Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Tuesday, November 30, 2010

...Ohh,busynya...

Etnry sebelum ni saya memang sangat excited bercerita kononnya saya ni akan busylah kan. Tapi...macam kelakar sebab sekarang ni saya sedang goyang kaki je kat rumah. Sambil diketawakan oleh kawan saya yang sorang ni.

Ada ubi ada batas Cik Kema. Silalah gelakkan lagi.

Memang padan muka saya. Dari hari tu lagi tak henti-henti gelakkan dia. Mula-mula gelakkan sebab dia posting jauh dengan pakwe dia. Lepas tu bertambah kuat gelak saya bila dia kena posting kat sekolah cina.

Hehehehehe.. <---tapi saya gelak sopan je.

Dan hari ni, dia gelakkan saya pula! Ohh...rasa macam nak putus kawanlah. hahaha

Tak adalah. Aktiviti gelak menggelak ni biasalah kan. Aku gelak kau, kau gelak aku. Kalau rasa tak boleh digelakkan jangan duk berkawan dengan oranglah kan. :P


  • Adibah Amir ye ke..bestnyer dia... ngajar apa??? adib plak kena petang ngajar BM,sains dan budak peralihan
    about an hour ago ·
  • KAseh Abdul Aziz kak bib smpai skrg x kenal lg sape pngetua. asyik jmpe dgn krani je...;p
    46 minutes ago ·
  • Aini Syahidah Ateh adib : ajar kimia...huhu

    kak bib : hehe..pengetua nk wat surprise kot ngan akak..hehe
    36 minutes ago ·
  • Nurul Akma Bahari kak bib tak kenal pengetua?kesiannye kak bib..hahaha
    32 minutes ago ·



Seronoknya semua dah tahu. Mengajar apa. Kelas mana. Sesi pagi ke petang. Memanglah mereka boleh bergumbira dah.

Tapi saya? Pengetua pun saya tak kenal siapa. Ni kan pula nak tahu mengajar apa. Kelas mana. Kelab lagilah jauh.

Ok...J0m sambung goyang kaki!

Sunday, November 28, 2010

...Saya yang bajet...

Malam ni kan, saya kan, tak bolehkan, nak enjoy-enjoy sangatkan. Maksud saya, bukanlah enjoy gi disko tu. hehehe...Tapi nak gi teropong blog orang lain sampai tengah-tengah malam.

Nak tahu kenapa?

Sebabnya, esok saya dah nak kena pergi sekolah. Huh...berdebar-debar. Tak tahulah kenapa. Biasalah tempat barukan. Kita pun tak kenal orang lagi. Maunya dorang semua tu ingat saya ni sopan santun, pendiam, pemalu dan macam-macam lagilah.

Iyalah, dengan orang yang saya baru kenal. Memang pijak semut pun tak mati. Cuba dah lama kenal, gajah pun boleh pengsan. hahahaha

Macam tak caya jekan saya ni walaupun tak cukup sangat inci, tapi dah jadi cikgu. Tulah, dulu mak abah suruh belajar rajin-rajin tapi sibuk nak duk main je kat sekolah. Kalau tak, bolehlah jadi doktor ke, peguam ke, kan kan kan...Ni sampai ke besau kena bangun pagi gi sekolah. Eh, tapi saya tetap bersyukur sebab dapat jadi cikgu. Meriah apa hidup. <---pujuk diri sendiri. :P

Minta-mintalah pengetua ada program luar lagi minggu ni. Saya bukan apa, saja nak bagi pengetua siar-siar lebih sikit. Jangan salah faham pula. kih3

Bye korang.
Nanti ada masa saya teropong blog korang eh.
Ceh...bajet macam ramai yang singgahlah.
hahahaha

Friday, November 26, 2010

...Saya nak cuti itu!...

Sebab dah terima amaran dari akakcomey, suruh rehat dari asyik uruskan gaji...akakcomey suruh sambung isnin pula. Baik kak. Saya ikut nasihat akak! kih3

Dan sekarang ni, tutup bab gaji. Sebab urusan semua dah siap. Tinggal nak pergi hantar je segala dokumen Isnin ni. Oleh sebab tu, kita tutup bab gaji dan kita buka bab CUTI pula. Ok tak? Baru kerja dah fikir cuti. Kan..Kan..Kan..

