.
Hari ini mood saya sangat baik. Walaupun tak sempat nak habiskan puasa ganti hingga ke maghrib. Belum zohor pun lagi sudah berbuka. Tapi saya bukan sengaja. Perut saya benar-benar sakit dari semalam lagi. Saya sendiri tidak tahu kenapa. Semalam sepanjang hari mata saya berair. Itu pun incik janggut yang perasan. (semalam saya pergi teman dia repair hp. Sggh baikkan saya? hahaha)
.
Tapi hari ini saya bukan nak cerita yang itulah. Hari ni saya nak bercerita tentang seorang teman baik saya. Dia akan bertunang tidak lama lagi. Sudah melalui proses merisik. Lepas raya mungkin majlis tunangnya akan terlaksana. Good luck untuk beliau eh~
.
Tapi yang kelakarnya, dia bukan dirisik oleh buah hatinya yang sudah bercinta 4 tahun itu. Bukan juga akan bertunang dengan buah hatinya yang sudah kenal 4 tahun itu. Tapi dengan orang lain. Pelik bukan?
.
Kawan saya ni pernah berkongsi cerita. Dia kata, "Yang kali ni baik sangat. Aku tak sukalah. Tak berapa best. Aku nak yang nakal-nakal". Hmm...manusia memang tak pernah bersyukur bukan? Dapat yang baik pun mengeluh. Dapat yang kurang baik pun mengeluh juga. Jadi apa kehendak manusia sebenarnya?
.
Eh eh...Saya bukanlah mengutuk teman baik saya ni. Lagipun memang depan-depan dia pun saya dah hentam dia habis-habisan. hahaha..
Tapi memang betul...manusia tidak pernah puas hati dengan apa yang dia ada. Tak pernah bersyukur dengan apa yang sudah di depan mata. Saya pun begitu juga. Saya selalu mengeluh kerana "dia" terlalu baik. Sampaikan kadang-kadang saya takut andai saya akan mengecewakan.
.
Ohh..silalah bersyukur wahai manusia! (terutamanya ditujukan kepada diri sendiri)
.
No comments:
Post a Comment
Tulis-tulis...nanti saya baca.