Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Thursday, October 21, 2010

...Jantan ke betina?...

Tengahari tadi, saya lunch bersama emak, kakak dan adik saya. Makan secara berjemaah namanya.

Sambil makan-makan...Emak dan kakak saya bercerita tentang pokok. Pokok betik kat belakang ofis abang saya. Emak saya memang suka makan bunga betik. Maka, terbukalah cerita tentang ulam-ulaman ni.

Cerita punya cerita, baru saya sedar... Dalam dunia ni, banyak sangat jenis ulam-ulaman. Saya hanya mendengar. Tapi yang peliknya, kenapa selama ni saya tak tahu pasal ulam-ulaman ni?

Cerita lagi, emak saya ni kira hebatlah juga. Boleh pula dia tahu pokok tu jantan ke betina. Ala, emak-emak korang pun mesti hebat jugakan. Cuma kita ni je yang tak berapa hebat. Ke ... korang pun hebat boleh tentukan jantan betina pokok???

Saya? Saya memang tak hebat. Bukan jantina pokok tu je yang saya tak tahu bezakan, kadang-kadang nama pokok tu pun boleh buat saya garu kepala. kih3

Baru saya terfikir, macam manalah nanti dengan nasib anak-anak saya. Mesti dorang tak tahu juga kisah jantan dan betina pokok. Sebab mak dia sendiri pun tak tahu.


Haa...Cuba teka pokok kat atas ni jantan ke betina. Boleh?

7 comments:

  1. pokok jantan xleh berbuah.. tu jer bezanyer. heh

    ReplyDelete
  2. eh eh eh...pndainye budak ni. kih3...

    tp mana la tau, bbuah lambat ke. rezeki lmbt p0kok 2 nak dpt anak.;p

    ReplyDelete
  3. pokok betik tu mmg ada jantan n betina..

    ReplyDelete
  4. hhaha.. kalo berbuah, tu bukan jantan daa.. pokok khusa barang kali.. jantan berbunga jep.. buahnye x. heh

    ReplyDelete
  5. alamak ..alamak...

    iyelah2, k0rang mmg p0wer macam 'mak2' jgk. i je yg x p0wer. kih3

    ReplyDelete
  6. ko kena byk mmbaca lagi bib.. hehee

    ReplyDelete
  7. iyelah...aku bukak buku skrg jgk! hahahaha

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...