.
Saya sudah pun memulakan episod baru. Nampaknya episod kali ini jauh berbeza. Saya menarik nafas lega walaupun saya tahu, masih banyak yang tidak dapat saya tampalkan. Semoga dia sentiasa sabar. Akibat daripada episod yang lalu, mungkin saya sudah banyak berubah. Mungkin berubah kerana tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama. Walaupun sehingga kini, saya masih kurang jelas dengan kesilapan saya. Tidak mengapalah. Kali ini jangan gagal lagi ya!
.
Episod kali ini, ternyata saya lebih berjiwa kental. hahaha..
.
Dia: Mintak maaflah. Saya tak sengaja.
Saya: Tak apa. Rilekslah.
.
Saya patut buat-buat seperti berkecil hati. Kan?
.
Dia: Tak ada apalah.
Saya: Ni pehal? Ala..rilekslah.
.
Saya patut lebih bersungguh bertanya. Kan?
.
Dia: Saya tak buat lagi.
Saya: Buat apa? Biasalah tu. Ala...rilekslah.
.
Saya patut merajuk. Kan?
.
Dia: Saya rasa macam nak merajuk.
Saya: Nak merajuk? Ah, mengadalah. Rileks-rileks sudahlah.
.
Saya patut memujuk. Kan?
.
Dia: Esok kita keluar ya. Tengok cerita baru. Macam syahdu je.
Saya: Haa..cerita syahdu? Ala..kita teng0k cerita hantulah. Baru gempak.
.
Saya sepatutnya suka yang syahdu. Kan? he3
.
Dia: Awak layan ke orang tu.
Saya: Ohh..tengoklah juga. Kalau hensem mestilah saya layan.
.
Saya sepatutnya katakan tidak. Kan?
.
Dia: Saya ni sebenarnya dengan lelaki ke dengan perempuan? Kelirulah!
Saya: ???
.
Saya berjiwa kental bukan? Oh..semua benda tidak mendatangkan sensitif pada saya. Eh eh, bukan bermakna saya tidak sayangkan hubungan ini. Siapa kata? Dah tentu saya mahu cuba yang terbaik. Tetapi mungkin saya tidak mahu mengulangi kesilapan dahulu. Daripada yang berjiwa sensitif kepada berjiwa kental. Ataupun daripada yang terlalu bersungguh kepada yang lebih bersahaja. Itu bukan bermakna saya tidak sayang. Cuma saya masih lagi takut dengan bayangan semalam. Saya perlu sedarkan diri. Ini bukan yang sama. Bukan. Bukan. Bukan.
.
Dia juga memang dari dulu saya kenal memang berjiwa biasa-biasa sahaja. Kalau saya sengaja mengusik, dia pasti akan kata "eii..gelilah" hahaha... Cuma akhir-akhir ini sahaja dia agak sensitif. Apa kes?
.
Ohh..incik di sana,
kita sempoi-sempoi sudahlah!
No comments:
Post a Comment
Tulis-tulis...nanti saya baca.