Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Tuesday, July 27, 2010

...inai di jari...

Sempena dengan perkahwinan kakak saya. Saya pun join sekali pakai inai di jari. hahaha...memang sangat galak. Bak kata mak Siti. Tapi saya memang suka pakai inai. Cuma kali ini, saya tidak warnakan kuku saya sahaja. Tapi saya inaikan dengan jari-jari sekali. Ala, macam pengantin-pengantin tu. ;p
.
Dan hari ni, saya dah start bekerja semula. Dengan jari yang berinai ni. Macam kelakar. Semua orang perli dan perli. Tapi ada seorang pekerja ni, orang-orang lamalah juga. Dia tengok warna inai di jari saya. Merah sangat kata dia. Dan saya pun jawab...memang setiap kali saya pakai inai, memang warna inai akan jadi merah. Walaupun inai itu tak merah sangat bila orang lain pakai. Tapi bila kena kat jari saya...mesti inai itu akan warna merah. Magic ke? bukan..Mungkin sebab warna darah saya.
.
Kata seorang pekerja itu lagi, orang tua-tua cakap...kalau perempuan yang pakai inai dan inai itu berwarna merah dia seorang yang tidak kuat cemburu. Untung siapa yang dapat. Kata orang itulah. Saya sendiri tidak tahu kesahihan tentang itu.
.
Tapi andai bercakap tentang cemburu. Memang saya kadang-kadang sangat-sangat cemburu. Cuma saya jarang mahu menunjukkannya. Kadang-kadang sahaja. Sebab selalunya saya lebih suka buat-buat tak tahu. Saya mudah sejuk bila perasaan cemburu itu datang. Dan saya sendiri tidak pernah bergaduh hanya kerana cemburu. Tidak tahu kenapa. Mungkin sebab saya rasa itu semua sia-sia. Mahu cemburu kenapa?

~Tiba-tiba saya rasa sangat rindu pada orang air. Betapa baiknya dia menjaga saya. Syukur sangat! Orang air....orang kat sini sangat rindukan awak~

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...