Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Saturday, July 17, 2010

:Saya mohon:

.
Saya tidak tahu mengapa...tiba-tiba hati saya menjadi sangat marah. Entahlah...saya tidak mahu mengotorkan hati saya. Saya tidak mahu menyimpan dendam. Saya tidak mahu.
.
Pagi ini saya seperti terkena panahan petir. Ini bukan hiperbola. Tapi inilah kenyataan sebenar. Saya memang tidak kisah apa pun kata orang lain. Kerana ini kisah saya. Ini cerita saya. Ini hak saya. Anda mahu menilai? Itu hak anda.
.
Cuma saya tidak berapa suka jika ada orang yang berlakon seperti "dia tidak bersalah", pura-pura sedih seperti segalanya berlaku atas kekejaman saya. Saya tidak faham. Apa sebenarnya corak pemikiran orang itu. Bulat? Berjalur? Memanjang? Atau melintang?
.
Segalanya itu terpulang pada dirinya. Saya tidak memaksa dia mengaku salah. Saya juga tidak mahu dia berasa bersalah. Cuma jangan sandarkan kesalahan itu pada saya. Jangan pura-pura sedih. Jangan pura-pura keliru. Kerana saya tahu itu bukan keadaan sebenar. Baik, saya memang bukan Tuhan bukan menilai itu semua. Tapi saya mohon, jangan wujudkan rasa bersalah saya.
.
Bukan mudah ini semua. Bukan mudah. Saya pernah jatuh terduduk dahulu. Saya pernah menangis sehingga saya sendiri tidak tahu sampai bila tangisan itu akan berhenti. Saya pernah merasakan dunia ini terlalu kejam kerana menghukum saya sebegitu. Saya juga pernah merasa terlalu kecewa kerana Tuhan tidak memakbulkan doa saya. Saya pernah marah pada diri sendiri kerana saya telah gagal untuk bersabar. Saya telah lalui itu semua. Semuanya sehinggakan saya rasa lumpuh dan tidak mampu untuk bangun kembali. Tapi di mana dia ketika saya merasakan semua itu? Pedulikah dia saat itu? Kamu yang membiarkan saya jatuh tersungkur. Kamu yang tidak mahu menyambut tangan saya walaupun telah begitu lama saya hulurkan.
.
Dan kini jangan mahu bertanya apa-apa. Walau apa pun perasaan kamu, simpan sahaja. Seperti yang pernah saya lakukan. Kerana saya tidak mahu kamu merasa bersalah. Kan dahulu kamu cukup gagah untuk hadapi ini semua? Kan dulu kamu cukup tenang bila bercerita tentang takdir? Jadi teruskan. Teruslah menjadi gagah. Teruslah menjadi tenang. Bukan kamu gembira dengan itu semua?
.
Tolong jangan ciptakan kebencian antara kita.
Simpan sahaja semua rasa di dalam hati.
.

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...