Entahlah, selagi tak jumpa pengetua. Selagi tulah saya tak dapat nak fikir benda-benda yang lebih berfaedah. <---Tiba-tiba salahkan pengetua pula. hahaha

Korang bacalah keratan akhbar kat atas ni. Berkait rapat tau dengan CUTI. Saya suka! Memang sangat suka dengan cuti walaupun tak mula pun lagi kerja. :P

Kan bagus kalau kat Malaysia ada cuti jenis ni. Jepun ni memang sangat terbukti sebagai negara membangun. Membangun dari segala aspek. Cuti dorang pun sangat banyak jenis-jenisnya. Terbukti dorang sangat prihatin pada rakyat jelata. Tapi saya tak cakap Malaysia tak prihatin eh. Jangan hentam saya pula. hehehe

Kalaulah kat Malaysia ada cuti ni. Gerenti semua orang akan suka putus cinta. Sebab nanti dapat cuti. Tak suka ke? Mestilah suka. Lepas ambil cuti tu, habis je tempoh dia sambunglah balik bibit-bibit percintaan tu nanti. Cewah!

Kalau adalah cuti ni kat sini...mau setahun 5,6 kali saya putus cinta. Mau 5,6 kali jugak pakwe naik stress layan makwe dia yang gila CUTI PUTUS CINTA ni. kih3

Thursday, November 25, 2010

...Mata duitan?...

Lepas hari saya lapor diri kat sekolah tu, hari-hari saya terus sibuk. Huh...memang penat. Macam-macam hal nak kena selesaikan. Bukan senang nak mulakan kerja ni. Ingat pergi sekolah lapor diri, semua benda kerani sekolah akan buat. Rupanya...

"Sila uruskan sendiri ya."

Dari urusan kwsp hingga ke urusan bank. Semua nak settlekan dalam masa seminggu. Punya gagah saya pergi ke sana ke sini.

Kawan-kawan dengan pakwe semua cakap saya mata duitan. Sebab asyik postkan status kat MukaBuku pasal GAJI je. kih3...Bukan salah saya ya. Kat taklimat itulah perkara yang ditekankan. Sampai sekolah pun, itu jugalah perkara yang diminta uruskan dulu. Saya cuma bertindak ikut arahan je. :D

Nasib baik pakwe ada. Dialah temankan saya. Kalau nak harapkan saya yang semuanya tak tahu ni. Memang terbaring jelah kat rumah tu. Bila tanya kenapa tak buat lagi, jawapan saya senang je.

"Tak tahu jalan"

Hahahaha...sila jangan contohi saya ok. Memang malas nak usaha cari jalan sendiri. Tapi duit gaji masuk cepat memang saya nak sangat! kih3

Tengok...Saya rasa saya memang dah jadi mata duitanlah. Kat blog pun saya cerita pasal GAJI juga. Adoiiii!

MySpace

Tuesday, November 23, 2010

...Sedih...

Malam- malam ni saya layan MukaBuku. Cakap dengan pakwe nak iron baju untuk esok. Last-last saya buka blog rasa macam nak tulis sesuatu. :D

Saya baru je buka video-video yang 'Cikgu Shida' mimingkan. Korang penah tengok tak? Ketawa terbahak-bahak???

Saya? sedikit pun tak rasa terhibur. Entahlah. Tak tahu di mana lawaknya tu semua. Tapi kalau korang rasa lawak. Tu terpulang. Silalah ketawa. Tak salah. heee~

Saya meneliti satu persatu komen peminat-peminat cikgu Shida ni. Tetiba ada satu komen ni sangat menarik perhatian saya.

"Etika perguruan menjadikan cikgu-cikgu seorang yang hipokrit."

Ya, memang betul. Saya sokong. Kerana itulah tugas seorang guru. Sebab apa? Sebab guru adalah pendidik anak bangsa. Nak mendidik orang lain, kenalah didik diri kita sendiri dulu. Kalau dah cikgu pun buat sesuatu yang menunjukkan kebodohan diri sendiri. Bagaimana nak didik orang lain menjadi pandai?

