.
Pagi tadi, sempat bincang-bincang bersama bekas r00mate. (klik). Memang sudah agak lama kami tidak bercerita panjang.
.
Pagi tadi, sempat bincang-bincang bersama bekas r00mate. (klik). Memang sudah agak lama kami tidak bercerita panjang.
.
Saya sudah dapat agak bilamana Bieb menegur saya di YM. Ohh..soalan itu. Saya tidak kisah. Memang sudah biasa dari dulu kami berkongsi cerita. Berbual bersama teman yang mengetahui cerita saya dari mula amat melegakan. Memang dari dulu, Bieb banyak memberikan kata-kata nasihat kepada saya. Biasalah, saya selalu kurang bijak dalam membuat keputusan. Keputusan untuk diri sendiri. Kerana saya jarang mahu memikirkan tentang perasaan saya sendiri.
.
Apabila Bieb mengatakan keputusan saya ini satu keputusan yang bijak, saya tersenyum lega. Mahunya tidak, satu ketika dahulu Bieb lah orang yang paling kuat memberi semangat kepada saya untuk bertahan. Paling kuat memberikan alasan-alasan yang positif. Sehinggakan saya sendiri semakin yakin. Tapi itu dulu.
.
Terima kasih kepada Bieb. Si kembar saya pada namanya sahaja. Mungkin kembar juga pada sesetengah sikap. Ada yang sama antara kami. Kerana itu kami boleh tidur sebilik dengan aman. (harap Bieb juga berasa aman ketika sebilik dengan saya. hehehe)
.
kenapa muka saya begitu ye? kih3
Betapa saya rindukan kenangan saya bersama dia. Berkongsi cerita. Berlumba ketika keluar lif (ketika itu hangat cerita tentang hantu! hahaha). Berlari berlumba dengan sang lipas. Sangat seronok.
Bieb...rindulah! Kan?
Aku pun rindu kat ko, Bib!!
ReplyDeleteHadapi semua dugaan dengan tenang. Semoga hari ini dan esok lebih baik dari semalam. Aku doakan yg tbaik utk ko.
You deserve to be happy, dear! :)
thanks bieb...k0 p0n sm. jgn tggu lama2...nnt lama2..die di ambil org~ kih3
ReplyDelete