saya tunjuk ok. Tak pun kalau korang nak tengok, datanglah kat majlis saya nanti. Amacam?

Tapi sebelum tu saya dah cari kat google deco2 meja. Cun2 juga. Tapi saya paling berkenan yang dua ni... meh tengok!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Yang ini! yang ini! =p



Kenapa semua bunga? Sebab saya memang suka bunga. Tak nak letak benda lain. Nak letak bunga je. Simplekan? Tapi yang simple lah senang nak tercapai. hehehe...kalau susah2 sangat nanti tak sempat pula nak buat plus bajet tinggi. Saya punya deco lagi simple tau. Bunga banyak2 tu macam membazir je. S0, jom jimat! =.=

Ehem..ehem...tengok hantaran kat bawah ni. Sweet sangatkan?

Ok, saya dah tak boleh mimpi dah nak ada hantaran warna pink. Nanti kena sound.

"Kemaruk sangat dengan warna pink"

hahaha...ok bye korang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...