Saya tak tahu apa tujuan video sebegitu diadakan. Untuk publisiti atau memang benar-benar untuk menghiburkan orang lain yang terhibur itu. Jika untuk menghiburkan, jika untuk suka-suka... Saya berharap sangat gelaran "CIKGU" digugurkan. Cukuplah andai dia dikenali dengan namanya sahaja.

Saya takut, tindakan dia tu akan memberi pandangan buruk masyarakat kepada guru. Guru adalah badan profesional. Bukan boleh dibuat main sesuka hati. Silap-silap haribulan dia boleh diambil tindakan tatatertib.

Saya tak larang dia nak buat apa sahaja. Video yang macamana. Kalau dilarang pasti dikatakan itu hak peribadinya. Baik. Buatlah. Tapi jangan gunakan gelaran 'CIKGU'. Bila gelaran itu ada, ia membawa nama kesemua 'cikgu-cikgu' di Malaysia. Termasuklah saya.

Memang bagus jadi cikgu yang sporting. Tapi tak perlulah sehingga jadi bahan ketawa dan tontonan satu negara. Sporting biarlah bertempat. Sporting biarlah tidak memalukan orang lain.

Cikgu juga seorang manusia. Ini jawapan biasa. Betul, cikgu adalah manusia. Tapi seorang manusia itu setahu saya tidak akan memperlihatkan kebodohan dirinya sendiri. Manusia akan sentiasa menunjukkan kewarasannya dan sebolehnya membuktikan kebijaksaannya dalam segala tindakan.

Serius...saya sedih. Saya malu!

...Gaji dah mula dikira...

22hb, iaitu semalam...terjawablah semua persoalan yang bermain-main dalam kotak minda saya dan rakan-rakan tentang sekolah yang diberikan kepada kami.



Fuhhh...saya menarik nafas lega bila terbaca nama sekolah yang tercatat dalam surat tawaran saya "SEK MEN KEB GOMBAK SETIA". Alhamdulillah. Bersesuaianlah dengan diri saya yang setia ni. :D

Sekolah ni tidaklah terlalu jauh dari rumah keluarga saya. Perjalanannya dalam 1 jam sahaja. Jadi mudahlah untuk saya nanti.

Yang kelakarnya, saya ingat lagi... Semasa zaman persekolahan, saya memang selalu kutuk sekolah ni habis-habisan. hahaha. Iyelah, sekolah saya dan sekolah Gombak Setia ni adalah musuh tradisi. Kiranya dulu sekolah Gombak Setia ni agak femes. Pantang masuk pertandingan apa pun, mesti menang.

Tup tup...ambik! Sekarang saya dah pun dengan rasminya menjadi salah seorang warga sekolah SMK Gombak Setia. Memang nak ketawa besar jugalah.

Masa melapor diri, saya sempatlah tinjau-tinjau sekolah ni kejap. Mak ai...saya tarik nafas panjang sekali lagi. Punyalah besar sekolah ni. Mahu makan tahun juga saya nak hafal tiap inci dan celah sekolah ni. Kat sekolah ni pelajarnya dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 6. Ada lebih kurang 3000 orang. Ramainya! Terkebil-kebil mata saya bila fikir tentang angka tu.

Tak tahulah berapa pula berat saya akan turun bila mula bertugas nanti. Dulu masa praktikum, sekolah yang besarnya sekangkang kera pun berat saya turun dengan banyak. Mana tak nya, setiap hari nak kena mendaki tangga. Nak pula tu, kelas yang saya mengajar jauh-jauh jaraknya. Masuk kelas kena tarik nafas panjang jugalah sambil lap peluh.

Dengar-dengar, pelakon kat atas ni sekolah kat Gombak Setia juga. Tapi tak tahulah kan. Saya pun tak berapa kenal sangat dengan dia ni. Cuma pernahlah tengok dia dalam tv. Selalu jugalah berlakon. Bolehlah nanti saya pujuk-pujuk dia kenalkan saya dengan mana-mana pengarah. hahahaha

Apa-apa pun, saya dah mula banyak kerja. Nak buat itu dan buat ini. Gaji saya pun dah mula dikira mulai semalam.

Nampaknya, terpaksalah tinggalkan blog ni kejap. Bersawanglah juga nampaknya nanti. Doakan eh semoga permulaan kerjaya saya ni berjalan dengan lancar.

