Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Thursday, July 15, 2010

:mimpi...berlalulah!:

Saya kini sering bermimpi "sesuatu" yang sama sahaja. Beberapa minggu sudah saya bermimpi yang aneh. Sehinggalah kini. Saya tidak tahu mengapa dan kenapa mimpi itu datang kepada saya. Setiap kali saya tersedar, saya akan merasa sayu dan sedih.

Saya pernah bertanya pada kakak saya. Apa tandanya mimpi itu. Kata kakak saya, mungkin orang yang saya mimpikan itu memerlukan pertolongan dari saya. Berhari-hari saya berfikir tentang perkara itu. Bukan apa, secara jujur saya tidak mahu mengganggu orang itu lagi. Untuk apa? Saya tidak mahu menambahkan rasa kecewa di hati.

Setelah puas berfikir, setelah saya penat bermimpikan perkara yang sama. Saya sedar, mungkin Tuhan mahu tunjukkan sesuatu kepada saya. Saya mengambil keputusan untuk bertanya kepada orang tersebut. Syukur...bilamana dia berkata dia sihat-sihat sahaja.

Saya berhenti di situ. Malas saya mahu fikirkan lagi tentang mimpi itu. Mungkin mimpi ini hanyalah mainan tidur. Selang beberapa hari, saya bermimpi lagi. Oh...kali ini mimpi itu lebih menakutkan saya. Lebih mendatangkan rasa sedih kepada saya. Saya makin keliru. Saya tidak tahu mahu lakukan apa lagi. Saya benar-benar buntu. Apa sebenarnya yang Tuhan mahu beritahu kepada saya?

Saya sekali lagi bertanya kepada orang tersebut. Dengan jauh disudut hati, dia akan memberitahu sesuatu. Jauh disudut hati saya berharap dia akan berterus terang. Supaya saya berasa lega. Namun, seperti biasa. Insan itu tetap tidak pernah berubah. Saya benar-benar keliru. Saya benar-benar terkilan. Apa sebenarnya yang tidak kena?

Dan kini, biar pun saya masih bermimpikan tentang perkara itu, namun, saya sudah tidak kisah. Saya hanya mengingatkan diri saya bahawa itu hanyalah mainan tidur. Setiap hari saya berdoa kepada Tuhan supaya jauhkan mimpi itu kepada saya. Saya sudah mencuba untuk menghulurkan bantuan seperti yang Engkau mahukan. Tetapi jelas, saya tidak dapat membantu dirinya. Jika dia sendiri tidak mahu membantu dirinya sendiri.

Terdetik di hati saya, mengapa insan itu bersifat begini. Betapa tidak fikirnya insan itu tentang insan lain. Tidak ada secebis rasa kasihankah insan itu kepada saya yang mengalami mimpi tersebut? Mungkin dia tidak percaya tentang kisah mimpi saya ini. Terpulanglah. Kerana saya juga tidak mengharapkan lagi kepercayaannya kepada saya.

Saya cuba tidak mahu menanamkan sifat dendam di dalam hati. Tetapi makin hari..saya merasakan hati saya semakin hitam. Saya cuba tidak mahu menanamkan sifat amarah di dalam hati. Tetapi makin hari, amarah itu makin mendalam.

Saya mohon pada Tuhan...berikan sahaja mimpi ini kepada dirinya. Kerana dia lebih berhak mengubah dirinya. Berikan juga kesempatan pada dirinya. Kerana dia lebih kenal siapa dirinya. Memang saya sayangkan dirinya. Tapi semua itu untuk apa, andai dia sendiri tidak pernah sayangkan dirinya sendiri?

~Semoga dia tahu apa yang perlu dia lakukan. Berikan saya kesempatan utuk tidur dengan lena.~

~bersihkan hati mu wahai Habibah~

No comments:

Post a Comment

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...