Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Friday, July 9, 2010

:masih wujudkah lelaki yang berkualiti?:

.
Masih wujudkah lelaki yang menghargai seorang wanita? Eh, kenapa saya hari ini sangat beremosi? Entahlah. Mungkin semenjak dua menjak ini..kehidupan saya sering dikelilingi dengan tangisan wanita serta keluhan wanita tentang lelaki dalam hidupnya. Ada yang kecewa. Mereka menangis tak henti-henti. Ada yang menuju ke arah kehancuran. Tapi masih mahu berdiri lagi.
.
Saya pelik...jika lelaki yang pandai menghargai wanita makin berkurang. Itu menandakan bahawa semakin berkuranganlah lelaki yang berkualiti dalam dunia ini. Huh...bagaimana saya mahu menamatkan zaman bujang saya andai hati saya masih ragu dengan kewujudan lelaki berkualiti?
.
Anda lelaki...Apa salahnya jika anda menghargai wanita disekeliling anda? Apa dosanya andai anda memahami keluhan jiwa wanita yang sentiasa berada di belakang memberi sokongan kepada anda?
.
Mungkin ramai lelaki yang tak sedar tentang itu semua. Mungkin juga mereka sendiri tak faham, "apa yang aku tidak hargainya?"
.
c0ntoh:
.
W: Ni saya buatkan kad untuk awak. Cantik tak? awak suka tak?
L: Kad? ishh awak ni...buat apalah susah-susah? awak ada masa nak buat semua ni?
*pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Mana ucapan terima kasih? Wanita...jika tidak ada masa sekali pun. mereka akan curi-curi masa untuk lakukan sesuatu untuk insan yang disayanginya. Jadi...sebelum mahu c0mplain apa-apa. ucapkanlah terima kasih. walaupun tiada pujian.
.
W: Saya minta maaf. Saya janji tak buat lagi.
L: Hmm..ikut suka awaklah.
*beri kemaafan atau tidak? Hargailah ucapan maaf itu. Biarlah dah beribu kali pun kesalahan itu..berikan kemaafan jika menyayangi hubungan itu. Kenalah saling bertolak ansur. kan?
.
W: Esok awak free tak? Saya nak bagi s0mething ni.
L: Saya tak free la...saya ingat nak keluar dengan kawan-kawan. Barang tu nanti-nantilah bagi.
*tau tak betapa excitednya perempuan kalau dia dah belikan sesuatu untuk kekasihnya? tau tak betapa excitednya perempuan nak berikan barang pembeliaan itu kepada kekasihnya? tau? tau? lelaki yang bijak...dapat membahagikan masa bersama kawan dan kekasihnya.
.
W: Kenapa tak pujuk saya?
L: Kenapa mesti saya pujuk awak?
* perempuan tak akan merajuk dengan tiba-tiba andai tiada sebab. Tak mahu memujuk tidak mengapa andai lelaki merasakan dia tidak lakukan kesalahan. Tapi apalah salahnya...andai dia bertanya tentang keadaan kekasih hati nya? sayangkan?
.
W: Kenapa nak putus dengan saya?
L: Kita dah tak sehaluan lagi. Saya nak awak bahagia.
*Bahagianya wanita andai ditinggalkan teman lelaki. Memang bahagia!
.
Mungkin bagi lelaki...ini perkara simple. tapi wanita dilahirkan dengan emosi yang tersendiri. Apa salahnya andai anda tunjukkan rasa penghargaan anda pada mereka. Bukan apa-apa yang wanita harapkan. Cukuplah andai anda memahami perasaan mereka. Itu dah cukup membuatkan wanita rasa dihargai.


~saya masih ragu-ragu untuk memilih teman hidup~
~saya sayang hati saya~

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...