Thursday, July 29, 2010
...mood...
Tuesday, July 27, 2010
...inai di jari...
...just married...
saya yang mana? tukang kipas 2 la. hahaha.
semua orang siap sedia nak teng0k persembahan silat. hiiiyakkk!
Kahwinnya kakak saya ini, maka, sayalah yang menggalas "kakak" bujang yang paling tua. Layak ke nak jadi kakak pada adik-adik saya yang dua orang ni? Entahlah. Kita teng0k sajalah kepimpinan saya ni nanti. hahaha
Wednesday, July 21, 2010
:manusia memang tidak tahu bersyukur:
Monday, July 19, 2010
:Anda tanya:
Saturday, July 17, 2010
:Saya mohon:
Thursday, July 15, 2010
:Jangan bersedih, kerana dunia terlalu hina untuk ditangisi:
:mimpi...berlalulah!:
Saya kini sering bermimpi "sesuatu" yang sama sahaja. Beberapa minggu sudah saya bermimpi yang aneh. Sehinggalah kini. Saya tidak tahu mengapa dan kenapa mimpi itu datang kepada saya. Setiap kali saya tersedar, saya akan merasa sayu dan sedih.
Saya pernah bertanya pada kakak saya. Apa tandanya mimpi itu. Kata kakak saya, mungkin orang yang saya mimpikan itu memerlukan pertolongan dari saya. Berhari-hari saya berfikir tentang perkara itu. Bukan apa, secara jujur saya tidak mahu mengganggu orang itu lagi. Untuk apa? Saya tidak mahu menambahkan rasa kecewa di hati.
Setelah puas berfikir, setelah saya penat bermimpikan perkara yang sama. Saya sedar, mungkin Tuhan mahu tunjukkan sesuatu kepada saya. Saya mengambil keputusan untuk bertanya kepada orang tersebut. Syukur...bilamana dia berkata dia sihat-sihat sahaja.
Saya berhenti di situ. Malas saya mahu fikirkan lagi tentang mimpi itu. Mungkin mimpi ini hanyalah mainan tidur. Selang beberapa hari, saya bermimpi lagi. Oh...kali ini mimpi itu lebih menakutkan saya. Lebih mendatangkan rasa sedih kepada saya. Saya makin keliru. Saya tidak tahu mahu lakukan apa lagi. Saya benar-benar buntu. Apa sebenarnya yang Tuhan mahu beritahu kepada saya?
Saya sekali lagi bertanya kepada orang tersebut. Dengan jauh disudut hati, dia akan memberitahu sesuatu. Jauh disudut hati saya berharap dia akan berterus terang. Supaya saya berasa lega. Namun, seperti biasa. Insan itu tetap tidak pernah berubah. Saya benar-benar keliru. Saya benar-benar terkilan. Apa sebenarnya yang tidak kena?
Dan kini, biar pun saya masih bermimpikan tentang perkara itu, namun, saya sudah tidak kisah. Saya hanya mengingatkan diri saya bahawa itu hanyalah mainan tidur. Setiap hari saya berdoa kepada Tuhan supaya jauhkan mimpi itu kepada saya. Saya sudah mencuba untuk menghulurkan bantuan seperti yang Engkau mahukan. Tetapi jelas, saya tidak dapat membantu dirinya. Jika dia sendiri tidak mahu membantu dirinya sendiri.
Terdetik di hati saya, mengapa insan itu bersifat begini. Betapa tidak fikirnya insan itu tentang insan lain. Tidak ada secebis rasa kasihankah insan itu kepada saya yang mengalami mimpi tersebut? Mungkin dia tidak percaya tentang kisah mimpi saya ini. Terpulanglah. Kerana saya juga tidak mengharapkan lagi kepercayaannya kepada saya.
Saya cuba tidak mahu menanamkan sifat dendam di dalam hati. Tetapi makin hari..saya merasakan hati saya semakin hitam. Saya cuba tidak mahu menanamkan sifat amarah di dalam hati. Tetapi makin hari, amarah itu makin mendalam.
