Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Saturday, July 10, 2010

:selamat 11 Julai:

.
Esok sudah 11 Julai. Cepat betul masa berlalu. Saya terpaksa menulis awal. Kerana mungkin esok saya akan sibuk. Pergi meraikan pengantin baharu. Selamat pengantin baru buat sahabat sepejuangan saya yang sangat cool. Rijaluddin. Semoga dia dan pasangan bahagia hingga ke akhir hayat. Tunggu kedatangan saya esok ok!
.
Berbalik pada cerita 11 Julai. Apa ada dengan tarikh keramat ini? Banyak memorinya. Tapi saya jenis orang yang tidak suka bercerita dari A hingga Z ketika jiwa saya tidak tenang. Jadi cukuplah saya katakan bahawa, 11 Julai adalah tarikh istimewa saya.
.
Selamat 11 Julai. Kepada orang yang faham dengan 11 Julai ini... Saya sentiasa mendoakan yang terbaik. Saya tidak marah. Saya tidak membenci. Saya juga tidak menyimpan apa-apa perasaan. Perasaan saya kosong.
.
Selamat 11 Julai. Jika semalam adalah kesayangan saya. Hari ini dan akan datang juga akan menjadi kesayangan saya. Kerana saya memang tidak pernah membuang apa-apa yang saya sayang. Cuma mungkin suatu hari nanti, corak kasih sayang saya sahaja yang berbeza.
.
Selamat 11 Julai. Terima kasih untuk segalanya.
.
Selamat 11 Julai.

2 comments:

  1. Thanks bib. Moga lepas ni ko pula... cepat2.. jangan lambat2

    ReplyDelete
  2. sama2 rijal...semoga bahagia bsama isteri hingga akhir hayat.

    ~ok...on de way. kih3

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...