Friday, November 19, 2010

...3 ekor lembu = 3 hari...

" Kau marah betul ke sampai terbengkalai blog?"
.
Meseg daripada seorang rakan baik saya. Bila dah beberapa hari saya tidak update entry baru. Buat persinggahan pada bl0g korang pun tak ada juga. Yang singgah ke blog saya dan meninggalkan kesan tapak kaki, masih belum sempat saya balas singgahannya.
.
Ala...tak glemer mana pun blog ni kan. Saya menulis untuk suka-suka sambil tu isi duit tabung sikit. Nak tambah duit belanja kahwin nanti. ;p
.
Blog ni nak update macamananya, tuan yang satu-satu yang ada password blog ni terlantar demam panas 3 hari.
.
Hari sebelum hari raya korban, berlagak gagah. Habis mengemas satu rumah. Nak rayalah katakan. Dah rasa badan tak sihat, tekak dah sakit, hidung dah berair-air. Tapi buat selamba je. Minum ais macam tak ada apa-apa yang jadi.
.
Esoknya, orang lain tengah syok takbir raya...tuan yang punya blog ni, tak boleh bangun langsung. Sambil merancau-rancau. Muntah-muntah. Memang sangat sadis.
.
Dah 3 hari termasuk hari ni, tuan yang punya blog ni 'BERKORBAN'. Tidak langsung menyentuh ais. Tidak langsung menyentuh makanan berat. Semuanya gara-gara tekak yang perit dan rasa sakit ketika muntah-muntah.
.
Memang confirm tuan yang punya blog ni rasa 'kehausan' dan 'kelaparan'. Tapi apakan ada, sebab nak sihat...minumlah air suam dan roti 2 keping je. Lebih dari itu, berlari ke tandaslah jawabnya.
.
Kasihankan? Tapi itulah erti pengorbanan sebenar semperna Hari Raya Korban. Walaupun tuan yang punya blog ni tak mampu nak korbankan 3 ekor lembu. Cukuplah dia telah berjaya korbankan 3 hari yang indah dengan hanya minum air suam dan 2 keping roti untuk kesihatan diri.
.
Tahniah kepada tuan yang punya blog!

Tuesday, November 16, 2010

..."Kawan"...

Pagi-pagi lagi telefon saya dah berbunyi. Macam-macam meseg yang saya dapat. Bukan meseg ucapan hari raya korban. Tapi meseg yang bertanyakan bermacam-macam.

Saya mengeluh panjang. Tapi saya tak salahkan mereka. Saya juga bukan mengeluh sebab soalan-soalan dari mereka. Tapi saya mengeluh bila fikirkan karenah birokrasi. Ya, sekali lagi saya rimas kerana yang satu ni.

Kawan-kawan kelas saya semasa di UPSI dahulu boleh dikatakan hampir kesemuanya dari Kelantan,Terengganu, Sabah dan Sawarak. Saya seorang sahaja dari Selangor.

Bila mahu posting dahulu, saya memang dah yakin saya akan dapat Selangor. Kerana saya satu-satunya pelajar dari Selangor dalam aliran tu. Banggalah sekejapkan cik Senah! kih3... Orang pun tak susah nak kenal dengan saya. Cakap je budak Selangor, tahulah mereka.

Dan masa tu juga, tak ramai yang mahu berkawan dengan saya. Mereka selalu cakap,

"Dia budak bandar. Belagak!"

Ok. Saya tak kisah walaupun bagi saya mereka terlalu awal memberi tanggapan kepada saya. Mungkin juga kerana saya orang yang agak susah mahu berbual. Dan saya bukan orang yang peramah.

Jika mahu dikatakan saya "bandar". Saya tidak tahu celah mananya yang menampakkan "kebandaran" saya ni. Saya seperti mereka juga, berbaju kurung ketika ke kuliah. Dan saya sendiri tak pakai kasut tinggi atau bergaya lebih. Kalau dari segi gaya, saya memang kalah dengan mereka.

Semasa di semester satu, saya memang terasa sangat down. Setiap hari saya rasa sedih dan kalau boleh mahu minta tukar aliran. Tapi kerana minat, saya tutupkan mata, pekakkan telinga.

