Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Monday, July 12, 2010

:selamat datang yang manis:

.
Baiklah...saya sudah bersedia untuk memulakan cerita baru. Semalam benar-benar menyedarkan saya. Betapa saya perlu menghargai orang yang berada di depan mata saya. Kerana dia benar-benar berbeza.
.
Sememangnya hati saya hanya satu. Sememangnya sehingga saat ini, hati saya masih pada kenangan itu. Tetapi saya tahu. Sampai bila saya mahu hidup dalam kenangan yang menyakitkan itu? Pedulikah orang yang menyakitkan saya? Jika dia peduli, tidak terciptalah sesuatu yang menyakitkan. Saya sedar!
.
Semalam benar-benar menyedarkan saya. Bila masa saya memandang wajah insan itu, memang betul mungkin saya lebih patut dengannya. Dia mampu membuatkan saya ketawa. Walaupun ada ketika, hati saya tetap terusik dengan kenangan lalu. Tapi saya pastikan saya masih mampu ketawa senang hati.
.
Saya sedar, saya tidak patut melukakan hati insan itu. Penerimaan dirinya sangat membuatkan saya buka hati. Betapa insan itu benar-benar penyabar. Betapa insan itu benar-benar memahami saya. Betapa insan itu tidak kisah apa pun karenah saya. Betapa insan itu sanggup menanti saya.
.
Dan hari ini...Saya tersenyum. Setiap yang pahit itu, masih ada lagi yang manis. Yang pahit akan saya tinggalkan. Benar-benar tinggalkan. Saya akan gantikan dengan yang manis. Kerana yang manis ini lebih memerlukan saya. Yang pahit? Biarkan dia dengan hidupnya. Mungkin itu yang terbaik bagi dirinya. Mungkin dia juga perlu mencari sesuatu yang manis untuk menggantikan saya yang pahit.
.
Yang manis...selamat datang!
~mungkin pelik bila saya cepat menggantikan yang pahit dengan yang manis...tetapi kata orang, kita perlukan yang baru untuk melupakan yang lama. Dan ternyata, kata orang itu ada benarnya~
.

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...