Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Tuesday, November 9, 2010

...MakSiti oh MakSiti...

MakSiti: Ada tak jumpa satu lagi cawan mak?

Saya: Cawan yang mana mak?

MakSiti: Ala..Cawan tupperware mak tu. Yang warna kuning jernih tu. Hilang satulah.

Saya: Haaa...Mak kira ke ada berapa cawan tu?

MakSiti: Mestilah kira.

******************************

Saya betul-betul tak faham. Macamana MakSiti saya boleh kira dan ingat berapa bilangan dan jenis tupperware yang ada.

Masa saya sekolah dulu, bekas makanan dari tupperware langsung saya tak boleh sentuh. Apatah lagi kalau nak bawa ke sekolah. Kalau nak bawa bekal, MakSiti akan gunakan bekas plastik. Bekas plastik tu jelah yang boleh saya bawa ke hulur ke hilir. Kalau tak pun, MakSiti beli "tupperware pasar malam" untuk saya.

Bila masuk U, barulah jari jemari saya ni dapat memegang bekas makanan dari tupperware. Itu pun MakSiti akan pesan berkali-kali JAGA BEKAL TU. Dan selepas itu, setiap kali MakSiti tekefon saya... mesti sebelum letak phone MakSiti akan cakap "Balik jangan lupa bawa tupperware mak balik sekali"


Tengok, betapa eratnya hubungan mak saya dengan tupperware. Betapa sayangnya mak saya dengan tupperware. Dan kasih sayang mak saya tu sangat buat saya tertanya-tanya, saya ni adik beradik dengan tupperware ke?



kih3...Ampun mak!




2 comments:

  1. tupperware tu cam jenama bekas kan? laaa kakaknye..macam pinggan arcopal lah. kan barangan berjenama tuh.. mestilah mak akak sayang. heheh

    ReplyDelete
  2. itulah....tp sygnye mcm x msk akal je. syggggg sggggttttt! hahahaha

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...