Dan pagi ini, rakan-rakan sekuliah saya yang dahulunya tak pernah mahu menegur saya, yang dahulunya menjeling bila memandang saya, menghantar meseg pada saya.

"Tahniah sebab dapat Selangor. "

Ucapan tahniah dari mereka??? Saya tergelak sendiri. Saya terus membaca meseg mereka.

"Boleh tak kau bagitahu aku pasal posting. Orang yang dapat Selangor kena berkumpul kat mana? Kol JPN tak angkat langsung."

Kali ni saya tak mahu gelak. Saya hanya mahu tersenyum. Itulah adat manusia, bila susah baru ingat kawan. Bila susah tahu pula no telefon saya. Bila susah baru mahu berkongsi masalah. Tulis meseg siap letak nama, walaupun saya sendiri terkial-kial nak fikirkan muka mereka. Budak kelas yang mana satu. ;p

Kalau ikut rasa hati saya, saya boleh je abaikan semua meseg-meseg mereka. Atau pun kalau saya mahu tunjuk baik sikit, saya balas je yang saya tak tahu apa-apa. Bukan mereka tahu saya tipu bukan? Sebab saya sendiri sampai sekarang tak dapat menghubungi JPN. Tiada jawapan. Mungkin pekerja-pekerja JPN sedang sibuk memilih lembu-lembu untuk dikorbankan pada esok hari.

Ada juga orang kata, JPN memang sengaja tidak mahu menjawab panggilan. Tapi apa tujuan mereka? Sedangkan KPM tulis besar-besar ..

"SILA HUBUNGI JPN NEGERI UNTUK SEGALA MAKLUMAN"

Tapi tak tahulahkan. Kenapa mereka tak tahu memberi kerjasama.

Berbalik pada cerita meseg tadi. Saya pun membalas pertanyaan teman-teman saya tu. Satu demi satu saya beri tahu. Saya bernasib baik kerana ada kawan yang tahu segala-galanya tentang posting ni. Jadi senanglah sedikit kerja saya.

Dan selepas balasan meseg-meseg saya itu, handphone saya tidak berbunyi lagi. Aik, diam macam tu je? Terima kasih tak ada?

Kalau saya jahat...dan kalau ikutkan rasa geram hati ni, mahu sahaja saya berikan maklumat yang salah pada mereka. Biar mereka tahu langit tu tinggi ke rendah. Biar mereka tunggu 4 tahun lagi untuk dipostingkan!

Ok, saya cakap KALAU. Tapi saya tak buat macam tu. Sebab MakSiti selalu pesan,

"Biar orang buat kita, jangan kita buat orang."

Baik mak!

Monday, November 15, 2010

...Selangor sangat bertuah!...

Ok result p0sting dah dapat. Walaupun saya tak berkobar-kobar. Sebab saya dah tahu dari awal kat mana saya dicampakkan.

Tidaklah jauh sangat. Eh silap, tidaklah jauh langsung. Saya dapat p0sting di selangor je. Tempat tidur, makan, dan memerut. kih3

Alhamdulillah. Cumanya, sehingga sekarang JPS tak mahu angkat panggilan saya. Saya perlu buat semakan sekolah dan daerah yang saya akan mengajar kelak. Dan yang lebih penting, di mana perlu saya laporkan diri pada 22 hb nanti.

Susah bukan. Kenapa KPM tak tulis je "DAERAH GOMBAK, SEKOLAH BELAKANG RUMAH ANDA". Ok..saya setuju!

hahahaha

Tuesday, November 9, 2010

...MakSiti oh MakSiti...

MakSiti: Ada tak jumpa satu lagi cawan mak?

Saya: Cawan yang mana mak?

MakSiti: Ala..Cawan tupperware mak tu. Yang warna kuning jernih tu. Hilang satulah.

Saya: Haaa...Mak kira ke ada berapa cawan tu?

MakSiti: Mestilah kira.

******************************

Saya betul-betul tak faham. Macamana MakSiti saya boleh kira dan ingat berapa bilangan dan jenis tupperware yang ada.

