Pages

Tanpa Suara Tetap Boleh Didengari

Sunday, December 19, 2010

...Ada duit banyak...yeay!...

Tengah duk menung. Termenung dan pening-pening lalat. Kalau dalam tangan korang ada duit banyak, apa yang korang nak buat?

Kalau saya nak buat macam-macam. Segala benda kot saya nak beli. Kesian la kat kaki ni. hehehe

Tapi masalahnya sekarang, dalam tangan saya ada duit yang banyak tapi bukan duit saya. Sebab tulah sampai sekarang saya tak tahu nak buat apa dengan duit ni. Ni bukan duit curi tau. Apatah lagi duit jumpa.

Kat sekolah, saya kena pegang sebuah kelab baru. Tak adalah baru sangat. Adalah dalam setahun dua kot kelab ni. Kelab ni wajib ditubuhkan kat semua sekolah dalam Malaysia.


Nama kelab ni Kelab Rukun Negara. Memang bapak bosan kelab ni. Sebabnya kelab skema-skema ni mana kena dengan jiwa saya. Mahunya setiap kali perjumpaan saya buat bacaan ikrar je. Lepas tu bersurai. hahaha

Tapi kalau korang nak tahu, kelab nilah satu-satunya dapat bajet yang paling besar dari kerajaan. Sebab kelab ni kiranya terbentuk sebab nak sokong gagasan 1 Malaysia lah. Ahli kelab ni mesti disertai oleh pelajar berbilang kaum.

Oleh sebab kelab ni baru setahun jagung, tak banyak aktiviti yang dah dibuat. Bayangkan, bajet dan perbelanjaan kelab ni besar...Tapi tak buat apa-apa rugilahkan?

Jadinya, pihak sekolah minta saya gerakkan kelab ni. Buat macam-macam program supaya kelab ni aktif dan yang paling penting duit peruntukkan untuk kelab ni habis sebelum hujung tahun. Tu yang saya tengah duk menung ni. Program apa yang saya nak buat supaya kelab ni aktif dan best? Duit banyak tapi idea tak masuk-masuk lagi.

Rasanya kalau saya tak dapat juga idea macamana nak habiskan duit peruntukkan tu, saya tabur-taburkan jelah duit tu nanti. Yang penting habis sebelum hujung tahun!

4 comments:

  1. kak Ibah, coding belum sempat buat.. ade debate diraja skunk. ti sy try yerp..

    program apee? senang jah, buat le pidato rukun negara, debat ke hape ka.. pastu geng kitorang leh dtg mencapub sekali. keh3x

    ReplyDelete
  2. xpe fawez...buat sl0w2. klu code 2 hilang bleh mintak lg. <--blakon baik. hahaha

    program 2 da ade. lg pun blanje 2 kcik sgt la. tahu tak kat tgn kak ibah ni ade brape ribu? ehehehe

    ReplyDelete
  3. berapa riban pun, buat laa sama2x banyak.. xpooon bagi jek kat saye ni ha.. hahahahahahaha

    ReplyDelete
  4. hahaha..2la, igt nak tabur2kan je duit 2 nnti. kih3

    ReplyDelete

Tulis-tulis...nanti saya baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...