.
Semenjak saya menukar status di fb...ramai rakan-rakan yang bertanya itu dan ini. Ramai yang keliru. Ramai juga yang terkejut. Saya pun terkejut juga..bukan terkejut sebab apa, tapi terkejut sebab ramai sangat yang baru tahu. Sedangkan perkara ini telah lama pun berlalu. Dan saya sudah kembali normal.
.
Bijak saya menyembunyikan segalanya. Eh, bijak ke?
.
Ramai rakan-rakan yang melahirkan rasa sedih dan kecewa. Ramai yang bertanya bermacam-macam. Bagaimana perlu saya memberi jawapan sedangkan kini saya perlu menjaga hati insan lain pula. Tapi dalam masa yang sama...Saya tidak mahu melukakan hati itu juga.
.
Susah. Memang susah.
.
Jika mereka kecewa...Saya mahu mereka tahu, suatu ketika dahulu saya lebih kecewa. Jika mereka sedih...Saya mahu mereka tahu, suatu ketika dahulu saya lebih sedih.
.
Memang tak akan ada sesiapa pun yang faham dengan itu semua. Kerana mereka tidak merasai. Dan cukuplah sampai di situ sahaja. Saya sudah bina hidup baru. Saya sudah memulakan langkah untuk melupakan segalanya. Saya sudah mahu menggantikan kekecewaan itu dengan kegembiraan.
.
Biarkan segalanya terkubur di sini sahaja. Saya mohon jangan sesiapa ungkitnya lagi. Kerana setiap kali ungkitan itu setiap kali juga hati saya seperti diguris dengan benda tajam.
.
Setiap jawapan saya, saya perlu berikan jawapan yang selamat. Supaya tiada hati yang terluka. Terutamanya hati kesayangan saya kini!
.
No comments:
Post a Comment
Tulis-tulis...nanti saya baca.