Masa saya sekolah dulu, bekas makanan dari tupperware langsung saya tak boleh sentuh. Apatah lagi kalau nak bawa ke sekolah. Kalau nak bawa bekal, MakSiti akan gunakan bekas plastik. Bekas plastik tu jelah yang boleh saya bawa ke hulur ke hilir. Kalau tak pun, MakSiti beli "tupperware pasar malam" untuk saya.

Bila masuk U, barulah jari jemari saya ni dapat memegang bekas makanan dari tupperware. Itu pun MakSiti akan pesan berkali-kali JAGA BEKAL TU. Dan selepas itu, setiap kali MakSiti tekefon saya... mesti sebelum letak phone MakSiti akan cakap "Balik jangan lupa bawa tupperware mak balik sekali"


Tengok, betapa eratnya hubungan mak saya dengan tupperware. Betapa sayangnya mak saya dengan tupperware. Dan kasih sayang mak saya tu sangat buat saya tertanya-tanya, saya ni adik beradik dengan tupperware ke?



kih3...Ampun mak!




Monday, November 8, 2010

...Kasih sayang saya tidak berbalas...

Pagi-pagi isnin lagi dah dengar banyak keluhan kawan-kawan. Isunya tetap sama. POSTING. Huh...saya dah naik jelak dan muak.

Eh, tapi bukanlah dengan kawan-kawan saya. Tapi dengan isu posting ni lah. Penatlah nak fikir.

Tapi bila ada yang tanya saya, jawapan saya mudah...

"Saya = Berhenti berharap"

Ada juga kawan-kawan saya yang cakap saya ni ambil mudah. Tak takut. Mahunya tak takut. Saya ni sebenarnya lagi takut dari mereka-mereka. Cuma saya tak tunjuk. Saya kan suka belakon jadi gagah. Dah lupa? kih3

Tak adalah. Sebenarnya saya dah bosan dengan pihak-pihak atasan ni. Saya memang awal-awal angkat bendera putih kalau hal berkaitan dengan birokrasi. Penat nak tunggu satu demi satu. Sangat menyusahkan dan merimaskan.

Lagipun, tentang posting ramai yang cakap "rezeki". Ya, saya tahu dan pecaya dengan hukum itu. Tapi kadang-kadang saya rasa rezeki manusia bawahan selalunya ditindas oleh orang atasan. Rezeki Tuhan sepatutnya kita kongsikan bersama. Tapi ada juga yang tak mahu buat begitu. Masih mahu lagi berpegang pada prinsip :tunggu nak lihat. Semuanya rezeki: ???

Kadang apa yang orang atasan buat jarang mahu fikirkan tentang orang bawahan. Fikirkan, sah laku interview guru sandaran terlatih pada bulan 8 adalah sehingga 31 Mac 2011. Makna, posting kami akan berperingkat- peringkat. Baik. Saya akur. Tapi selepas 31 Mac jika tiada panggilan lagi, perlu mengambil interview sekali lagi. Jadi mana relevannya keputusan interview yang lepas? Apa motif interview berpuluh kali sedangkan perlu menjawab soalan yang sama?

Alasan mereka kerajaan tiada bajet untuk postingkan kami sekaligus. Baik. Saya cuma fahami sebaiknya. Tapi masih buntu. Kemana hilangnya duit rakyat yang perlu membayar pelbagai jenis cukai. Oh, lupa. Harga minyak akan naik lagi kan? Kad kredit pun sudah dikenakan cas. Bukan cas servis je. Tapi cas lain. Sila semak bil kad kredit anda.

Tak ada duit. Tapi buat perhimpunan besar-besaran ada pula duitnya.

Letih. Insan yang kaya akan terus menjadi kaya. Dan miskin akan terus mewarisi kemiskinan. Itu hukum manusia kini.

Saya sayang orang atasan. Kalau boleh nak cium-cium mereka. Tapi mereka yang tak sayangkan saya. Jadi macamana? Kasih sayang saya tidak berbalas.


Saturday, November 6, 2010

..."Si Sombong"...

Saya terima lagi meseg dari seorang junior. Memohon maaf kerana bersangka buruk pada saya. Tapi saya langsung tidak hairan atau marah-marah. Bukan kerana saya mahu tunjuk baik. Tapi itu perkara biasa pada saya, "Si Sombong".

Memang saya tidak terkejut dengan apa yang diluahkannya. Dia bukan orang pertama.