Saya mohon pada Tuhan...berikan sahaja mimpi ini kepada dirinya. Kerana dia lebih berhak mengubah dirinya. Berikan juga kesempatan pada dirinya. Kerana dia lebih kenal siapa dirinya. Memang saya sayangkan dirinya. Tapi semua itu untuk apa, andai dia sendiri tidak pernah sayangkan dirinya sendiri?
~Semoga dia tahu apa yang perlu dia lakukan. Berikan saya kesempatan utuk tidur dengan lena.~
~bersihkan hati mu wahai Habibah~
Tuesday, July 13, 2010
:kembar pada nama...rindulah!:
Pagi tadi, sempat bincang-bincang bersama bekas r00mate. (klik). Memang sudah agak lama kami tidak bercerita panjang.
.
kenapa muka saya begitu ye? kih3
Bieb...rindulah! Kan?
:Saya yang berjiwa kental:
Monday, July 12, 2010
:selamat datang yang manis:
Saturday, July 10, 2010
:selamat 11 Julai:
Esok sudah 11 Julai. Cepat betul masa berlalu. Saya terpaksa menulis awal. Kerana mungkin esok saya akan sibuk. Pergi meraikan pengantin baharu. Selamat pengantin baru buat sahabat sepejuangan saya yang sangat cool. Rijaluddin. Semoga dia dan pasangan bahagia hingga ke akhir hayat. Tunggu kedatangan saya esok ok!
.
Berbalik pada cerita 11 Julai. Apa ada dengan tarikh keramat ini? Banyak memorinya. Tapi saya jenis orang yang tidak suka bercerita dari A hingga Z ketika jiwa saya tidak tenang. Jadi cukuplah saya katakan bahawa, 11 Julai adalah tarikh istimewa saya.
.
Selamat 11 Julai. Kepada orang yang faham dengan 11 Julai ini... Saya sentiasa mendoakan yang terbaik. Saya tidak marah. Saya tidak membenci. Saya juga tidak menyimpan apa-apa perasaan. Perasaan saya kosong.
.
Selamat 11 Julai. Jika semalam adalah kesayangan saya. Hari ini dan akan datang juga akan menjadi kesayangan saya. Kerana saya memang tidak pernah membuang apa-apa yang saya sayang. Cuma mungkin suatu hari nanti, corak kasih sayang saya sahaja yang berbeza.
.
Selamat 11 Julai. Terima kasih untuk segalanya.
.
Selamat 11 Julai.
:saya sakit tenat:
Sebelum saya tidur, saya nak beritahu tentang satu penyakit saya.
.
Sekarang ini...baru saya sedar. Yang saya ni sedang sakit tenat. Betul ni...
.
Saya akan rasa kosong bila dia tak ada.
Saya akan rasa sunyi bila dia diamkan diri.
Saya akan tertanya-tanya bila dia hilang.
Saya akan asyik memandang hp bila dia tak meseg or call.
Saya akan ketawa bila bercakap dengan dia.
Saya akan tersenyum bila kami bermeseg.
.
Nampak seperti saya gembira bukan?
Nampak seperti dia sangat bermakna pada saya bukan?
.
Tapi,
selepas beberapa minit saya rasa kegembiraan itu...hati saya akan jadi seperti tidak menentu. Ohh..yang ini tidak sama. Kenapa dengan saya ini? Mana boleh samakan yang ini dan yang itu. Kenapa dengan saya ini? Mana mungkin yang ini dapat tandingi yang itu. Kenapa dengan saya ini? Terima sahaja seadanya. Kenapa dengan saya ini? Yakinlah dengan yang ini. Dan yang itu telah tiada. Kenapa dengan saya ini? Mungkin saya perlukan masa untuk yang ini. Kenapa dengan saya ini? Sekejap saya cakap yang itu. sekejap saya cakap yang ini.
.
Saya sedang sakit tenat bukan?