Ya, memang saya sombong. Kerana saya bukan seorang yang peramah. Saya juga orang yang tidak kisah dengan orang sekeliling. Saya orang yang gemar buat hal sendiri. Tapi bukanlah saya jenis yang tidak berkawan. Saya punya ramai kawan. Cuma, untuk memulakan langkah perkenalan...Itu sesuatu yang terlalu sukar buat saya.

Lidah saya kelu bila kali pertama bersua. Bibir saya ketat untuk melemparkan senyuman. Tapi, bila ada yang menegur, bila ada yang tersenyum. Kita akan jadi kawan. Itu janji saya.

Kawan baik saya sendiri dahulu bencikan saya. Bekas pakwe saya juga bencikan saya dahulu. Mereka kata, saya sombong! Pakwe pun kata saya sombong dahulu. Bajet comel. hahaha..Ya, saya tak menafikan. Saya memang sombong kerana saya tidak peramah.

Kawan baik saya juga kata saya orang yang tak ada perasaan. Mungkin kerana setiap kali dia bercerita atau bertanya...

" Si Joyah tu dah makin gemuk kan..."
"Si Senah tu dah lah hitam pakai baju warna cerah-cerah..."

Dan jawapan saya tetap sama.

" Entah. Aku tak perasanlah..."

Ops! Bukan saya bajet baik. Tapi memang terus terang saya katakan saya bukan jenis yang meneliti orang lain. Ambil kisah dia mahu gemuk ke. Mahu pakai baju apa ke. Tak kuasa saya mahu menjaganya.

Saya berjalan pun saya tidak memandang orang sekeliling saya. hahaha...Entah, otak saya berjalan macamana kaki saya berjalan. Sebab itu saya kata 'saya tak perasan'. Sebab itu saya kata 'saya tak menegur'. Sebab itu saya kata 'saya tidak senyum.'

Tapi saya tidak salahkan pada yang menilai saya terlalu awal. Itu hak mereka. Andai mereka kata saya sombong, sombonglah saya. Andai mereka kata saya baik, baiklah saya. Siapa saya untuk menentukan penilaian mereka?

Apa yang penting bagi saya, saya tidak berlakon-lakon menjadi baik semata-mata mahu mengambil hati orang lain. Dan apa yang lebih penting, siapa yang sudah kenal saya...mereka akan tahu saya bagaimana orangnya.

Buat adik Jannah,
Terima kasih kerana membaca blog akak yang tidak seberapa ini. Terima kasih kerana berterus terang. Sesungguhnya tiada kemaafan yang perlu diberikan. Kerana awak tak buat salah apa-apa. ^_^

******************

Tak kenal maka tak cintakan?

Thursday, November 4, 2010

...Sabah+Sarawak=Kahwin...

Fokus kerja saya dah hilang. Melayang-layang ke langit yang biru. Dibawa angin terbang tinggi. Ceh, p0yo punya ayat kan? kih3

Semenjak dua menjak ni kan, kat MukaBuku saya ramai yang tulis status pasal "abang p0smen". Betapa popularnya "abang posmen" sekarang ni.

Saya harap dan doakan gaji posmen dinaikkan. Mereka sungguh gigih bekerja.

Tapi,

Saya harap untuk minggu ni, abang posmen jangan singgah rumah saya ye. Saya memang nak surat 'itu' tapi tak mahu untuk minggu ni. Jauh sangat saya dicampakkan nanti.

MySpace

Hari tu...

AbangLong: Kalau dapat mengajar kat Sabah, Sarawak macamana?

Saya: Macamana apa? Pergi jelah.

AbangLong: Kalau dapat kat sana, kau kahwin jelah dulu.

Saya: Ok set! hahahaha... <--- ok, ni jawapan tipu.

Saya tak jawab apa-apa. Hanya senyum. Kahwin memanglah saya nak. Sapa tak nak. Tapi apa kaitan posting Sabah, Sarawak dengan kahwin?

MySpace

Saya pening. Tapi tak berani nak terus bersoal jawab dengan AbangLOng saya. Sebab dia garang macam harimau. hehehe

Wednesday, November 3, 2010

...Negeri dalam Malaysia...

Dalam 2,3 minggu ni, memang saya asyik buat entry pasal posting. Sorry lah kalau bosan. Kalau bosan tak mahu baca pun tak pe. :p

Dan kali ni, saya nak tulis pasal persediaan mental dan fizikal serta ilmu-ilmu lain yang perlu saya sediakan sebelum berkhidmat ke negeri-negeri terpilih. Kalau saya dapat ...

1. Sabah atau Sarawak :

Negeri yang popular dengan mutiara dan kek lapis. Jadinya, saya perlu sediakan diri dengan ilmu perniagaan. Dan boleh mula cari pelanggan dari sekarang.

2. Kelantan dan Kedah :

Negeri yang sering langitnya menangis tanpa henti berminggu-minggu. Dan popular dengan budu dan laksa. Jadinya, saya perlu belajar berenang dan membawa bekalan ubat resdung berkati-kati.

3. Melaka

Negeri yang popular dengan pelancong dan ada sekolah hamil pertama di Malaysia. Jadinya, saya perlu latih diri bertutur dalam pelbagai bahasa serta saya perlu menuntut ilmu bidan dan tahu selok belok kegunaan jamu.

4. Pahang

Negeri yang popular dengan masalah air. Jadinya, saya perlu belajar cara mandi menggunakan beberapa botol mineral sahaja.

5. Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.

Negeri yang popular dengan kes-kes yang agak menakutkan. Jadinya, saya perlu belajar ilmu mempertahankan diri dan mungkin memerlukan stamina yang banyak kerana ke sekolah dengan berbasikal sahaja. Pakai kereta? Cukup sebulan banyaklah lukisan kreatif yang terlakar nanti.

6. Terengganu.

Negeri yang popular dengan penyu dan keropok lekor. Jadinya, saya perlu belajar ilmu nelayan dan cara memproses keropok lekor.


Untuk 2 buah negeri kecil lagi, Perlis dan Negeri Sembilan... saya fikirkan kemudian. Kat sini saya nak tag kawan seguruan saya A.k dan Ateh. Sila buat seperti ni jugak. Manalah tahu ada yang saya tak terfikir ke kan kan kan..

Salam 1 Malaysia. Hee~

Tuesday, November 2, 2010

...Semua dah kecut perut!...


  • KAseh Abdul Aziz x la..kwn praktikum aku. bdk ek0nomi.
    43 minutes ago ·
  • Nurul Akma Bahari of corose!~ hahaha...mujur la ekonomi..jaoh perkaitannya dgn sains.. =P
    41 minutes ago ·
  • KAseh Abdul Aziz biar student sains k0 la org ptama nya cekkema...fuhhhh~ hahaha
    40 minutes ago ·
  • Nurul Akma Bahari sengal!~ sape doakan centu kat aku...kne kat die dulu!~~ lalalala~~~
    38 minutes ago ·
  • KAseh Abdul Aziz oi! hahahaha
    36 minutes ago ·
  • AwangKu Masazwan Pengiran Abul aku harap c kema dpt sabah.. c bib dpt labuan ehehe..
    35 minutes ago ·
  • Bieb Juddin Welcome to Sabah. Pepehal contact je..Sabah best bah! Hahahaha..
    32 minutes ago ·
  • Aini Syahidah Ateh AK dpt zimbabwe..hehe
    32 minutes ago · · 1 person
  • Nurul Akma Bahari kuang hasam hg AK!!
    31 minutes ago ·
  • AwangKu Masazwan Pengiran Abul yup mai la ke sabah hehe... Ateh dpt Timor Leste..
    31 minutes ago ·
  • Aini Syahidah Ateh oh tidak..smpai ati AK nk letak ateh situ..huhu
    30 minutes ago ·
  • KAseh Abdul Aziz bieb--> aku c0p jd ank angkat mak k0 tau. he3
    ateh---> s0kong!
    ak--> blk cuti bwk buah tgn dr zimbabwe. hahahaha
    cekkema---> byk da doakan k0. awasss! hahaha
    30 minutes ago ·

    ******************************

    Apabila semuanya meroyan bila dah tahu pasal surat cinta KPM dah sampai bagi mereka-mereka yang akan berhidmat di Sabah dan Sarawak. Secara automatik semua akan naik sawan. hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...